ADIDAS X ZALORA POP-UP: MELANGKAH KE THE ORIGINALS
Kolaborasi adidas x ZALORA dengan penuh hangat berada di tengah ibu kota Kuala Lumpur demi menyambut rekaan klasik adidas Originals.
ZALORA dengan penuh bangga mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama adidas untuk melancarkan The Original, sebuah kempen yang mengangkat warisan budaya adidas Originals. Dan ia juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengekspresikan diri secara berani dan autentik.
Berlandaskan idea bahawa perubahan besar bermula dengan satu langkah kecil, kempen The Original menghimpunkan elemen fesyen, muzik, dan rekaan klasik adidas Originals. Ini termasuk Superstar II, Handball Spezial, dan Samba OG. Kini, semangat ini dihidupkan melalui pengalaman adidas x ZALORA Pop-Up yang penuh gaya dan interaktif.
Pada 10 April, ZALORA telah mengadakan malam pratonton eksklusif di lokasi pop-up di Lot 10, Bukit Bintang. Acara ini menghimpunkan selebriti dan influencer terkemuka Kuala Lumpur untuk meraikan legasi adidas Originals yang merentasi generasi. Suasana malam itu dipenuhi dengan tenaga luar biasa — dimeriahkan dengan persembahan DJ secara langsung oleh Aidaho dan pertunjukan tarian bertenaga yang membangkitkan mood kempen The Original.
Aktiviti-Aktiviti
Di Pop-Up adidas x ZALORA
Pengunjung boleh meneroka koleksi Originals terkini, mencuba pakaian, membeli kasut, dan menikmati pelbagai aktiviti eksklusif, semuanya dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Setiap pengunjung akan menerima kad perjalanan untuk melengkapkan pelbagai aktiviti di ruang Pop-Up, termasuk:
-
Photo Wall – Bergambar dan kongsi gaya anda di media sosial dengan tag @zaloramy dan @adidasmy.
-
Graffiti Wall – Luahkan kreativiti dengan melukis di dinding graffiti.
-
DIY Charm Corner – Dapatkan shoe charms eksklusif dengan setiap pembelian kasut adidas dan hias sendiri di lokasi.
-
Music Zone – Rasai vibe muzik unik dengan DJ live dari Aidaho & Daaliah pada hujung minggu.
-
Fitting Room – Cuba pakaian kegemaran anda sebelum membuat keputusan pembelian.
-
Gelato Bar – Lengkapkan perjalanan anda dan nikmati satu skop gelato percuma!
-
Hadiah Eksklusif – Pembeli akan menerima bandana edisi terhad kolaborasi ini dengan pembelian kedua, khas di pop-up ini.
Sama ada anda peminat tegar jenama ini atau baru ingin mengenali gaya Originals, Pop-Up adidas x ZALORA adalah destinasi wajib singgah minggu ini. Bawa rakan-rakan anda, rakam momen berharga. Raikan gaya serta ekspresi diri dalam suasana yang unik dan berwarna-warni, hanya di Lot 10, dari 10 hingga 15 April!
Pautan Berkaitan: PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.
ADIDAS MALAYSIA MENGUASAKAN KOMUNITI KREATIF LOKAL DENGAN ‘HOME OF CLASSICS’
adidas Malaysia membawakan “Home of Classics” dengan acara berasaskan muzik untuk mengangkat bakat tempatan dan komuniti kreatif di REXKL.
APAKAH KELEBIHAN ADICLUB BUAT PEMINAT ADIDAS DI MALAYSIA?
Ahli adiClub di Malaysia akan mendapat pelbagai ganjaran, serta menyertai adiClub Members Week yang akan diadakan pada 27 April hingga 7 Mei 2023.
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Kasut raya adalah antara aksesori dan keperluan seseorang lelaki. Kasut juga memainkan peranan besar bagi menonjolkan lagi kekemasan dan alfanya seorang lelaki untuk raya 2023 ini.
PEMINAT BANTU KANYE WEST RAIH SEMULA STATUS BILIONAIR
Kanye West kini dilaporkan berdepan saat sukar dalam hidup dan beberapa peminat fanatik mengambil satu langkah ke hadapan untuk membantunya.