5 FILEM LAKONAN HEBAT SHARNAAZ AHMAD
Sharnaaz Ahmad, nama yang semakin menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi selepas keluaran filem hangat, Blood Brothers. Menerusi artikel ini anda akan ketahui antara filem lakonan Sharnaaz Ahmad yang bukan calang-calang.
Namanya menjadi bual mulut ramai sejak keluarnya filem terhangat di Malaysia buat masa ini, Blood Brothers. Sharnaaz Ahmad, yang sudah berada di dalam industri selama 14 tahun masih kekal dengan lakonannya yang cukup hebat. Dari drama komedi hingga ke filem aksi, pelbagai watak telah dilakonkan oleh Sharnaaz. Aktor berusia 39 tahun ini juga cukup digemari dengan celotehnya di rancangan realiti dan media sosial. Demi menghargai lakonan hebat Sharnaaz, GLAM Lelaki senaraikan 5 filem yang pernah dilakonkan olehnya bersama lakonan mantapnya.
#1 Jebat
Jebat merupakan sebuah filem aksi Malaysia tahun 2020 yang diarahkan oleh Jamal Khan. Ia menampilkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama, dan diadaptasi daripada kesinambungan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Menyambung drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat yang merupakan bekas ketua samseng yang sudah berubah telah berkahwin bersama Hannah (Nelydia Senrose). Semasa berbulan madu di luar negara, Jebat dan Mastura menghadapi situasi yang tidak diduga, menyebabkan Jebat berasa bimbang. Filem ini menceritakan perjalanan Jebat menentang masa silamnya untuk melindungi isterinya.
#2 Filem lakonan Sharnaaz Ahmad: Polis Evo 3
Filem aksi komedi Malaysia 2023 ini diarahkan oleh Syafiq Yusof. Menjadi kesinambungan kepada Polis EVO 2 (2018) dan merupakan siri ketiga dalam trilogi Polis EVO. Dilakonkan bersama Shaheizy Sam dan Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad memegang watak Reza, bekas sarjan yang menjadi seorang pengganas. Sehingga Jun 2023, filem lakonan Sharnaaz Ahmad ini telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM50 juta, mengatasi pencapaian dua filem sebelumnya dan muncul sebagai filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2023.
#3 Wangi
Wangi ialah sebuah filem lakonan Sharnaaz Ahmad genre seram psikologi Malaysia tahun 2019. Filem ini mengisahkan Nor, yang mula mengalami tekanan selepas melahirkan anak, apabila kejadian-kejadian aneh mula berlaku di rumahnya. Ia juga melibatkan anaknya. Semuanya bermula selepas kehilangan kawannya, Bella (Nabila Huda) yang tinggal bersamanya. Sharnaaz memegang watak Khuzairi, suami kepada Nor (Erra Fazira).
#4 Filem lakonan Sharnaaz Ahmad: Juvana
Juvana merupakan filem aksi jenayah yang dikeluarkan pada tahun 2013. Ia diadaptasi daripada siri drama aksi popular dengan nama yang sama dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Tayangan filem ini bermula pada 24 Januari 2013. Merupakan filem yang menaikkan nama Sharnaaz Ahmad sebagai seorang pelakon, dia memegang watak ikonik Lan Todak. Lan Todak merupakan ketua samseng di sekolah Wira Bakti dan tidak puas hati atas kematian adiknya, Fit (Shukri Yahya) Ia menyambung kisah setelah beberapa bulan selepas Daim (Zahiril Adzim) telah dibebaskan daripada pusat juvana apabila mahkamah memutuskan bahawa dia tidak bersalah atas pertuduhan membunuh ibunya.
#5 Blood Brothers: Bara Naga
Filem lakonan Sharnaaz Ahmad ini menjadi bualan ramai, merupakan filem aksi Malaysia 2025 arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Filem ini mengisahkan sekumpulan lelaki rapat yang bekerja dalam sebuah organisasi ‘keselamatan elit’ yang ditugaskan melindungi individu berpengaruh serta ketua-ketua jenayah, namun hubungan persaudaraan mereka mula goyah apabila berlaku satu pengkhianatan dalam kalangan mereka. Lakonan Sharnaaz yang dipuji ramai memegang watak Ghaz. Ghaz merupakan ketua kepada pasukan pengawal peribadi elit yang pernah dianggapnya sebagai saudara sejiwa, Blood Brothers. Mula ditayangkan pada 10 April 2025 yang lalu, filem ini kini mendapat kutipan sebanyak RM45.7 juta.
Artikel berkaitan: ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
SHARNAAZ AHMAD BURU SYAFIQ KYLE
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menggegarkan industri perfileman Malaysia dengan filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga
5 FILEM TERBAIK LAKONAN SHARNAAZ AHMAD ANDA WAJIB TONTON
Glam Lelaki senaraikan barisan filem Sharnaaz Ahmad yang meraih skor tertinggi daripada pengkritik IMDb.
BELASUNGKAWA! SHARNAAZ AHMAD KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA
Tanggal 27 November 2024 menyaksikan salah seorang insan terpenting dalam hidup Sharnaaz Ahmad menerima jemputan Ilahi ke dunia abadi.
SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU
Syafiq Kyle membuka tirai pengalaman mendalamnya dalam melakonkan watak DSP Zambri dalam filem Takluk: Lahad Datu kesedaran generasi muda.