10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
Dalam dunia K-pop yang penuh warna dan gaya, rap bukan sekadar elemen sampingan, ia adalah nadi yang memberi tenaga kepada lagu dan identiti kumpulan. Dari bar yang dilontar seperti peluru hingga flow yang memutar seperti tornado, idol-idol ini telah membuktikan bahawa mereka bukan sekadar wajah kacak di pentas. Mereka adalah artis sejati yang menguasai seni rap dengan kelajuan luar biasa, ada yang mampu mencapai hampir 10 suku kata sesaat!
Dalam senarai ini, kita akan menelusuri 10 idol rapper K-pop paling laju di dunia, berdasarkan prestasi mereka dalam lagu-lagu yang menguji batas nafas dan ketepatan lidah. Siapa yang paling pantas? Siapa yang paling bergaya? Dan siapa yang mengejutkan dunia dengan teknik luar jangka?
#1 Changbin (Stray Kids) – 11.13 SPS
Sebagai rapper utama kumpulan Stray Kids, bakat rap Changbin tidak boleh dinafikan. Dengan 11.13 suku kata dalam masa satu saat, di dalam salah satu lagu utama Stray Kids, Miroh, Changbin menjadi rapper K-Pop dengan rap terpantas. Bakat rapnya juga dihargai oleh orang luar apabila dijemput untuk berkolaborasi bersama artis dari luar negara seperti Milli dan F.Hero dari Thailand untuk trek berjudul Mirror Mirror. Perwatakkannya yang cukup comel berubah dengan serta merta apabila menjejakkan kaki ke atas pentas. Changbin juga salah seorang ahli Stray Kids yang menulis lagu untuk kumpulan itu, atas nama SpearB.
#2 Zico (Block B) – 10.13 SPS
Everyone knows the legend, Zico. Tidak kira dalam dunia K-Pop mahupun K-Hiphop, nama Zico cukup sinonim dengan perkataan rap. 14 tahun di dalam industri, Zico bermula daripada kumpulannya Block B hingga mencipta nama sebagai seorang soloist. Diiktiraf sebagai idol yang mampu rap oleh komuniti rappers, Zico juga pernah menjadi produser dan juri buat rancangan Show Me The Money 6. Di dalam salah satu treknya berjudul Cocks, Zico berjaya mencapai 10.13 suku kata dalam masa satu saat menjadikannya idol kedua terpantas di dunia.
#3 Zelo (B.A.P) – 10.12 SPS
Buat peminat-peminat generasi kedua K-Pop, anda mungkin rindukan nama ini. Ahli termuda kumpulan B.A.P, Zelo cukup memberi impak dengan rapnya apabila berjaya mencapai 10.12 suku kata dalam masa satu saat di dalam salah satu lagu terkenal B.A.P berjudul Warrior.
#4 RM (BTS) – 9.88 SPS
RM bukan sekadar ketua kumpulan hangat BTS, dia juga seorang rapper yang sangat dihormati. Bukan sahaja dalam kalangan ARMY, tapi juga oleh peminat hip-hop seluruh dunia. Di dalam lagu Joke daripada mixtape pertamanya RM, beliau menunjukkan bahawa idol rapper juga mampu menyaingi underground MC dari segi kelajuan, lirik, dan kesampaian. Dan pada satu titik dalam lagu ini dia memecut sehingga 9.88 SPS, yang merupakan salah satu kelajuan rap tertinggi dalam K-pop.
#5 HAN (Stray Kids) – 9.63 SPS
Selain Changbin, kemahiran rap HAN juga patut dilihat dan dipuji. Terkenal sebagai The Ace, HAN bukan sahaja seorang rapper yang hebat, malah mahir dalam bidang vokal juga. Sebagai ahli termuda trio producer Stray Kids, 3RACHA, HAN berjaya mencapai hingga 9.63 suku kata dalam masa satu saat. Pencapaian itu dicapai melalui lagu solo yang belum dikeluarkan olehnya, Scissor. Walaupun sudah bertahun-tahun peminat menantikan lagu itu untuk keluar secara rasmi, masih tiada berita tentangnya. We’re waiting!
#6 Suga (BTS) – 9.40 SPS
Memang berasal dari rap scene, Suga dari BTS semestinya dikenali dengan kemahiran rapnya yang cukup hebat. Rapper utama dari kumpulan terbesar K-Pop BTS ini berjaya mencapai 9.40 suku kata dalam masa satu saat di dalam salah satu trek BTS berjudul Cypher Pt. 2. Nama pentas solonya ialah Agust D, dipenuhi dengan lagu-lagu rapnya yang cukup menarik seperti Daechwita dan Burn It.
#7 T.O.P (Big Bang) – 9.40 SPS
Cukup ikonik dengan title rappernya, T.O.P dari Big Bang juga tersenarai di antara idol rappers terpantas di dunia. Namanya bukanlah asing di dalam industri muzik, malah dia ialah idola untuk ramai penyanyi baharu. Dengan suaranya yang besar dan dalam, keunikkan T.O.P membuatkan orang mengenali suaranya serta merta. Di dalam lagu solonya Doom Dada, rap T.O.P menjadi topik hangat hingga hari ini atas kepantasan rapnya, 9.40 SPS.
#8 Hanse (Victon) – 9.25 SPS
Black Dog merupakan salah satu lagu dari album solo Hanse, BLAZE (2021), yang penuh dengan emosi dan elemen kejujuran peribadi. Judulnya merujuk kepada metafora anjing hitam, simbol bagi depresi atau gangguan emosi yang sering memburu seseorang secara senyap. Pada kemuncak lagu ini, Hanse rap pada kelajuan 9.25 suku kata sesaat, membuktikan keupayaannya sebagai salah seorang rapper idol terpantas. Do Hanse membuktikan bahawa dia bukan hanya boleh rap laju, tapi juga menggabungkan teknik rap dengan penceritaan emosi. Dia juga menjadikan dirinya sebagai salah satu rapper paling unik dan berani dalam industri K-pop.
#9 G-Dragon – 9.10 SPS
Ikon segala ikon, dari fesyen ke muzik, G-Dragon semestinya one of a kind. Seperti rapnya di dalam lagu solo yang berjudul One Of A Kind, kelajuan 9.10 SPS itu menjadikan G-Dragon tersenarai sebagai salah seorang idol rapper terpantas di dunia. Lagu ini bukan sekadar pameran bakat rap pantas, tapi juga sebuah manifesto G-Dragon sebagai seorang artis unik. Liriknya mencerminkan keyakinan diri, kebanggaan terhadap keaslian, dan semangat rebel. Dari runway ke pentas konsert, G-Dragon membawa aura yang tidak dapat ditiru. Beliau telah membuka jalan untuk idol-idol generasi baru mengekspresikan diri dengan lebih bebas dalam muzik dan gaya. Ramai menyebutnya sebagai “The King of K-pop”, dan kelajuan rap seperti ini hanyalah salah satu bukti keunggulannya.
#10 Bobby – 9.00 SPS
Sebagai rapper idol pertama yang berjaya memenangi rancangan Show Me The Money 3, Bobby semestinya dihormati di dalam komuniti K-Hiphop. Di dalam salah satu treknya di SMTM3, YGGR merupakan lagu yang dipenuhi dengan rap semangat. Kiraan SPS Bobby merupakan 9.00 di dalam trek ikonik ini menjadikannya idol rapper kesepuluh paling pantas di dunia.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.
GAYA BUZZ CUT HYUNJIN JADI BUALAN HANGAT DI X
Hyunjin dari Stray Kids sekali lagi menjadi trendsetter apabila gaya rambut buzz cut nya menjadi bualan ramai di aplikasi X.
KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA
Selain dari menjadi ketua kumpulan Stray Kids, Bang Chan merupakan penulis dan pencipta untuk kebanyakkan lagu Stray Kids.
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
STRAY KIDS MENDOMINASI AMERICAN MUSIC AWARDS KE-50
Stray Kids mengejutkan peminat dan warga tempatan dengan persembahan penuh tenaga di ulang tahun ke-50 American Music Awards. Kumpulan global Stray Kids membuat kemunculan di pentas ulang tahun ke-50 AMA. Mereka terdiri daripada lapan ahli, Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, HAN, Felix, Seungmin dan I.N. Stray Kids yang debut pada 25 Mac 2018 merupakan…