Skip to content

THUNDERBOLTS KINI BERGELAR THE NEW AVENGERS?

Kongsikan artikel ini

Marvel Studios sekali lagi mencetuskan kejutan. Filem yang asalnya dikenali sebagai Thunderbolts kini telah dijenamakan semula sebagai The New Avengers. Perubahan ini diumumkan secara rasmi selepas minggu pertama tayangan filem tersebut. Ia kini digunakan dalam semua bahan promosi termasuk poster dan treler baharu.

Langkah ini mengejutkan ramai peminat MCU. Ramai tidak menjangka bahawa pasukan anti-wira ini akan mengambil nama “Avengers”. Tapi dalam babak pasca-kredit, perubahan ini dijelaskan dengan jelas. Pasukan Bucky Barnes (dilakonkan oleh Sebatian Stan), Yelena Belova (dilakonkan oleh Florence Pugh), Red Guardian (dilakonkan oleh David Harbour), Ghost (dilakonkan oleh Hannah John-Kamen)dan U.S. Agent (dilakonkan oleh Wyatt Russell) kini secara rasmi dikenali sebagai The New Avengers.

the new avengersKENAPA THUNDERBOLTS DITUKAR NAMA?

Satu petunjuk awal tentang perubahan ini ialah tanda asterisk (*) pada tajuk Thunderbolts. Dalam poster promosi, terdapat nota kecil yang menyatakan “The Avengers are unavailable”. Ini memberi gambaran bahawa pasukan ini bukan Avengers yang biasa kita kenal. Sebaliknya, mereka ialah alternatif yang lebih keras, lebih gelap, dan lebih agresif.

Marvel nampaknya ingin menampilkan sisi berbeza dunia MCU. The New Avengers bukan sekadar nama baru, tetapi simbol perubahan naratif. Ia membuka ruang untuk meneroka tema kuasa, moral, dan kesetiaan dari perspektif berbeza. Ini juga menambah ketegangan dalam jalan cerita MCU apabila dua pasukan Avengers mula wujud secara serentak.

the new avengersKONFLIK BAHARU DALAM MCU

Menariknya, perubahan nama ini turut mencetuskan konflik dalam semesta Marvel. Dalam filem, Sam Wilson (Captain America) dikatakan sedang membina pasukan Avengers versi beliau sendiri. Maka, apabila pasukan Thunderbolts mengisytiharkan diri mereka sebagai The New Avengers, ia mengundang ketegangan besar.

Menurut laporan, Sam Wilson mengambil tindakan undang-undang terhadap pasukan ini kerana menggunakan nama tersebut. Ini membuka jalan kepada pertembungan antara dua kumpulan wira yang sah dan yang tidak diiktiraf. Konflik ini dijangka akan menjadi nadi kepada filem Marvel akan datang seperti Avengers: Doomsday.

Marvel berjaya mencuri perhatian peminat dengan langkah berani ini. Mereka bukan sahaja memperkenalkan pasukan baharu, tetapi juga mewujudkan ketegangan dalaman yang realistik. Dalam dunia yang semakin kompleks, wira-wira ini tidak lagi hitam putih. Filem ini bakal mencerminkan dunia yang kelabu dan itulah yang membuatkan kita terus melekat di layar.

 

ARTIKEL BERKAITAN: 8 FILEM BULAN MEI 2025 UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM

By Aesya Sofilea
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025

Bacaan Lanjut
30 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2025

30 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

Bacaan Lanjut
cannes 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FESTIVAL FILEM CANNES 2024 (SETAKAT INI)

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Bacaan Lanjut
OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut