LIPUTAN ACARA: GLAM LELAKI RESET BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA MELANGKAH ERA BAHARU MASKULINITI
Pada petang 8 Mei 2025, GLAM Lelaki telah menganjurkan sebuah acara yang penuh transformasi di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang, dari jam 4 petang hingga 7 malam. Acara eksklusif yang dinamakan GLAM Lelaki Reset ini memperkenalkan babak baharu dalam evolusi majalah ini, menampilkan pelbagai aspek maskuliniti moden melalui konsep GLAM Lelaki Persona yang revolusioner.
Dengan kehadiran tetamu dengan berpakaian bergaya membawakan tema ‘sleek’, suasana di dalam ruang acara sangat terasa penuh dan cukup bertenaga. Acara ini dipengerusikan oleh Fazziq Muqris yang sememangnya seorang yang berkarismatik dan dimulakan dengan ucapan oleh Johan Kassim, Editor GLAM Lelaki. Johan memperkenalkan GLAM Lelaki Persona iaitu sebuah kolektif personaliti yang menggambarkan lelaki Malaysia moden dalam semua keaslian, keanggunan, dan kepelbagaian mereka. GLAM Lelaki Persona meraikan pelbagai identiti, semuanya bersatu di bawah etos gaya, substansi, dan tujuan.
GL Gang pula bukan sahaja sebuah kumpulan model atau duta jenama, tetapi mereka mewakili sebuah gerakan, sebuah komuniti, stail sebuah brotherhood, lelaki dan sofistikasi.
Tiga daripada lima figura untuk GLAM Lelaki Persona ini adalah merupakan GL Gang, manakala dua individu lagi adalah sahabat kepada GLAM Lelaki. Mereka mewakili era maskuliniti baharu, masing-masing membawa persona unik mereka ke dalam kehidupan:

Jason Tan
The Digital Creator – Jason Tan membawa pendekatan minimalis kepada penciptaan kandungan gaya hidup, dengan penekanan pada keanggunan dan keaslian.

Nik Rifaie
The Explorer – Nik Rifaie memukau tetamu dengan kehadirannya yang berkarisma dan komitmennya terhadap kesihatan mental, menunjukkan bagaimana semangat dan dedikasi mendefinisikan lelaki moden.

Muqh Mazelan
The Experimental – Muqh Mazelan mewakili masa depan fesyen, berani mencuba gaya yang berani, tetapi tetap autentik.

Farhan Asri
The Driven – Farhan Asri mempamerkan ambisi yang tenang, menggabungkan almari pakaian yang bergaya dengan keyakinan yang teguh sewaktu beliau mengembangkan bakatnya di luar dunia peragaan.

Adam Shafique
The Urban Professional – Adam Shafique melambangkan sofistikasi yang tidak keterlaluan, menawarkan wawasan tentang persimpangan gaya peribadi dan kejayaan dalam bidang keusahawanan.
Setelah memperkenalkan persona GLAM Lelaki, acara diteruskan dengan sesi soal jawab yang sarat pemikiran bersama Johan Kassim. Perbualan ini mendalami sebab di sebalik keputusan GLAM Lelaki untuk reset. Dalam dunia di mana maskuliniti sentiasa berubah, langkah reset GLAM Lelaki bukan sahaja tepat pada waktunya, malah sangat diperlukan. Keputusan untuk melancarkan semula dalam bentuk cetakan di era digital ini dibincangkan sebagai langkah strategik untuk menghasilkan kandungan yang bermakna dan berkekalan, yang mampu menyentuh pembaca pada tahap yang lebih mendalam dan peribadi.
Johan menjelaskan bahawa peralihan daripada digital kepada cetakan adalah untuk menawarkan sesuatu yang jarang ditemui di dunia yang serba pantas ini, pengalaman yang dikurasi dengan teliti yang mengundang pembaca untuk berhenti sejenak dan merenung. Janji masa depan GLAM Lelaki terletak pada komitmennya untuk menyampaikan kandungan yang raw, sebenar, dan tanpa tapis, yang mencabar pembaca dan penonton untuk memikirkan semula definisi tradisional tentang maskuliniti.

Acara ini mendapat perhatian yang luar biasa daripada para selebriti dan influencer tempatan yang turut serta meramaikan suasana, antaranya adalah Ismail Izzani, Awal Ashaari, Daiyan Trisha, Aziz Harun, Ihateamirul Danial (Eddy), Aedy Ashraf, Hael Husaini, Nadhir Nasar, Alvin Chong, Mierul Aiman, Jackgohr, serta pasangan Sean Lee dan isterinya, Baydoucet. Kehadiran mereka memberikan sentuhan glamour dan prestij, menyerlahkan lagi aura eksklusif acara ini.

Acara ini turut dimeriahkan oleh DJ Dan Fleischer, yang memputar muzik dengan penuh gaya dan energi, memanfaatkan kemampuan beliau untuk membawa suasana acara ke tahap yang lebih tinggi. DJ Dan Fleischer memainkan muzik yang bertenaga, mencipta suasana yang tepat untuk menikmati momen sosial yang penuh semangat.
Acara ini berakhir dengan tetamu bergaul dan bersosial, sambil merangkul era baharu GLAM Lelaki. Acara ini bukan sahaja menandakan pelancaran semula majalah tersebut, tetapi juga permulaan pergerakan baru yang mentakrifkan semula maskuliniti moden dengan keanggunan, kekuatan, dan keaslian.
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Lelaki. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
CORTIS MENDEFINISI SEMULA GAYA STREETWEAR MEWAH GENERASI BAHARU
CORTIS mendefinisi semula gaya streetwear mewah generasi baharu. Ketahui estetik skater-punk Y2K subversif yang mengubah fesyen kontemporari.











