Skip to content

ZA, GADIS CANTIK PERANTAU DUNIA

ZA, GADIS CANTIK PERANTAU DUNIA

Kongsikan artikel ini

Kenali Za, wajah manis disebalik komuniti Merantau+ yang menerokai kecantikkan dunia dengan mencipta kandungan travel. 

Akaun Instagramnya dipenuhi dengan kandungan-kandungan meneroka, Za merupakan seorang pencipta kandungan travel. Dengan wajah manisnya, gadis ini cukup berani merantau setiap pelusuk dunia yang unik. Dari New Zealand ke Pakistan, gadis ini sudah meneroka dunia yang penuh indah. Lebih dikenali sebagai merantau_dunia melalui Instagram, tahun ini merupakan tahun keempat Za merantau serata dunia secara sepenuh masa. Menjadi inspirasi buat gadis-gadis muda yang mahu merantau dunia, Za semestinya memberi inspirasi besar dalam dunia travelling. 

1. Za dalam 3 patah perkataan?

Random, adventurous, kelakar.

2. Apakah perkembangan terkini Za?

Kini, saya sedang membangunkan Merantau+, satu platform komuniti buat para travellers.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZA (@merantau_dunia)

3. Ramai mengenali Za sebagai seorang pencipta kandungan travel. Apa lagi yang dilakukan oleh Za, yang orang ramai perlu tahu?

Keluarga saya amat mencintai binatang. Jadi, kami sekeluarga menjaga kucing dan anjing terbiar.

4. Siapakah girl crush and boy crush Za?

Kebanyakkan girl crush saya ialah dari antarabangsa. Pilihan utama saya ialah: Yesly, Christina Kirkman dan Hildurkarlson. Mainly kerana mereka sangat jujur dan menjadi diri sendiri. Saya tiada boy crush haha!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZA (@merantau_dunia)

5. Siapakah inspirasi Za dalam hidup?

Za tiada inspirasi yang spesifik, selalunya saya terinspirasi oleh orang sekeliling saya. Bagaimana berlainan orang hidup di dalam kehidupan yang berlainan.

6. Red flags ketika temu janji pertama?

Biadap dengan pekerja yang melayan pelanggan, sentiasa bercakap tentang diri sendiri dan “terlalu baik”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZA (@merantau_dunia)

7. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?

Perlu berhati-hati memilih orang untuk bergaul, kerana bukan semua orang mempunyai niat yang baik.

8. Gambarkan lelaki idaman Za?

Sama seperti saya, suka menjelajah, pandai bergaul serta love language nya ialah act of service. Jadi, kita boleh travel sama sama.

9. Negara yang pernah dilawati dan memberi impak terbesar dalam hidup Za?

Negara pertama saya,  New Zealand. Ia mengubah cara pemikiran Za tentang ada lebih dalam hidup ini, bukan sekadar buku atau bekerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZA (@merantau_dunia)

10. Negara yang dicadangkan untuk peneroka baharu dan mengapa?

Lombok, Indonesia kerana mereka ada segalanya! Laut, gunung & orang di sana sangat peramah. Boleh bercakap bahasa kita.

11. Apa yang membuatkan Za travel pada mulanya?

Saya pernah membicnangkan hal ini bersama peneroka yang lain di New Zealand, ketika saya berumur 18 tahun. “Macam mana boleh travel lama dan mengapa?” Kemudian mereka jawab, “Live is meant to be lived. Simpan duit dan meneroka. Pergi lihat dunia.” Sejak itu, saya mula menerokai dunia.

12. Kamu rasa lelaki itu seksi apabila…

Saya boleh berada dengannya dan sisi feminin saya keluar. Kerana dia uruskan segalanya untuk saya. Penat ya, apabila girl boss terlalu lama. At the end of the day, kita sebagai wanita hanya mahu menjadi seorang puteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZA (@merantau_dunia)

Pautan Berkaitan: BOLA SEPAK SUKAN PILIHAN MAYA LETISHA

 

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI

Bacaan Lanjut

DJI OM 5 MENGINSPIRASIKAN KREATIVITI VIDEOGRAFI BUAT CONTENT CREATOR

Bacaan Lanjut