8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA
Selain daripada gaya fesyen yang kemas, wangian lelaki juga mampu menjadi salah satu cara untuk menarik perhatian wanita.
Menjaga kerapian diri sangat penting untuk lelaki dari segi fesyen dan gaya, mahupun bau badan. Penggunaan wangian lelaki yang betul mampu menarik perhatian wanita dengan penuh menggoda. Lelaki yang berbau wangi ialah lelaki yang lebih digemari oleh wanita. Memilih minyak wangi yang betul dan sesuai dengan look yang ingin dibawa sangat penting untuk penampilan seorang lelaki yang gagah. GLAM Lelaki akan senaraikan lapan wangian lelaki untuk menarik perhatian wanita dengan penuh menggoda.
#1 Emporio Armani Stronger With You ABSOLUTELY
Nota: Rum, Bergamot, Lavender, Kayu Cedar, Vanila
Wangian ini berbau hangat, maskulin dan menggoda ini direka khas untuk lelaki yang yakin dan berkarisma. Nota tengah yang berbau lavender mencipta aura yang mewah dan penuh gaya. Akhirnya, bau ini diikat dengan kayu cedar yang berasap dan vanila manis dari Madagascar, meninggalkan bau yang tahan lama, hangat, dan sangat menggoda. Wangian lelaki ini cukup maskulin, seksi dan elegan hingga mampu menarik perhatian wanita. Hun Haqeem merupakan duta tempatan buat minyak wangi ini di Malaysia.
#2 Kilian Paris Smoking Hot
Nota: Hookah (Epal Manis), Tembakau Absolute, dan Esen Tulen Bourbon Vanilla Pure Jungle.
Wangian ini direka khas untuk lelaki yang mahu tampil berani, maskulin dan menggoda. Nota hookah yang unik dan menyegarkan, dicampur dengan haruman kayu manis yang hangat mampu menarik perhatian sejak semburan pertama. Campuran bau tembakau maskulin yang berasap memberi rasa matang dan penuh karakter. Keunikkan wangian Kilian Paris Smoking Hot memberi efek berani, dan penuh daya tarikan, yang boleh membuat wanita tertarik dan teringat.
#3 Versace Eros
Nota: Lemon dan Mandarin Itali, Minyak Pudina, Bunga Geranium, Kayu Cendana, Vanila
Versace Eros ialah wangian yang sangat sesuai untuk lelaki yang nak nampak yakin, maskulin dan menggoda, direka untuk tarik perhatian wanita. Wangian ini diilhamkan oleh Dewa Cinta Yunani, jadi ia memang direka untuk menonjolkan kuasa tarikan dan sensualiti lelaki. Baunya campuran segar, manis dan maskulin, buat tampil lebih menarik dan penuh aura. Wangian ini bakal membuatkan wanita pandang dua kali dan memberi keyakinan dengan penuh daya tarikan. Bang Chan dari Stray Kids cukup terkenal kerana menggunakan minyak wangi ini sejak dahulu, cukup sesuai dengan auranya sebagai seorang ketua kumpulan. Selebriti Thailand PP Naravit juga antara yang menggunakan wangian menggoda ini.
#4 YSL MYSLF
Nota: Lada Hitam, Bunga Oren, Vanila Bourbon
MYSLF Le Parfum ialah wangian moden untuk lelaki yang berani jadi diri sendiri, penuh keyakinan, dan tidak perlu pura-pura. Wangian ini sesuai untuk lelaki muda hingga dewasa yang nak tampil lebih menarik, maskulin dan menggoda wanita. Gabungan bau bunga yang segar dan kayu yang hangat, dengan sentuhan vanila yang lembut dan sensual menjadikan campuran ini mencipta bau yang mewah, tahan lama dan sangat memikat. YSL MYSLF memberi bau moden, seksi dan penuh karakter. Ia bakal tampilkan keyakinan dan penuh daya tarikan, cukup kuat untuk tarik perhatian, tapi cukup halus untuk kekal elegan. Mierul Aiman dan Sky Iskandar adalah antara selebriti tempatan yang pernah menggunakan wangian MYSLF dari YSL ini.
#5 Diptyque Eau Duelle
Nota: Vanila Bourbon, Pink Peppercorn, Cypriol
Wangian ini merupakan penghargaan kepada pengembaraan dan vanila. Ia membawa anda menyusuri jalan rempah, di mana vanila di tengah haruman Eau Duelle mendapat sentuhan baru yang unik. Gabungan aroma calamus yang terang dan menarik, serta bau cypriol yang gelap dan berasap. Vanila Bourbon dari Madagascar yang istimewa ini muncul dengan kombinasi antara cahaya dan kegelapan, mencipta bau yang misteri, menarik dan memikat. Wangian ini sesuai untuk lelaki yang suka berani cuba sesuatu baru dan mahu kelihatan penuh pesona. Bau vanila yang hangat dan sedikit rempah ini boleh buat wanita rasa tertarik dan ingin mendekat. Antara selebriti terkenal yang menggunakan wangian ini ialah Lee Know dari Stray Kids.
#6 Le Labo The Noir 29
Nota: Buah Tin, Daun Bay, Bergamot, Kayu Cedar, Vetiver, dan Kasturi
The Noir 29 dari Le Labo adalah wangian unik untuk lelaki dan wanita. Buat beberapa wanita, mereka lebih sukakan lelaki yang menggunakan pewangi uniseks. Pewangi ini membuatkan anda kelihatan lebih tenang, berkelas dan memikat. Ia diinspirasikan oleh teh hitam yang mewah, digabungkan dengan bau-bauan semula jadi yang menarik dan sensual. Yang menjadikan wangian ini istimewa ialah ekstrak daun teh hitam, yang beri rasa kering seperti tembakau dan jerami, tapi dalam cara yang sangat lembut dan sensual. Bila bercampur dengan minyak pati yang halus, wangian ini jadi mengasyikkan dan memikat. Juyeon dari The Boyz adalah antara pengguna setia minyak wangi ini.
#7 Acqua di Parma Mirto di Panarea
Nota: Lemon, Bergamot, Bunga Melur, Bunga Mawar, Juniper dan Kayu Cedar
Mirto di Panarea dari Acqua di Parma adalah wangian lelaki yang memberi kesegaran, ketenangan dan menarik perhatian wanita. Ia sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya hidup santai tapi tetap mahu tampil memikat di mata wanita. Bermula dengan bau buah lemon dan bergamot yang sangat segar dan berkilau, ia memberi rasa bertenaga dan positif sejak semburan pertama. Jika anda impikan kesegaran bak percutian tepi laut, tapi tetap maskulin dan menggoda, Mirto di Panarea adalah pilihan ideal. Sunwoo dari The Boyz juga memperkenalkan wangian ini sebagai salah satu kesukaannya.
#8 CHANEL Bleu de CHANEL
Nota: Kayu Cendana, Kayu Cedar dan Kacang Tonka
BLEU DE CHANEL Eau de Parfum adalah wangian untuk lelaki yang bebas, yakin, dan berjiwa kuat, sesuai jika ingin nak tampil maskulin dan menarik di mata wanita. Haruman ini ialah gabungan bau kayu cendana dari New Caledonia, kayu cedar yang hangat, dan kacang tonka yang manis dan sensual. Hasilnya, wangian ini berbau hangat, elegan, dan sangat menggoda. Botol berwarna biru gelap yang misteri, melambangkan lelaki moden yang bebas menentukan hidup sendiri. Wangian lelaki ini merupakan pilihan yang tepat untuk lelaki yang ingin kelihatan matang, berkelas dan penuh daya tarikan. BLEU DE CHANEL ialah antara wangian lelaki yang cukup terkenal, termasuklah dalam kalangan selebriti. Antara selebriti lelaki yang menggunakan wangian ini ialah Lee Know (Stray Kids), Juyeon (THE BOYZ), Timothée Chalamet, G-Dragon, Ryan Gosling serta Chris Hemsworth.
Pautan Berkaitan: 6 PEMBERSIH WAJAH UNTUK KULIT LELAKI TAMPIL SIHAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, bintang-bintang lelaki Hollywood mempamerkan gaya fesyen yang memukau di karpet merah.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA
Selain dari menjadi ketua kumpulan Stray Kids, Bang Chan merupakan penulis dan pencipta untuk kebanyakkan lagu Stray Kids.
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.
STRAY KIDS MENDOMINASI AMERICAN MUSIC AWARDS KE-50
Stray Kids mengejutkan peminat dan warga tempatan dengan persembahan penuh tenaga di ulang tahun ke-50 American Music Awards. Kumpulan global Stray Kids membuat kemunculan di pentas ulang tahun ke-50 AMA. Mereka terdiri daripada lapan ahli, Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, HAN, Felix, Seungmin dan I.N. Stray Kids yang debut pada 25 Mac 2018 merupakan…