10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG JONATHAN ANDERSON
Pereka Fesyen Gen-Z yang Mengubah Wajah Industri Global
JONATHAN ANDERSON BARU SAHAJA DIUMUMKAN SEBAGAI PENGARAH KREATIF DIOR UNTUK KOLEKSI LELAKI, WANITA DAN HAUTE COUTURE. SATU SEJARAH BAHARU TERCIPTA DI RUMAH FESYEN DIOR. KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI JONATHAN ANDERSON-BAKAT FESYEN YANG MENJADI PUJAAN RAMAI!

Dalam dunia fesyen yang sering diwarnai nama-nama besar, Jonathan Anderson berdiri megah sebagai suara yang berani, berbeza, dan tidak pernah takut mencabar ketradisionalan gaya. Baik untuk koleksi lelaki mahupun perempuan.
Dari membesar di Ireland Utara ke pentas global Paris dan Milan, inilah 10 fakta yang akan buat anda ingin tahu lebih lanjut tentang genius kreatif di sebalik jenama JW Anderson dan LOEWE.
1. Asal Usul Artistik dari Ireland
Dilahirkan di Magherafelt, Ireland Utara, Jonathan dibesarkan dalam suasana seni yang kaya. Ayahnya pemain ragbi profesional, manakala ibunya aktif dalam dunia teater.
2. Dari Pentas ke Runway
Sebelum dunia mengenalinya sebagai pereka, Jonathan pernah belajar lakonan di Juilliard, New York—tetapi cintanya kepada fesyen lebih membawa tuah. Maka itu, latar belakangnya dalam bidang seni lakonan sedikit sebanyak mempengaruhi kebanyakan koleksi rekaannya.

3. Pelajar Cemerlang di London College of Fashion
Di sinilah segala bermula. Di institusi fesyen ini, Jonathan mengasah identitinya sebagai pereka yang berani mencuba dan melanggar sempadan.
4. JW Anderson: Label yang Mencetus Revolusi
Dilancarkan pada tahun 2008, label ini cepat mencuri perhatian dengan rekaan androgini, struktur unik, dan permainan siluet yang berani. Idea kreatif Jonathan di label ini telah berjaya menghasilkan beberapa koleksi pakaian dan aksesori yang ikonik.

5. LOEWE: Nafas Baharu untuk Legasi Sepanyol
Sebagai Pengarah Kreatif sejak 2013, beliau telah menukar jenama warisan ini menjadi antara yang paling kontemporari dan mencetus obsesi ramai.
6. Anugerah Berganda di British Fashion Awards
Tahun 2015 menyaksikan sejarah: Jonathan menang kategori Pereka Lelaki dan Wanita Terbaik – pencapaian yang luar biasa!
7. Kolaborasi Eksklusif dengan Uniqlo
Rekaannya bukan sekadar untuk golongan elit. Dengan kolaborasi bersama Uniqlo, beliau menjadikan gaya premium boleh dimiliki oleh semua. Bersama Uniqlo, Jonathan Anderson banyak mengambil summer beach, percutian pantai dan gaya-gaya asas bercuti sebagai inspirasi utama.

8. Seni sebagai Nadi Inspirasi
Lukisan moden, seni galeri, dan instalasi seni sering menjadi titik mula bagi setiap koleksi yang dihasilkannya.
9. Pelopor Gaya Bebas Jantina
Jonathan tidak melihat fesyen sebagai lelaki atau wanita – baginya, ia adalah ekspresi. Rekaan Jonathan sering merentasi sempadan gender dengan berani. Muse fesyennya juga sering tampil berbeza mengikut musim. Daniel Craig, Manurios, Kit Connor, Troye Sivan, Omar Apollo, Greta Lee, Taylor Russell, Dame Maggie Smith, Drew Starkey dan ramai lagi merupakan muse fesyen Loewe yang dipilih Jonathan.
10. Ikon Fesyen Masa Kini
Dipandang tinggi oleh editor majalah, selebriti dan golongan Gen Z, Jonathan kini menjadi suara penting dalam membentuk arah tuju fesyen masa depan.
Artikel berkaitan: 5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.











