5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.
Walaupun sering digayakan oleh jenama-jenama fesyen besar, stail peribadi Glenn Yong juga mencuri perhatian. Dari look kasual seperti teman lelaki ke look formal untuk ke acara besar, Glenn Yong semestinya menjaga penampilannya yang cukup kacak itu. Sebagai seorang selebriti yang cukup terkenal dalam dunia fesyen, gaya pemakaian Glenn Yong juga mampu mencapai tahap fashionista! Mari kita lihat lima stail peribadi Glenn Yong yang anda boleh cuba.
#1 Stail Airport Kasual
Busana dari Louis Vuitton yang dikenakan oleh Glenn Yong cukup kasual dan selesa untuk di pakai di lapangan terbang, untuk perjalanan yang panjang mahupun pendek. Baju crewneck yang digayakan bersama seluar trek yang sepadan memberi stail yang cukup cool tetapi masih selesa.
#2 Denim on Denim
Gaya denim on denim sentiasa timeless, dan mampu digayakan bila-bila masa sahaja. Walaupun kelihatan santai dan kasual, Glenn Yong masih kelihatan berfesyen dengan pakaian dari Calvin Klein ini.
#3 Sut All White
Sut berona putih semestinya menaikkan lagi seri Glenn Yong. Sesuai dikenakan ketika acara formal ataupun semi formal, sut putih menjadi pilihan yang tepat buat Glenn Yong yang sedang bercuti di Korea Selatan ketika itu.
#4 Stail Summer Boy
Di musim panas yang hangat, stail peribadi summer boy Glenn Yong juga menarik perhatian GLAM Lelaki. Tank top yang digayakan bersama seluar pendek di tepi pantai cukup menggambarkan suasana bercuti pada musim panas.
#5 Gaya Cute Boyfriend
Baju tee bercorak belang kelihatan sangat sesuai dengan Glenn Yong, cukup sesuai dengan usianya yang masih muda. Gaya teman lelaki yang tular juga sesuai dengan wajah Glenn Yong yang semestinya, teman lelaki kita semua!
Pautan Berkaitan: 8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











