Skip to content

series apple tv+ paling popular sekarang

5 SERIES APPLE TV+ PALING POPULAR SEKARANG UNTUK DITONTON

Kongsikan artikel ini

Apple TV+ kini menjadi antara platform penstriman pilihan ramai. Walaupun kandungannya tidak sebanyak pesaing lain, kualiti produksinya memang sukar ditandingi. Dari sinematografi hebat hingga skrip yang tajam, setiap siri terasa seperti sebuah filem blockbuster. Menerusi artikel ini GLAM Lelaki himpunkan lima series Apple TV+ yang sedang popular sekarang ini di platform itu.

Ramai pastinya mencari tontonan yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga memberi nilai. Sama ada anda minat komedi, drama atau sci-fi platform ini ada sesuatu yang boleh memenuhi citarasa anda. Siri terpilih ini bukan sahaja sedang trending, tetapi juga mendapat pujian pengkritik dan penonton.

Berdasarkan senarai rasmi “Most Popular Now” Apple TV+ 2025, ini 5 series Apple TV+ yang wajib anda tonton sekarang. Setiap satu lengkap dengan sinopsis pendek dan trailer rasmi supaya mudah untuk anda pilih.

Series Apple TV+ Paling Popular Sekarang

1. Stick (Komedi)

Seorang bekas pemain golf cuba menebus kesilapan silam dengan membimbing bakat muda. Siri ini sarat nilai persahabatan dan semangat baru. Gaya santainya menjadikannya mudah ditonton, tetapi tetap bermakna.

2. Your Friends & Neighbors (series Apple TV+ Drama Gelap)

Seorang bekas pengurus kewangan mencuri dari jiran-jiran elit selepas hilang segalanya. Siri ini gabungkan jenayah, humor gelap dan dilema moral. Ia penuh kejutan dan menegangkan.

3. Murderbot (Sci-Fi + Komedi)

Robot keselamatan ini ada kesedaran diri… tetapi lebih suka menonton drama! Siri ini kelakar, pintar dan sarat mesej sosial. Anda akan terhibur dan berfikir dalam masa yang sama.

4. Ted Lasso (series Apple TV+ Komedi Sukan)

Seorang jurulatih bola sepak Amerika mengubah nasib kelab UK dengan semangat positifnya. Siri ini penuh inspirasi dan lucu. Ia pilihan terbaik untuk tontonan santai hujung minggu.

5. Severance (Thriller Psikologi / Sci-Fi)

Apa jadi jika memori kerja dan peribadi anda dipisahkan? Siri ini penuh misteri dan visual yang unik. Ia perlahan tapi memikat — sesuai untuk peminat thriller psikologi.

Kenapa Series Apple TV+ Ini Wajib Ditonton?

Siri Genre Tarikan Utama
Stick Komedi Owen Wilson, vibe santai, kisah redemption
Your Friends & Neighbors Drama Gelap Jon Hamm, konflik moral, plot twist
Murderbot Sci-Fi + Komedi Robot sinis, penuh aksi dan sindiran sosial
Ted Lasso Komedi Sukan Positif, heartwarming, feel-good
Severance Thriller Sci-Fi Unik, misteri korporat, sinematik

Setiap siri Apple TV+ dalam senarai ini menawarkan sesuatu yang berbeza. Dari kisah lucu hingga yang mencabar minda, semuanya sesuai untuk semua gender yang inginkan lebih dari sekadar hiburan.

Artikel berkaitan: NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON