MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
MALHAMKA CUKUP POPULAR DENGAN LAGU-LAGUNYA, SEPERTI ‘TERANG MALAM’, ‘MAKNA CINTAMU’ DAN TERKINI BARU SAHAJA MELANCARKAN SINGLE ‘SIAPA SANGKA’. KENALI PENYANYI MUDA INI MELALUI IMPIAN DAN CITA RASA FESYENNYA.
BOLEHKAH ANDA BERKONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN ANDA KE DALAM MUZIK DAN MENGHASILKAN LAGU? APAKAH YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANDA UNTUK BERMULA?
Saya menceburi bidang muzik kerana ayah saya. Membesar, muzik sentiasa berada di sekeliling, tambah lagi ayah suka menyanyi. Dan kami mempunyai set karaoke di rumah. Dari situlah saya jatuh cinta dengan muzik.
BAGAIMANAKAH ANDA HURAIKAN GAYA PERIBADI? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA?
Gaya peribadi saya agak ‘clean’ dan minimal. Tetapi terkadang saya suka menambah sedikit gaya streetwear. Ia pasti berkembang kerana saya telah menjadi lebih yakin dan mengetahui apa yang benar-benar sesuai untuk saya.
MALHAMKA MEMPUNYAI GAYA YANG ‘CLEAN’, MINIMAL DAN KADANGKALA LASAK. BAGAIMANAKAH ANDA SENTIASA ‘UPDATE’ DENGAN GAYA LELAKI MASA KINI?
Secara jujur, saya telah meminati fesyen sejak kecil. Semasa saya remaja, saya suka memerhati bagaimana Justin Bieber, Chris Brown dan G-Dragon berpakaian. Jadi dari masa ke masa, saya temui gaya dan vibe saya sendiri dan menjadi lebih yakin dengan apa yang saya suka pakai.
ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TREND ATAU AKSESORI FESYEN YANG ANDA TERUJA PADA MASA INI?
Saya suka cincin, jam tangan, mungkin gelang kadang-kadang. Tetapi secara jujur, perkara utama bagi saya ialah bau minyak wangi yang baik adalah satu kemestian, sentiasa!
BOLEHKAN ANDA KONGSI TENTANG KERJA/PROJEK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Saya mempunyai banyak momen hebat, tetapi mempunyai lagu dengan Faizal Tahir sejujurnya adalah impian yang menjadi kenyataan. Dia antara idola saya semasa membesar.
APAKAH NASIHAT YANG AKAN ANDA BERIKAN KEPADA PEMUZIK BAHARU?
Nasihat saya? Tetap setia pada diri sendiri dan jangan berputus asa, tidak kira betapa sukarnya ia, fokus pada diri sendiri dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.
SIAPAKAH INSPIRASI GAYA ANDA?
G-Dragon dan Chris Brown
PROJEK TERKINI?
Baru sahaja melancarkan lagu baharu bertajuk ‘SIAPA SANGKA’. Ia agak berbeza daripada yang biasa saya lakukan dengan lebih bersemangat dan santai.
SIAPA ATAU APAKAH JENAMA YANG ANDA TERINGIN BEKERJASAMA DENGAN?
Jenama impian saya ialah Adidas atau Nike, kerana saya sentiasa menggemari kasut sneakers. It would be incredible to have a special edition of my own someday. Bagi muzik pula, berkolaborasi dengan artis seperti Nadhif Basalamah atau Afgan adalah satu penghormatan yang besar.
APA YANG MALHAMKA INGIN CAPAI SEBELUM MENCAPAI UMUR 35 TAHUN?
Sebelum saya mencapai umur 35 tahun, saya benar-benar ingin membuat konsert atau showcase sendiri dan mengeluarkan banyak lagu untuk semua pendengar saya. Saya juga berharap untuk kekal relevan dalam industri ini.
Artikel berkaitan: KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Pengaruh luar biasa Lucidrari dalam membentuk identiti generasi kini melalui fesyen dan muzik. Legend "in the making".
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI
"Saya bangga saya masih relevan hingga ke hari ini. Saya dapat lakukan apa yang saya suka, iaitu peragaan dan mencipta kandungan fesyen walaupun pendapatannya tidak stabil. Tetapi, I love what I do, itu lebih penting," Pipi Razi.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.











