EMRAN RIJAL DISAMBUT SEBAGAI AYAH DENGAN HARUMAN IKONIK MONTBLANC LEGEND BLUE
Setiap lelaki dilakar oleh bab-bab kehidupan yang berbeza, daripada pencapaian kerjaya hingga kejayaan peribadi. Namun tiada yang dapat menandingi detik apabila seseorang lelaki menjadi seorang ayah buat kali pertama. Itulah realiti dan pengalaman Emran Rijal, yang kini melangkah ke fasa baru kehidupan bersama isterinya, Tyra Kamaruzzaman, dan cahaya mata pertama mereka yang baru lahir. Sempena Hari Bapa tahun ini, GLAM Lelaki bersama Montblanc Fragrances mempersembahkan sebuah video kempen emosional berjudul “Mengenang, Menyayangi Selamanya”, yang menangkap esensi kasih sayang, memori dan makna sebenar menjadi seorang bapa dalam gaya yang penuh keanggunan dan kejujuran menerusi sebotol Montblanc Legend Blue.
Kempen Yang Menyentuh Jiwa: Momen, Memori & Montblanc
Kempen dimulakan dengan gaya dokumentari lifestyle yang jujur di mana Emran dan Tyra memperkenalkan diri mereka kepada kamera, dengan senyuman lembut dan sorotan mata yang penuh erti. Ia bukan sekadar video; ia adalah jurnal visual yang mendokumentasikan perjalanan cinta mereka.
Kemudian, Tyra mengimbas semula kenangan indah melalui helaian foto-foto lama dari saat mereka bernikah, melancong, menyambut kehamilan, sehingga ke detik paling mengharukan iaitu kelahiran puteri sulung mereka. Dengan cahaya semula jadi membasahi ruang, detik-detik ini dirakamkan dengan kelembutan dan keaslian yang menyentuh hati.
Di tengah-tengah senyuman dan tawa, Tyra menyerahkan satu kotak istimewa kepada Emran. Di dalamnya terisi sebotol wangian Montblanc Legend Blue.
Montblanc Legend Blue: Haruman Yang Menyimpan Makna
Di dalam video kempen ini, haruman ini bukan sekadar hadiah. Ia menjadi lambang kepada perjalanan dan perubahan. Montblanc Legend Blue memperkenalkan sisi baru lelaki Legend iaitu seorang yang moden, elegan, maskulin dan abadi.
Kini tampil dengan botol lutsinar berlapis lacquer biru, Montblanc Legend Blue mendedahkan keanggunan Eau de Parfum yang penuh karakter.
Komposisi haruman ini membina naratif tersendiri:
- Nota utama: Mint dan lavender yang segar dan aromatik,
- Nota tengah: Cedar dan sandalwood, membawa gaya maskulin,
- Nota asas: Ambroxan dan moss, menghasilkan aura olfaktori yang intense dan tahan lama.
Montblanc Legend Blue bukanlah sekadar hadiah, malah ia adalah simbol kepada semua fasa yang telah dan bakal dilalui Emran sebagai seorang lelaki dan kini, seorang ayah. Fragrance ini menjadi metafora sempurna untuk kenangan yang baru bermula. Setiap semburan membawa semula emosi yang tercipta dalam fasa ini. Ia bukan sekadar bau, tapi sensasi. Ia bukan sekadar hadiah, tapi legasi.
“Mengenang, Menyayangi Selamanya” Simbol Cinta Yang Diterjemah Dalam Satu Botol
Apa yang menjadikan kempen ini lebih istimewa ialah bagaimana ia berjaya menterjemahkan kasih sayang dalam bentuk paling ringkas tetapi mendalam iaitu melalui sebuah haruman. Mesej yang disampaikan jelas: cinta bukan sekadar apa yang kita rasakan, tetapi apa yang kita simpan dalam memori, dalam sentuhan, dan dalam bau yang mengingatkan kita kepada detik-detik yang bermakna.
Seperti mana yang Tyra suarakan:
“Awak sentiasa lelaki pilihan hati saya. Tapi bila saya tengok awak jadi seorang ayah… itu satu cinta yang tak pernah saya rasa sebelum ni. Saya nak awak simpan semua kenangan ni dalam satu haruman… yang wujud untuk saat ini.”
Hadiah Yang Lebih Dari Sekadar Botol

Processed with VSCO with c3 preset
Buat mereka yang mencari hadiah bermakna untuk figura lelaki di dalam hidup anda sama ada untuk suami, pasangan atau ayah sendiri Montblanc Legend Blue adalah pilihan yang bukan hanya bergaya, tetapi penuh makna. Ia adalah penghormatan terhadap peranan bapa hari ini: berjiwa besar, berperasaan dalam, dan tetap berkelas dalam segala tindakan.
Haruman Montblanc Legend Blue Buat Lelaki Yang Mencipta Warisan
Emran mungkin baharu sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, tetapi melalui kempen ini, jelas bahawa dia sudah pun mencipta warisan tersendiri iaitu dalam keluarganya, dalam kasih sayangnya terhadap Tyra dan anak mereka, dan kini dalam sebotol haruman yang akan kekal mengingatkannya kepada saat-saat terindah dalam hidupnya.
Montblanc Legend Blue bukan sekadar bau, malah ia adalah bab pertama dalam kisah cinta seorang ayah. Ia menceritakan sisi berbeza lelaki Legend dengan karismatik, tenang, bijaksana dan autentik.
Simbol warna biru bukan sahaja menjadi asas rekaan botol, tetapi juga mewakili nilai seperti ketenangan, kebijaksanaan, kepercayaan diri dan inspirasi selari dengan falsafah Maison Montblanc sejak penubuhannya, serta nilai-nilai yang digalas oleh lelaki Legend.
Artikel berkaitan: 5 STAIL EMRAN RIJAL PILIHAN GLAM LELAKI
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Lelaki. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
BUTIK BAHARU MONTBLANC BERKONSEPKAN NEO 4.0
Jenama mewah Montblanc baru sahaja melancarkan butik terbaharu mereka di The Gardens Mall, Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih menarik.
5 STAIL EMRAN RIJAL PILIHAN GLAM LELAKI
Emran Rijal dikenali dengan gaya streetwear yang berani dan autentik. Emran membawa identiti segar dalam dunia fesyen Malaysia.
PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023
Pengembaraan wangian Montblanc diteruskan dengan Explorer Platinum terbaharu yang menjadi pemangkin kepada semangat eksplorasi buat hero Alphamen 2023.
MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA
Montblanc kaya dengan segala aspek baik dunia horologi mahupun seleksi aksesori kulit yang bermutu tinggi, namun satu lagi misi yang dipacu gemilang adalah menaikkan kesedaran tentang seni tulisan di kalangan generasi sekarang.
MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH
Malam GLAM Lelaki Alphamen 2023 diraikan dengan penuh meriah dengan mengiktiraf dan meraikan hero alfa bagi tahun ini.