6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Memiliki bulu badan yang lebat adalah perkara biasa bagi ramai lelaki, namun ia boleh membawa cabaran dari segi kebersihan dan penjagaan diri. Bulu badan yang tebal boleh memerangkap peluh, bakteria dan bau, menjadikan penjagaan kebersihan tersangatlah penting. Berikut adalah enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu.

Mandi Secara Konsisten dan Menyeluruh
Mandi setiap hari adalah keperluan asas, terutama jika anda seorang lelaki yang aktif atau mudah berpeluh. Gunakan sabun antibakteria dan berikan perhatian khusus pada kawasan berbulu seperti dada, belakang dan bawah lengan. Mandi dua kali sehari amat digalakkan jika anda banyak berpeluh.
Trim Bulu Badan Secara Berkala
Trim atau cukur bulu badan membantu mengurangkan bau badan, peluh berlebihan dan rasa tidak selesa. Anda tidak perlu mencukurnya sepenuhnya. Cukup dengan memendekkan untuk kebersihan dan keselesaan. Gunakan alat pencukur yang sesuai dan selamat untuk kawasan sensitif. Banyak alat pencukur dari jenama baru yang boleh dibeli. Jenama lokal, Nateskin ada menjual alat pencukur yang baik.

Keringkan Badan dengan Sempurna
Selepas mandi, pastikan anda mengeringkan seluruh badan dengan tuala bersih, terutama kawasan yang mempunyai banyak bulu. Kelembapan yang terperangkap boleh menyebabkan jangkitan kulat, ruam atau bau tidak menyenangkan.
Gunakan Deodoran dan Bedak Antibakteria
Lelaki berbulu lebih cenderung mengalami peluh berlebihan, jadi penggunaan deodoran atau antipeluh sangat penting. Untuk kawasan seperti kaki atau celah paha, gunakan bedak antibakteria atau antifungal untuk mencegah bau dan iritasi.
Pilih Pakaian yang Sesuai dan Bernafas
Fabrik seperti kapas membantu menyerap peluh dan membenarkan pengudaraan. Elakkan pakaian yang terlalu ketat kerana ia boleh memerangkap haba dan peluh, menjadikan anda lebih mudah berbau.
Jaga Kebersihan Selepas Merapikan
Selepas merapikan bulu, bersihkan kulit dan sapukan losyen atau pelembap untuk mengelakkan kegatalan atau kemerahan. Elakkan pakaian ketat selepas mencukur untuk memberi masa kulit pulih.
Ikuti enam langkah mudah ini, lelaki berbulu boleh kekal bersih, segar dan yakin sepanjang hari. Penjagaan kebersihan bukan hanya soal penampilan, tetapi juga kesihatan diri secara menyeluruh.
Artikel berkaitan: PANDUAN SOLEKAN HALUS BUAT LELAKI TAMPIL LEBIH SEGAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin dan kesungguhan.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.











