Skip to content

Squid Game season 3

BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)

Kongsikan artikel ini

Siapa sangka? Siri popular Squid Game season 3 yang kembali dengan musim baru ini telah berjaya memukau jutaan penonton di seluruh dunia. Plot yang semakin gelap, permainan yang makin kejam dan kejutan demi kejutan buat peminat tak senang duduk. Tapi sayangnya, bukan semua babak musim ini dapat pujian. Ada satu momen yang buat ramai peminat ‘angkat tangan’.

Di media sosial, terutamanya di platform seperti X dan Reddit, ramai mula bercakap tentang satu babak yang mereka rasa sangat ‘cringe’ dan kurang berkualiti. Babak apa itu? Babak yang di mana melibatkan bayi CGI dalam episod terakhir. Nampaknya, walaupun produksi Squid Game sudah besar, ramai rasa mereka ‘gagal’ dalam babak penting ini.

Apa yang membuatkan peminat kecewa adalah cara bayi tu dipaparkan, nampak terlalu ‘plastik’, seakan tidak siap, dan langsung tidak realistik. Babak itu sepatutnya menjadi saat yang penuh emosi, momen yang berat dan menyentuh hati, tapi disebabkan kualiti CGI yang lemah, ia akhirnya jadi bahan jenaka di internet. Ada peminat yang berseloroh, katanya “kalau tak cukup bajet, pinjam je anak kawan.”

Kenapa Babak Dalam Squid Game Season 3 Ini Jadi ‘Spoiler Mood’?

Squid Game Season 3

Kredit foto: Netflix

Ramai berpendapat, bila kita dah ikut perjalanan penuh emosi dari episod pertama sampai ke penghujung, kita harap momen akhir ini akan beri kepuasan. Tetapi apabila tiba-tiba muncul ‘bayi palsu’ yang nampak sangat tidak meyakinkan, ia terus merosakkan mood. Orang cakap, terus hilang feel.

Sebenarnya, babak ini bukan setakat babak biasa. Ia sepatutnya jadi penutup yang kuat, penuh makna. Tetapi bila visualnya tidak menjadi, ramai rasa kecewa sebab mereka sudah meletakkan harapan tinggi pada produksi sebesar ini. Lebih menyedihkan, ada yang kata produksi drama bersiri kecil pun boleh hasilkan CGI yang lebih baik.

Apa Kata Pengarah?

Pengarah siri Squid Game season 3 ini, Hwang Dong-hyuk, dalam satu temu bual mengakui memang ada cabaran besar waktu rakaman babak itu. Katanya, pilihan guna CGI adalah demi keselamatan dan kekangan masa. Beliau tetap yakin mesej babak itu berjaya disampaikan, walaupun dari segi teknikal ia mungkin kurang memuaskan.

Apa pun, Squid Game Musim 3 tetap meletup dan kekal di carta teratas Netflix. Tetapi untuk peminat tegar, babak bayi CGI ini tetap menjadi ‘parut kecil’ dalam siri yang sepatutnya hampir sempurna.

Artikel berkaitan: SEGALANYA MENGENAI SQUID GAME MUSIM KETIGA

By Farhana Fuad
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

Bacaan Lanjut
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

Bacaan Lanjut
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

Bacaan Lanjut
cerita menarik di Netflix mesti tonton

CERITA MENARIK DI NETFLIX TERKINI MESTI TONTON

Bacaan Lanjut
5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE TERMASUK SQUID GAME

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE TERMASUK SQUID GAME

Bacaan Lanjut
10 SIRI DAN FILEM NETFLIX PALING MENAKUTKAN WAJIB ANDA TONTON

NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut