BAWA GIRLFRIEND ANDA KE 7 LOKASI MATCHA DI LEMBAH KLANG INI!
Kawasan Lembah Klang dipenuhi dengan kafe dan kedai yang mensajikan matcha sebagai pilihan utama, dengan keunikkan masing-masing.
Ramai yang katakan, matcha hanyalah sekadar satu trend. Tetapi, bagi penulis GLAM Lelaki, matcha is a lifestyle. Berasal dan semestinya terkenal dari Jepun, matcha kini menguasai Malaysia. Terdapat sangat banyak pilihan matcha di Lembah Klang yang boleh dicuba, tidak kira pertama kali atau anda ialah matcha lover. Keunikkan matcha yang sedap digabungkan dengan pelbagai jenis gabungan seperti strawberi, yogurt atau cold foam menjadikan matcha sangat versatil. Selain daripada trending dan sedap, matcha juga tinggi dengan antioxidant, menjadikan ia banyak kebaikkan. Walaupun matcha menjadi kesukaan kebanyakkan wanita, tidak salah untuk lelaki mencuba juga, sambil menemani teman wanita anda. Berdasarkan deria rasa serta minat kami, GLAM Lelaki senaraikan tujuh lokasi matcha di Lembah Klang yang menjadi pilihan kami, agar matcha lover girlfriend anda juga gembira.
#1 HEJAÜ
Berada di The Gasket Alley, HEJAÜ cukup terkenal dengan Matcha Strawberry Latte mereka. Bagi penulis GLAM Lelaki, Matcha Strawberry Latte di HEJAÜ cukup sedap kerana imbangan antara rasa umami matcha dan kemanisan strawberi. Dimiliki oleh Jane Chuck, juga pengasas chucks, konsep kafe ini yang minimalis dan penuh dengan estetika juga mampu menarik hati ramai anak muda, lebih-lebih lagi dengan lokasi mereka di The Gasket Alley.
#2 Niko Neko Matcha
Menjadi salah satu pilihan utama penulis GLAM Lelaki, Niko Neko Matcha semestinya tidak pernah mengecewakan. Setiap peminat matcha mesti tahu betapa terkenalnya serbuk matcha dari Niko Neko hingga ia turut digunakan oleh kafe-kafe lain di sekitar Malaysia. Buat mereka yang mahu mencuba, Ajisai Matcha mereka sangat sesuai kerana keseimbangan rasa kekacang dan umami yang sempurna.
#3 HWC Coffee
Kemanisan yang sempurna, harga yang berpatutan dengan saiz yang sesuai. Ramai yang tidak tahu, walaupun HWC Coffee terkenal dengan kopi mereka, matcha juga dihidangkan. Dengan dua pilihan, Matcha Latte dan Strawberry Matcha Latte, kedua dua menu ini menjadi kesukaan ramai. Malah penulis GLAM Lelaki sendiri. Strawberry Matcha Latte dari HWC merupakan antara yang tersedap pernah dirasa kerana kemanisan strawberinya melengkapkan lagi rasa matcha dalam minuman itu.
#4 Oh Cha Matcha
Memang dikenali dengan menu matcha yang variasi, Oh Cha Matcha bukan sahaja mensajikan minuman, malah pencuci mulut berasaskan matcha turut berada di dalam menu mereka. Antara keistimewaan Oh Cha Matcha bagi penulis GLAM Lelaki ialah pemilihan saiz mereka. Oh Cha Matcha menyediakan saiz XL buat penggemar matcha yang sering rasa tidak cukup. Dengan harga yang berpatutan juga!
#5 Yew Yew Coffee
Yew Yew Coffee sememangnya bukan sahaja dikenali kerana kopi mereka, tetapi kerana minum non-coffee mereka juga. Soda berperisa serta pelbagai minuman berasaskan buah-buahan turut terkenal. Kini, Yew Yew sebenarnya turut mensajikan matcha di dalam menu mereka. Basic matcha latte, but it’s good? Ayat yang keluar di buah fikiran penulis GLAM Lelaki pertama kali merasai Matcha Latte mereka.
#6 Kora-Kora Matcha
Strawberi, mangga, kelapa serta limau. Setiap satu buah ini diolah di Kora-Kora Matcha sebagai menu mereka. Walaupun belum pernah dicuba, penulis GLAM Lelaki merasai keunikkan Kora-Kora Matcha dengan menu matcha mereka yang variasi. Bertempat di dua lokasi, TTDI dan Cyberjaya, ia juga mudah diakses. Mereka juga mensajikan menu yang cukup terkenal kini, Banana Pudding Matcha Latte. We would love to try!
#7 Jagiya
Jika girlfriend anda sukakan matcha dan K-Pop, Jagiya ialah pilihan yang sempurna. Walaupun tiada kedai fizikal, Jagiya sering dilihat dengan booth mereka di kawasan berdekatan konsert-konsert K-Pop di Lembah Klang. Selain daripada Strawberry Matcha Latte mereka, Apple Matcha mereka juga unik dan menjadi pilihan penulis GLAM Lelaki. K-Pop and matcha, what a good combination!
Pautan Berkaitan: COSENTINO DAN LAMARSA SATUKAN REKA BENTUK DAN KOPI, CIPTA SUDUT BREW IDAMAN ANDA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.