NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!
Filem Pecah Panggung Ogos Ini.
Ogos menjanjikan deretan filem yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh emosi dan mencabar pemikiran. Dari aksi pecah panggung tempatan hingga karya antarabangsa yang dinanti-nantikan, pawagam di seluruh negara bakal dipenuhi dengan pelbagai pilihan yang menarik. Sama ada anda peminat drama berat, komedi santai atau kisah epik sejarah. Bulan yang padat dengan judul-judul filem wajib tonton, dan kami senaraikan filem-filem terbaik yang tidak patut anda lepaskan.
#ABAH SAYA UNCLE MIKE
Tarikh: 28 0gos 2025
Pelakon: Andy Teh sebagai Uncle Mike, bersama Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur sebagai anak-anak angkatnya, filem ini turut menampilkan Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan dan Pauline Tan,
“Abah Saya, Uncle Mike” ialah sebuah filem menyentuh hati yang diinspirasikan daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike. Seorang lelaki Cina yang membesarkan tiga anak angkat Melayu sambil menghormati agama dan budaya mereka. Diterbitkan oleh Astro Shaw dan Etika Sdn Bhd, filem ini mengangkat tema kasih sayang, penerimaan dan keharmonian budaya yang jarang dipaparkan.
#TAKLUK:LAHAD DATU
Tarikh: 22 0gos 2025
Pelakon: Syafiq Kyle, Kamal Adli
“Takluk: Lahad Datu” ialah filem aksi perang Malaysia terbaru 2024 yang diinspirasikan daripada insiden sebenar Ops Daulat. Filem ini mengangkat kisah keberanian wira negara dalam mempertahankan tanah air ketika pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
#THE SHADOW’S EDGE
Tarikh: 15 0gos 2025
Pelakon: Jackie Chan
Bekas pakar pemantauan yang dipanggil semula oleh pihak polis untuk menjejak sekumpulan pencuri yang berjaya memintas sistem pengawasan tercanggih, “Sky Eye”. Berlatarbelakangkan kota Macau, filem ini menawarkan aksi penuh debar dalam permainan kejar-mengejar antara pasukan keselamatan dan penjenayah, memaparkan gabungan teknik pengintipan tradisional serta teknologi moden. Filem ini dijangka bakal ditayangkan pada 15 Ogos, 2025 di seluruh pawagam.
#LEGASI: BOMBA THE MOVIE
Tarikh: 21 0gos 2025
Pelakon: Ben Amir, Nas-T, Henley Hii, Hairie Othman, Ammar Alfian, Fad Anuar, Abbas Mahmood, Mathni Razak dan Sasidaran Subramaniam.
“Legasi: Bomba the Movie” mengangkat kisah penuh aksi dan emosi tentang Amir, anggota STORM yang dihantui tragedi kehilangan mentornya, Eddy. Setelah misi menyelamat di Gunung Kinabalu, Amir diuji sekali lagi apabila ditugaskan memimpin operasi menyelamat dalam kebakaran besar di menara TEXVIN 118. Filem arahan James Lee dan Frank See ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 21 Ogos 2025.
#KIMETSU NO YAIBA: INFINITY CASTLE (13 AUGUST)
Tarikh: 14 0gos 2025
Para peminat anime Demon Slayer pasti tidak sabar menantikan tayangan sekuel terbaru, Infinity Castle, yang bakal menemui penonton pada 14 Ogos 2025. Dalam babak penuh aksi dan emosi ini, Muzan Kibutsuji memerangkap Tanjiro dan pasukan Demon Slayer dalam kubu dimensi miliknya. Pertempuran sengit berlaku apabila mereka terpisah dan berdepan iblis-iblis terkuat. Antara detik mendebarkan termasuklah kematian tragis Shinobu, Zenitsu membunuh Kaigaku dengan teknik baru, serta Tanjiro dan Giyu menewaskan Akaza. Namun, ancaman belum berakhir apabila Muzan memerangkap Tamayo, menandakan pertarungan terakhir yang lebih epik bakal tiba.
#WEAPONS
Tarikh: 8 0gos 2025
Pelakon: Josh Brolin, Julia Garner, dan Benedict Wong.
Weapons ialah filem seram misteri supernatural arahan Zach Cregger. Mengisahkan kehilangan misteri 17 pelajar dari kelas yang sama dalam satu malam, guru mereka menjadi suspek utama. Filem ini dijadualkan tayang pada 8 Ogos 2025 oleh Warner Bros. Pictures.
Artikel Berkaitan: FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
MOODBOARD OGOS: GAYA, MUZIK & MOOD LELAKI MALAYSIA.
Moodboard Ogos Lelaki Malaysia: inspirasi gaya kontemporari, vibe muzik terkini, grooming ala KOL, dan sentuhan pop KLFW25.











