KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men’s Fashion Week tahun ini.
BC Beach Culture pada intinya adalah tentang proses kreatif. Ia bukanlah sebagai cara untuk menunjukkan nilai moral, tetapi sebagai satu bentuk amalan. Estetika koleksi ini tidak dibina daripada fabrik khas yang diperoleh. Ataupun, dari cebisan kain yang dicantumkan secara rawak. Ia terhasil daripada penghormatan mendalam terhadap fabrik berkualiti tinggi. Kehalusan pertukangan koleksi ini turut menjadi lambang pereka jenama ini, Dato’ Sri Bernard Chandran.

Foto: Bernard Chandran
Baca: PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Dibangunkan selama beberapa tahun melalui ciptaan untuk dirinya dan ahli keluarga, Dato’ Sri Bernard Chandran memperhalusi kemahiran dalam menggunakan stok warisan. Beliau memperkayakannya dengan cara yang kontemporari dan kreatif. Berharap untuk mengelakkan sebarang pembaziran, keseluruhan koleksi ini direka menggunakan fabrik lebihan mewah. Setiap helaian pakaian direka dengan teliti untuk memanfaatkan fabrik sepenuhnya.

Foto: Bernard Chandran
Diinspirasikan oleh rekaan peribadinya, Bernard terdorong untuk menghasilkan koleksi eksklusif buat pentas peragaan. Gabungan fabrik lebihan mewah dengan lapisan dalaman sporty dibawa ke perincian renda pada sifon sutera. Hiasan kristal Swarovski dan labuci turut menjadikan koleksi musim bunga/panas 2026 ini sesuatu yang unik. Siluet pakaian banyak dipengaruhi gaya pakaian pantai seperti tank top, seluar renang dan kemeja berkolar Kuba. Elemen tradisional seperti kaftan yang semuanya diolah semula menjadi satu kategori baharu iaitu loungewear mewah yang berani dan moden juga dimasukkan.

Foto: Bernard Chandran
BC Beach Culture mencerminkan proses kreatif Bernard Chandran dalam menyelesaikan masalah secara artistik, diterjemahkan ke dalam bentuk pakaian santai maskulin yang diinspirasikan daripada suasana pantai yang penuh gaya, bebas, dan berkelas.
Pautan Berkaitan: KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.











