GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Di pentas fesyen, pakaian hanyalah sebahagian daripada cerita. Selebihnya? Grooming! Potongan rambut yang tepat, kulit wajah yang terjaga, dan keyakinan yang terpancar. KLFW 2025 membuktikan bahawa lelaki tempatan kini semakin berani menampilkan imej sempurna dari hujung rambut hingga hujung kasut.
Walaupun kehadiran bintang wanita seperti Izara Aishah atau Fazura mencuri perhatian media, jangan terkejut jika beberapa tetamu lelaki pula menjadi buah mulut minggu ini. Dari pelakon, pemuzik, hinggalah fashion insiders, semuanya tampil dengan penampilan yang tersusun rapi. Bayangkan sut tailored berpotongan slim-fit digandingkan dengan sneakers premium, atau jaket kulit klasik bersama sunglasses hitam yang memberi aura misteri.
Fattah Amin Maskulin Klasik
Fattah Amin membuktikan bahawa gaya lelaki klasik tidak pernah lapuk. Potongan rambut kemas, kulit wajah yang segar, dan jambang tipis yang terurus sempurna memberi aura maskulin moden. Dipadankan dengan suit putih klasik dan minimalis, penampilan Fattah adalah definisi “less is more” yang memikat.
Adam Lee Boyish Charm yang Natural
Adam Lee tampil dengan aura boyish-charm yang memikat. Rambutnya bertekstur messy-yet-polished memberi keseimbangan antara santai dan kemas, seolah-olah baru dari set penggambaran tetapi masih bersedia untuk duduk di barisan hadapan KLFW. Sentuhan minimal pada wajah membiarkan karisma semula jadinya menyerlah seakan tidak perlu terlalu ‘try-hard’ untuk menonjol, kerana spotlight itu memang miliknya.

Alvin Chong Clean Undercut & Kulit Glowing
Alvin Chong pula memikat lensa kamera dengan potongan rambut undercut clean yang menonjolkan struktur wajahnya. Disertakan kulit wajah yang glowing, jelas hasil penjagaan rapi. Alvin memberi definisi sebenar seorang lelaki yang menguasai seni grooming moden. Gaya ini bukan sahaja maskulin, tetapi juga membawa aura leading man yang mampu mencuri tumpuan di mana-mana acara.
Jack Gohr,& Zhen Ning Eksperimen Gaya Berani
Di pentas gaya Kit Woo, Jack Gohr mencuri perhatian dengan rambut messy slicked-back, anting-anting minimalis, dan sut statement dari Kit Woo, ringkas tapi penuh karakter. Zhen Ning pula hadir dengan deconstructed denim top dan denim bottom hasil rekaan Kit Woo, dipadankan dengan potongan rambut two-block yang segar dan moden. Kedua-duanya membuktikan, gaya maskulin boleh kekal minimal tetapi tetap meninggalkan impak besar di KLFW 25.
Nazreem Musa Elegan klasik ala Fiziwoo
Nazreem Musa memanaskan pentas hadapan pertunjukan Fiziwoo dengan rambut diikat rapi slicked-back, dilengkapi cermin mata hitam sebagai aksesori utama. Mengenakan koleksi Night Butterflies Summer 25—Pollina dan Papilio dalam Charcoal Cream. Nazreem membuktikan bahawa monochrome styling boleh menjadi sekeping karya seni apabila digayakan dengan keanggunan dan keyakinan.

Gaya Sebagai Statement, Bukan Sekadar ‘FOMO’
Apa yang membuatkan grooming lelaki di KLFW kali ini istimewa adalah bagaimana setiap individu menjadikan gaya mereka sebagai personal statement. Ada yang memilih untuk kekal minimalis dan timeless, ada juga yang berani bermain dengan warna rambut atau aksesori bold. Apa pun pilihannya, semuanya membuktikan bahawa gaya bukan sekadar ikut trend, tetapi cerminan identiti.
Artikel Berkaitan: GAYA FESYEN SELEBRITI LELAKI THAILAND TERMASUK PP KRIT, APO NATTTAWIN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











