Skip to content

koleksi terbaik

KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.

Kongsikan artikel ini
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 kembali menghangatkan pentas fesyen tempatan dengan barisan koleksi terbaik daripada pereka terkenal dan bakat baharu. Dari rekaan avant-garde hingga sentuhan warisan moden, setiap koleksi mempamerkan kreativiti, inovasi, dan identiti unik yang mencerminkan perkembangan fesyen Malaysia di persada antarabangsa. Tahun ini, pentas KLFW menjadi saksi kepada gabungan seni, budaya, dan trend global yang memberi inspirasi kepada pencinta fesyen.

1. Kit Woo: The Earth is Flat

Membuka tirai minggu fesyen, koleksi SS25 Kit Woo yang bertajuk The Earth is Flat merupakan sebuah kajian teliti terhadap permainan volum dan siluet. Sebanyak 23 rekaan berkonsep gender-neutral ini membina daripada penerokaan struktur yang menjadi tanda tangan pereka tersebut, menggunakan teknik hunchback drapes, lipatan berbentuk bumerang, serta binaan modular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIT WOO (@kitwoo)

 

OUTDWELL · UGLYPRETTY · HUNTILANAK

Label baharu di KLFW 2025 yang tampil dengan pendekatan eksperimental, penuh dengan estetika urban streetwear dan visual avant-garde. Berani, segar dan sangat kontemporari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Air Asia: Raja Irfan · MeiMei · Salahuddinhilmi 

Air Asia memperkenalkan  tiga pereka baharu, Raja Irfan, Mei mei dan Salahuddin Hilmi dengan koleksi sulung mereka di KLFW 25. Dolla wajah kempen Asean Air Asia juga turut hadir untuk persembahan pembukaan pertunjukkan fesyen itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Fairuz Ramdan × Umbro

Gabungan streetwear kontemporari dari Umbro dengan sentuhan kreatif pereka tempatan menghidupkan semangat sukan urban yang berani dan segar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Hatta Dolmat: Perahu Kertas

Koleksi simbolik penuh emosi, terinspirasi daripada lipatan perahu kertas sebagai metafora perjalanan profesional dan peribadi. Gaya minimalis dan tenang, menggunakan fabrik seperti kapas, linen dan denim nipis penuh makna tanpa terlalu glamor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Syomirizwa Gupta: Disco & Resort Fusion

​​Pertunjukan Syomirizwa Gupta memadukan keselesaan resort wear dengan kemewahan era disko. Runway dibuka dengan letusan warna-warna tepu menerusi fabrik linen ringan dalam tona sitrus, sebelum beralih kepada evening wear monokrom yang menangkap energi pentas KLFW 25.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syomsz (@by.syomsz)

TACT Airport: Functional Elegance in Transit

TACT Airport memperkenalkan perspektif baharu terhadap workwear melalui kaca mata pengembara tegar. Gaun kemeja berpotongan tailored, set satin koordinat, dan rajutan berlapis digayakan bersama kaca mata hitam bergaya dari Sunglass Hut serta beg troli RIMOWA.

Hasilnya ialah visi yang padu tentang keanggunan fungsional, busana yang mampu bergerak lancar dari terminal lapangan terbang ke mesyuarat profesional, direka untuk gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Uzair Shoid: Warisan yang Bernafas Dalam Ritma Moden

Koleksi yang mengalir penuh budaya yang menyatukan elemen warisan tenunan atau motif tradisional ke dalam siluet moden (Heritage in Motion), menjadikannya relevan dan dinamik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dewi Magazine (@dewimag)

MSYD: Legend Dystopia

Naratif futuristik dan dystopian yang gelap; rekabentuk ekstravaganza, tekstur futuristik dan aura dramatik memenuhi runway dalam impian cyberpunk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MSYD (@masyadimansoor)

BEHATI Warisan dalam Layar Cerita

Gaya dramatik yang dibalut warisan. Couture dengan ‘bold design line’, kaya dan berpengaruh, menarik perhatian dan meninggalkan kesan emosional. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Artikel Berkaitan: RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI




By Shakif Md Noor
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut

KLFW 25 ‘RECAPS’: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25

Bacaan Lanjut
7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI

7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI

Bacaan Lanjut

50 TAHUN BERSAMA ATLET DAN BAKAT IKONIK MALAYSIA.

Bacaan Lanjut
RAJA IRFAN

RAJA IRFAN, BAKAT BAHARU FESYEN MESTI KENALI

Bacaan Lanjut