DENIM ON DENIM: QUIET LUXURY DALAM STREETWEAR
Denim on Denim : Kebangkitan Quiet Luxury dalam Streetwear Minimalisme & Subtle Branding.
Dalam dunia fesyen, “quiet luxury” kini menjadi aspirasi baru. Berdiri di atas asas kualiti, minimalisme, dan perincian halus berbanding logo yang menjerit. Walaupun istilah ini sering dikaitkan dengan jenama fesyen mewah seperti The Row atau Loro Piana, realitinya streetwear dan gaya denim on denim klasik turut menyerap gaya yang sama malah jenama kontemporari semakin berani menafsirnya dengan cara tersendiri.
Dari Logo Besar ke Subtle Branding
Streetwear sinonim dengan grafik lantang, dari hoodie bersaiz besar hingga t-shirt penuh slogan. Tetapi kini, kita lihat perubahan. Levi’s semakin menekankan kepada “timeless staples” seperti 501® jeans atau trucker jacket yang polos dan mudah dipadankan. Logo merah kecil di poket sudah cukup untuk melambangkan identiti tanpa perlu keterlaluan.
Minimalisme Denim on Denim Sebagai Status Baru.
Carhartt WIP pula membawa gaya utilitarian. Silhouette long-lasting, fabrik tahan lama, dan reka bentuk bersih yang tidak terikat pada musim semata-mata. Ia menjadi lambang “quiet streetwear luxury”: understatement tetapi sarat dengan nilai. Dalam dunia gaya kontemporari, A.P.C. dan Acne Studios membuktikan bahawa potongan minimalis mampu menjadi simbol status dan gaya tersendiri.
Interpretasi Baru Quiet Luxury.
Kapital dari Jepun mengangkat gaya denim ke tahap avant-garde dengan sentuhan quirky tetapi masih berpaksikan craftmanship premium. Our Legacy pula menawarkan gaya denim dan staple pieces dengan silhouette relaks dan subtle branding, sesuai dengan estetika understated luxury yang semakin dicari. Sementara itu, Fear of God, terutama melalui koleksi Essentials menjadikan oversized trucker jacket atau seluar washed-out sebagai lambang minimalisme moden yang dekat dengan komuniti streetwear global.
Generasi muda semakin selektif. Mereka tahu bahawa seluar jeans Levi’s 501 atau jaket Carhartt WIP akan tahan bertahun-tahun, sama seperti Kapital atau Our Legacy yang semakin bernilai bila dipakai lama. Inilah naratif quiet luxury dalam streetwear. Pelaburan pada pakaian yang berkualiti tinggi, understated, dan kekal relevan melampaui trend semasa.
Quiet luxury bukan hanya milik high fashion. Dari Levi’s hingga Carhartt, dan dari Kapital hingga Fear of God, streetwear denim on denim kini memasuki era baru di mana minimalisme dan subtle branding bukan sekadar estetika, tetapi satu bahasa universal tentang keaslian, status, dan gaya yang kekal.
Artikel Berkaitan: EKSPRESI BOLD CALVIN KLEIN UNTUK MUSIM BUNGA 2025
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HUNTER DOOHAN, PELAKON KACAK YANG BIKIN PEMINAT TERPESONA DI WEDNESDAY SEASON 2
Kenali Hunter Doohan, pelakon kacak yang mencuri perhatian dalam Wednesday Season 2 sebagai Tyler Galpin, dan lihat mengapa musim kedua menjadikan namanya semakin popular.
PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON’S
Penhaligon’s Raikan Ulang Tahun ke-155 dengan pameran haruman eksklusif di Kuala Lumpur dan pengalaman imersif buat pencinta wangian.
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI
Jazmy Juma, bukanlah nama yang asing dalam dunia lakonan. Wajahnya sering terpapar di drama-drama kesukaan ramai sejak dua menjak ini.
PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2
Kenali barisan pelakon lelaki menarik dalam Netflix Wednesday musim 2 dari Principal Barry Dort hingga Pugsley dan Gomez Addams.
SANDRO FW25: GAYA PARISIAN UNTUK MUSIM BARU
Koleksi Sandro FW25 hadir dengan sentuhan elegan dan moden, menampilkan gaya Parisian untuk musim gugur/dingin 2025.
8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI
Grooming merupakan perkara yang amat penting buat lelaki yang ingin menjaga peribadi dan rupa diri di hadapan orang ramai.