Skip to content

BUTIK BAHARU MONTBLANC BERKONSEPKAN NEO 4.0

Kongsikan artikel ini

Jenama mewah Montblanc baru sahaja melancarkan butik baharu mereka di The Gardens Mall, Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih menarik.

Direka dengan konsep NEO 4.0, butik baharu Montblanc di The Gardens Mall menawarkan pengalaman yang lebih mewah dan mendalam. Butik ini turut mencerminkan warisan jenama sambil menjemput para tetamu untuk memulakan perjalanan kreativiti serta ekspresi diri. Keunikan butik ini amat terserlah melalui façade berukuran 10 meter lebar yang menjadi penghormatan kepada Mont Blanc dan Montblanc Haus di Hamburg. Batu marmar hitam Marquina digabungkan dengan panel logam beralun yang dikenali sebagai Shui Pattern, membentuk siluet banjaran gunung yang melambangkan komitmen Montblanc terhadap ketukangan halus dan inovasi.

BUTIK BAHARU MONTBLANC

“Kami amat berbesar hati dapat membuka butik baharu ini di The Gardens Mall,” kata Jean-Sebastien Gerondeau, Presiden Montblanc South Asia. “Konsep terbaharu ini mewakili komitmen kami dalam menawarkan pengalaman membeli-belah bertaraf tinggi. Bukan sahaja mempamerkan produk, tetapi juga cerita, ketukangan, dan inspirasi yang mendefinisikan Montblanc sebagai sebuah Maison mewah sebenar.” ujarnya lagi.

Melangkah masuk ke dalam butik baharu ini, tetamu disambut dengan suasana kontemporari yang hangat. Montblanc menampilkan gabungan bahan inovatif seperti kertas bertekstur, granit sejuk dan motif ilham gunung untuk mencipta ruang moden yang tetap berakar pada DNA jenama. Setiap perincian direka untuk menggalakkan tetamu memperlahankan langkah, meneroka serta menghargai semula koleksi Montblanc.

Di sebelah kiri, sebuah ruang paparan barangan kulit buatan tangan membentang di sepanjang dinding butik. Simbol perjalanan harian pelanggan yang ditemani ketukangan Montblanc. Manakala di bahagian kanan, perhatian tertumpu kepada ‘The Desk’, karya rekaan Marco Tomasetta. Karya ini diperkenalkan pada awal 2024. Perabot unik ini bukan sekadar meja, tetapi simbol bagaimana inspirasi dapat diterjemah menjadi tulisan, seiring dengan inisiatif global Maison, #LetsWrite.

BUTIK BAHARU MONTBLANC

Baca: PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

Pengalaman Imersif Dunia Montblanc

Butik ini juga menampilkan ruang seakan-akan perpustakaan, dengan susun atur melengkung yang menyerupai aliran kaligrafi. Ia memberi peluang kepada tetamu untuk menyelami seni penulisan, sekaligus menegaskan komitmen Montblanc terhadap perkongsian ilmu dan pengalaman kreatif. Siluet mata pena ikonik Montblanc turut diintegrasikan pada perabot dan dinding butik. Ini sebagai tanda penghormatan kepada Meisterstück yang menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun 2024.

Bagi mereka yang inginkan privasi, butik ini turut menyediakan bilik VIP eksklusif yang meraikan keindahan biodiversiti Malaysia. Ruang ini menampilkan rak berilhamkan kulit batang palma, kerusi rotan bernuansa bumi, serta lampu gantung yang menyerupai bunga sedang mekar. Pintu gelangsar dihiasi dengan motif palma yang dilukis tangan, manakala karya seni khas oleh artis Malaysia, Jameson Yap, menghiasi ruang dengan sapuan berus yang ekspresif — menggambarkan misi Montblanc untuk menginspirasi dunia penulisan melalui pelbagai bentuk emosi.

BUTIK BAHARU MONTBLANC

Turut sertai GLAM Lelaki di acara pembukaan butik ini, Adam Lee, Fazziq Muqris dan Pipi Razi hadir sebagai rakan GLAM Lelaki. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh mereka seperti menulis surat buat diri sendiri dan bakal dihantar kepada meraka dalam masa setahun. Mereka bertiga turut melawat bilik VIP yang ekslusif dengan pengalaman imersif yang sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Setiap sudut butik Montblanc di The Gardens Mall direka untuk membuat tetamu berasa seolah-olah berada di rumah sendiri, sambil berinteraksi dengan dunia Montblanc mengikut cara masing-masing. Di sinilah inspirasi bertukar menjadi tulisan, dan setiap pelanggan diajak untuk meninggalkan jejak abadi melalui ketukangan dan falsafah Maison mewah ini.

Pautan berkaitan: PEMBUKAAN SEMULA UNIQLO MIDVALLEY MEGAMALL OGOS INI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

montblanc legend blue

EMRAN RIJAL DISAMBUT SEBAGAI AYAH DENGAN HARUMAN IKONIK MONTBLANC LEGEND BLUE

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tony Eusoff

“SEBENARNYA SAYA PUN MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI.” – TONY EUSOFF #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut