ERA 60-AN KEMBALI MELALUI KOLABORASI ZENITH X USM
Dua jenama unggul dari Switzerland, ZENITH dan USM Modular Furniture, hadir dengan kolaborasi istimewa. Menggabungkan dunia horologi dan seni reka bentuk modular. Berinspirasiakan daripada era 1960-an, saat lahirnya sistem modular USM Haller pada 1965 serta revolusi kronograf El Primero oleh ZENITH pada 1969. Koleksi eksklusif ini membayangkan “seandainya” kedua-dua pencapaian itu bersatu pada zamannya. Hasilnya ialah DEFY Chronograph USM, jam tangan yang menggabungkan presisi Swiss dan estetika fungsional yang abadi.

Reka bentuk jam ini berpaksikan DNA asal DEFY tahun 1969. Dengan bentuk oktagon, bezel 14 sisi, serta karakter geometri yang berani, selari dengan identiti struktur USM Haller. Dihasilkan dalam empat warna ikonik USM (Hijau, Jingga Asli, Kuning Emas, dan Biru Gentian). Setiap variasi hanya dihadkan kepada 60 unit sahaja. Menjadikan ia kapsul koleksi yang eksklusif untuk pengumpul serta penggemar seni reka bentuk. Butiran halus seperti penanda waktu berbentuk segi empat, jarum kronograf dengan sentuhan bola sendi USM, serta tali gelang “ladder” menambah naratif reka bentuk yang kaya dengan sejarah dan inovasi.

Di sebalik wajah jam, terletak kaliber El Primero 400. Enjin legenda yang masih menjadi penanda aras kronograf automatik frekuensi tinggi lebih 55 tahun lalu. Mesin ini dapat dilihat melalui penutup belakang safir lutsinar, menampilkan rotor dengan motif bintang ZENITH yang diolah bersama logo USM. Simbol harmoni antara ketepatan horologi dan kejelasan seni bina. Ia bukan sekadar jam, tetapi karya “warisan terbayang” yang menyatukan dua ikon Swiss dalam satu bahasa reka bentuk yang kekal relevan.

Lebih daripada sebuah kolaborasi, DEFY Chronograph USM adalah kenyataan tentang nilai ketukangan abadi, fungsi yang jauh ke hadapan. Ia diraikan bukan hanya untuk pencinta jam mewah, tetapi juga buat arkitek, pereka, dan penggemar seni yang menghargai pertemuan antara inovasi dan estetika tanpa sempadan.
Artikel Berkaitan: BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA
Anugerah Grammy 2026 sekali lagi membuktikan status mereka sebagai pentas paling berprestij dalam industri muzik global di acara mereka.
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Di sebalik jadual padat SHINee, Minho sempat menyertai HYROX Osaka 2026 sebelum tampil di pentas SMTOWN LIVE Fukuoka.
TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA
GLAM Lelaki menemu bual pengasas GIMME iaitu Andrew Putra. Bertanya tentang visi dan latar belakang Andrew sendiri.
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA
BONIA Pavilion Kuala Lumpur raikan kehadiran duta jenama, Joong Archen dalam pelancaran concept store penuh gaya dan seni pertukangan.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.











