MEET ALPHA: BINTANG BARU M-POP MALAYSIA
Muzik pop Asia yang kian rancak dengan lahirnya sebuah nama baharu dari tanah air ALPHA. ALPHA bintang baru M-Pop ini mula mencuri perhatian sejak kemunculan pertama mereka di pentas hiburan Malaysia, membawa energi segar dan identiti muzik yang memadukan pop kontemporari, tarian bertenaga, serta personaliti setiap anggotanya. Kehadiran ALPHA ibarat nafas baharu yang memberi warna pada landskap muzik tempatan, seiring dengan perkembangan gelombang K-Pop dan C-Pop yang mendunia.
Siapa ALPHA?
ALPHA adalah kumpulan lelaki (boy group) baharu dari Malaysia, dibentuk menerusi program realiti Big Stage Alpha di Astro. Mereka debut rasmi pada 2025 di bawah label Rocketfuel Entertainment. ALPHA membawa identiti yang menggabungkan elemen pop moden dengan estetika K-Pop, tetapi tetap mengekalkan akar budaya tempatan.
Karakter Berbeza, Identiti Sama
Apa yang membezakan ALPHA bukan sahaja bakat vokal dan persembahan mereka, tetapi juga cara kumpulan ini mengangkat elemen gaya hidup serta aspirasi generasi muda Malaysia. Setiap ahli membawa karakter tersendiri. Ada yang memikat dengan vokal lantang, ada yang menonjol dengan kehebatan rap, dan ada pula yang menawan dengan aura pentas. Dinamik ini menjadikan ALPHA bukan sekadar kumpulan muzik, tetapi juga cerminan kepelbagaian personaliti yang dekat dengan jiwa peminat.
Tujuh Wajah, Satu Identiti
ALPHA dianggotai oleh tujuh jejaka dengan identiti tersendiri yang melengkapi antara satu sama lain. Daniel Sher tampil sebagai leader yang tenang dan bijak mengatur strategi. Manakala Izat Ibrahim membawa kekuatan vokal utama penuh emosi, disokong oleh Rizal Rasid yang dikenali dengan vokal mendalam. Ariel Fesol, juara Big Stage Alpha, menguasai rap dengan gaya pentas penuh karisma. Ray-D menyerlah sebagai main dancer dengan gerakan dinamik dan bertenaga. Dari segi visual, Araff menjadi wajah ikonik kumpulan, melengkapkan imej estetika mereka, dan akhirnya Afiq Sky (Sky) sebagai maknae menambah tenaga muda yang segar serta pesona yang memikat peminat.
Visual, Gaya & Naratif Kontemporari
Lebih menarik, ALPHA bijak membina identiti visual yang konsisten. Dari pemilihan busana hingga naratif muzik video, semuanya dirangka untuk menampilkan imej kontemporari yang disuntik dengan cita rasa tempatan. Strategi ini menempatkan mereka sebagai kumpulan yang bersedia menembusi pasaran lebih luas, sambil mengekalkan akar budaya Malaysia sebagai keunikan tersendiri. Baca: Dalam dunia hiburan yang sarat dengan persaingan, langkah ALPHA masih di peringkat awal, namun potensinya jelas. Dengan sokongan peminat yang semakin berkembang dan dedikasi terhadap karya seni, kumpulan ini berpeluang menjadi wajah baharu M-Pop yang membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.
Artikel Berkaitan: KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026
Duta New Balance Malaysia, Ann Pow mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama berjaya menamatkan Ultraman Australia 2026.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI
Filem Kata Hati bawakan semula genre romantik komedi yang dirindui ramai, ke pawagam pada 4 Jun 2026 akan datang!
AKHIRNYA AMIRA OTHMAN KONGSI BERITA BAIK, KANDUNGAN HAMPIR 7 BULAN
Selepas menjadi bualan dan spekulasi ramai, Amira Othman akhirnya hadir dengan berita bahawa dia sedang hamil, menimbulkan kegembiraan ramai.
5 LAGU NYANYIAN LAYLA SANIA ANDA PATUT DENGAR
Fasih berbahasa Mandarin, lagu-lagu Layla Sania turut menarik perhatian pelbagai bangsa di dalam dan luar Malaysia.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.











