FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN: PESONA BUSANA “SETULUS TAKDIR”
Majlis resepsi perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman yang dinamakan “Setulus Takdir” bukan sahaja diraikan dengan penuh adat dan glamor, tetapi turut menjadi pentas peragaan eksklusif hasil sentuhan dua nama besar dalam industri. Rizman Ruzaini dan Teh Firdaus diberi kepercayaan khas dalam menghasilkan busana Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman.
Sentuhan Eksklusif Rizman Ruzaini
Majlis akad nikah pada 14 September, Rizman Ruzaini diberi kepercayaan untuk mereka baju Melayu untuk Fattah Amin. Sebuah rekaan daripada potongan tradisi kemas, jahitan halus dan sentuhan moden. Menegaskan imej mempelai lelaki sebagai figura Melayu kontemporari. Ditambah pula dengan perincian di bahagian lengan membuat kan suit baju melayu tersebut kelihatan lebih elegan. Keanggunan rekaan itu semakin menyerlah apabila dilengkapi dengan butang Baju Melayu eksklusif daripada Habib Jewel. Memberikan sentuhan mewah tanpa berlebihan.

Karisma Moden oleh Teh Firdaus
Sementara itu, Amira Othman tampil memukau dalam busana pengantin muslimah rekaan Teh Firdaus. Rekaan ini disesuaikan dengan gaya peribadi Amira yang sinonim sebagai ikon muslimah wanita di Malaysia. Sopan, anggun dan sarat dengan kelembutan. Siluet longgar dengan perincian moden memberi keseimbangan sempurna antara tuntutan syariat dan estetika fesyen, mengangkat Amira sebagai ratu sehari penuh karisma.
Kedua-dua rekaan ini bukan sahaja melengkapi antara satu sama lain, malah mencerminkan kisah cinta Fattah Amin dan Amira Othman yang dilakarkan melalui seni fesyen. Suit baju melayu oleh Rizman Ruzaini dan gaun dari Teh Firdaus memberi makna bahawa “Setulus Takdir” bukan sekadar majlis perkahwinan, tetapi juga simbol penyatuan dua jiwa yang diraikan dengan penuh keindahan, tradisi, dan gaya. Glam Lelaki mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai. Semoga ikatan ini terus indah dan mekar sepanjang hayat.
Artikel Berkaitan: DULANG BOYS DAN BRIDESMAID CURI TUMPUAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.











