KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Untuk isu September 2025, GLAM Lelaki bawakan 10 individu terpilih sebagai cool kids untuk menggambarkan youth and trend GLAM Lelaki.
Dalam dunia hiburan dan gaya hidup tempatan, muncul sekumpulan wajah baharu yang segar, berbakat dan penuh karisma. Mereka ini bukan sekadar bintang yang sedang bersinar, malah mewakili generasi muda yang berani mengekspresikan diri melalui muzik, fesyen, seni dan budaya pop. GLAM Lelaki menggelar mereka sebagai Cool Kids, kerana kehadiran mereka sentiasa menarik perhatian dan mencetus trend baharu.
#1 Maya Letisha
Definisi cool girl semestinya buat gadis muda ini. Maya Letisha, nama yang cukup mesra dalam kalangan peminat fesyen. Gaya peribadi pencipta kandungan digital ini sering menjadi inspirasi dengan sentuhan yang edgy tetapi tetap chic. Baru-baru ini, Maya menambah satu lagi dimensi kepada kariernya apabila membuat debut sebagai DJ, menjadikan dirinya bukan sekadar simbol gaya, tetapi juga figura kreatif yang berani mencuba perkara baharu. Aura cool kids yang dimilikinya jelas menyerlah, menjadikan Maya antara wajah generasi muda yang patut diperhatikan.
#2 Zic Emptypage
Sebagai vokalis utama band pop rock emptypage., Zic tampil dengan bakat muzik yang tidak boleh disangkal. Karakter vokalnya yang unik serta kemampuan untuk menguasai pentas menjadikannya tonggak utama kumpulan tersebut. Bukan sekadar menyanyi, Zic juga terlibat dalam proses penulisan dan produksi lagu, membuktikan bahawa dia bukan sekadar penyanyi, tetapi seorang artis serba boleh yang menghidupkan muzik dengan penuh jiwa. So cool!
Baca: KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE
#3 Killa Driz
Berada di bawah naungan Def Jam, nama Killa Driz melonjak selepas kemunculannya dalam program popular 16 Baris musim ketiga. Dengan gaya rap yang bertenaga dan lirik yang mencerminkan kisah peribadi, dia membina identiti sebagai seorang penyanyi-penulis lagu yang jujur dalam karyanya. Persona cool boy yang dibawa menjadikan Killa Driz bukan sahaja diminati kerana muziknya, tetapi juga kerana cara dia mengekspresikan diri tanpa perlu berpura-pura.
Baca: 6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN
#5 Ariel Fesol & Araff ALPHA
Dalam kumpulan lelaki paling hangat di Malaysia, ALPHA, Araff dikenali sebagai visual utama yang sering mencuri perhatian. Dengan wajah tampan dan karisma semula jadi, Araff membawa imej yang tidak kalah dengan standard antarabangsa. Namun, di sebalik pesona luaran, dia juga serius dalam mempersembahkan yang terbaik sebagai sebahagian daripada ALPHA, menjadikan dirinya idola yang dicintai ramai. Personalitinya yang lucu dan meriah juga menjadi salah satu faktor Araff disukai ramai. Sebagai main rapper kumpulan ALPHA, Ariel bukan sahaja memegang peranan penting dalam muzik kumpulan itu, malah dia turut membina reputasi sendiri apabila muncul sebagai juara program survival BigStage ALPHA. Tenaga dan kreativiti yang dibawa dalam setiap persembahannya menunjukkan bahawa Ariel mempunyai visi besar untuk terus meletakkan ALPHA di peta hiburan Malaysia. Baru sahaja debut pada tahun ini dengan lagu Mona Lisa (Bang Bang), ALPHA juga sedang sibuk bersedia untuk kemunculan semula mereka.
#6 Ariff Md Noor
Ariff Md Noor mungkin tidak sepopular selebriti hiburan, tetapi namanya besar dalam dunia fesyen tempatan. Sebagai salah seorang individu penting di sebalik jenama ANAABU, Ariff membawa falsafah gaya yang sederhana tetapi penuh makna. Walaupun tampil dengan imej low-key dan humble, gaya peribadinya yang minimalis tetap menjadikannya sosok yang dikenali dalam industri.
#7 Fazziq Muqris
Serba boleh adalah perkataan terbaik untuk menggambarkan Fazziq Muqris. Bakatnya tidak terhad pada satu bidang sahaja, sebaliknya melangkaui dunia lakonan, radio dan juga sebagai pengacara. Kariernya yang pelbagai membuktikan keupayaannya menyesuaikan diri dalam apa jua platform, menjadikan Fazziq seorang personaliti hiburan yang versatil serta multitalented.
Baca: SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
#8 Ezzat Eddy
Ramai mungkin turut mengenali Ezzat Eddy dalam dunia digital sejak era Vine dan Twitter sekitar 2014 dengan nama Guitarpleasure. Kini, dia tampil lebih matang sebagai lifestyle content creator, membawa naratif baharu yang lebih relevan dengan generasi sekarang. Dari seorang bintang media sosial remaja kepada figura gaya hidup masa kini, Ezzat terus berkembang tanpa kehilangan daya tarikannya.
#9 Haqeem Hyzan
Sebagai model muda, Haqeem Hyzan masih dalam proses membina nama dan portfolio profesionalnya. Namun, dengan wajah yang fotogenik dan karisma semula jadi, dia sudah mula menarik perhatian ramai dalam industri peragaan. Potensinya jelas terserlah, dan tidak mustahil Haqeem bakal menjadi salah satu wajah utama dalam dunia modeling Malaysia.
Jangan lupa dapatkan isu cetakan GLAM Lelaki bulan September 2025 untuk ketahui lebih lanjut tentang Cool Kids GLAM Lelaki.
Pautan berkaitan: DULANG BOYS DAN BRIDESMAID CURI TUMPUAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TUMI MUSIM LURUH 2025: GAYA URBAN & ELEGAN DARI NEW YORK
TUMI memperkenalkan koleksi Musim Luruh 2025 yang diinspirasikan oleh semangat dan gaya hidup urban & elegan dinamik kota New York.
KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Killa Driz sudah ada perancangan besar untuk karier muzik dan misinya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri muzik.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI
Filem Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh pelakon-pelakon yang sangat berbakat dan bakal menjayakan filem ini.
FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)
Fazziq Muqris terbukti berjaya mengubah diri dengan bentuk badan fit dan ideal. Perubahan tersebut telah membawa dirinya ke fasa baharu. Fazziq berkongsi beberapa tips sihat kepada GLAM Lelaki.
25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 bersama Coach Malaysia di KLoe Hotel KL.