GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR MENJADI TITIK FOKUS ADIDAS ORIGINALS MALAYSIA PADA BULAN OGOS YANG LEPAS. MERAIKAN KEGEMILANGAN IKON ITU, GLAM LELAKI TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN DENGAN MENGADAKAN SESI STYLING EKSKLUSIF BERSAMA GL GANG.

adidas Malaysia bakal menghidupkan suasana di Pavilion Kuala Lumpur (Centre Court) dengan penganjuran adidas Originals Superstar Pop-Up dari 27 Ogos hingga 1 September 2025. Acara ini menandakan sambutan skala lokal bagi kempen musim luruh/dingin 2025 bertemakan “The Original”, yang memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
Joe Flizzow wajah rasmi adidas Originals Malaysia
Salah satu sorotan utama kempen ini adalah pengumuman Joe Flizzow sebagai wajah rasmi adidas Originals Malaysia. Dikenali ramai sebagai pelopor hip hop negara, Joe melambangkan nilai-nilai ekspresi diri yang berani, kepimpinan budaya, dan kesetiaan terhadap akar umbi – semuanya selari dengan identiti Superstar. Keunikan dan pengaruh Joe dalam budaya tempatan menjadikannya pilihan tepat untuk mengetuai kempen ini di Malaysia.

Pop-up ini turut meraikan bakat-bakat seni tanah air menerusi persembahan langsung dan pertunjukan kreatif daripada barisan artis tempatan yang berwarna-warni. Pada 28 Ogos, pengunjung boleh menikmati persembahan daripada DOLLA, Lil J, dan Elva Suyan, manakala pada 29 Ogos pula, Aziz Harun, Julia Duclos, Ismail Izzani dan Syamel bakal menghangatkan pentas.
Dua produk utama yang diberi tumpuan dalam kempen ini ialah kasut Superstar yang diperkenalkan semula dalam warna klasik, serta Firebird Tracksuit yang telah menjadi simbol gaya jalanan sejak tahun 1967. Bagi meningkatkan lagi pengalaman, pop-up ini turut menampilkan beberapa tarikan istimewa seperti Superstar Soundbooth iaitu zon audio imersif dengan muzik kurasi artis-artis kempen. Serta permainan interaktif termasuk ‘basketball shootout’ dan Dance Dance Revolution.

Kempen “The Original”
Pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran eksklusif di mana pembelian sepasang kasut Superstar (harga runcit RM569) melayakkan mereka untuk menebus penyesuaian kasut bernilai RM117, manakala pembelian Firebird Tracksuit (RM429) membolehkan mereka menebus penyesuaian pakaian bernilai RM87 serta menikmati kopi percuma di Superstar Café.
Kempen “The Original” ini merupakan kesinambungan usaha adidas dalam meraikan keaslian dan perintis budaya. Di peringkat global, kempen ini turut menampilkan figura terkenal seperti Samuel L. Jackson, Missy Elliott, Mark Gonzales, JENNIE dan ramai lagi. Mesej utamanya jelas dan berkuasa, “It just takes one. Before there can be a thousand.” – menggambarkan bagaimana satu suara asli boleh mencetuskan gelombang perubahan budaya.
Artikel berkaitan: KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Teroka 5 item kolaborasi Piala Dunia FIFA 2026 terbaik pilihan GLAM Lelaki. Dari Loewe ke adidas, miliki gaya 'Blokecore' ini sekarang!
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.











