Skip to content

JACKSON WANG LET LOOSE BERSAMA IPHONE 17 PRO

Kongsikan artikel ini

Jackson Wang sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik muzik video terbarunya, “Let Loose”. Apa yang menarik ialah projek ini lebih istimewa kerana keseluruhan video tersebut dirakam menggunakan iPhone 17 Pro. Ia juga sebahagian daripada kempen global “Shot on iPhone”.

Muzik & Teknologi Dalam Satu Naratif.

Diterbitkan oleh Jackson dan Ojun Kwon, Let Loose menyerlahkan keupayaan kamera iPhone 17 Pro dengan rakaman 48MP Ultra Wide dan Telephoto 8× optical zoom. Hasilnya, setiap babak kelihatan sinematik dan membuktikan teknologi telefon pintar mampu menyaingi produksi filem profesional.

Pentas Global Apple 

Kolaborasi ini bukan sekadar promosi, tetapi simbol bagaimana muzik, seni visual, dan teknologi boleh bersatu. Apple memanfaatkan aura bintang Jackson Wang untuk menampilkan iPhone sebagai lebih daripada sekadar gajet. Kini telefon pintar Apple merupakan alat kreatif yang mendefinisikan gaya bercerita generasi baru.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jackson Wang (@jacksonwang852g7)

Impak “Shot On Iphone”

Let Loose bukan cuma satu single. Ia adalah sebahagian daripada strategi promosi dan pelancaran iPhone 17 Pro. Dengan kolaborasi sebegini, Apple menegaskan bahawa salah satu kekuatan jualan produk baru bukan hanya spesifikasi teknikal, tetapi bagaimana ia digunakan dalam situasi kreatif sebenar. Dari segi penggubalan dalam muzik, rakaman videografi dalaman seni, dalam budaya pop.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh apple (@apple)

Dengan lagu penuh energi dan visual yang mendebarkan, Let Loose  menandakan babak baru dalam kerjaya Jackson serta menjadi bukti kekuatan Apple dalam menghubungkan budaya pop dan teknologi.

Artikel Berkaitan: JACKSON WANG : TIPS PENJAGAAN KULIT CANTIK DAN BERSIH

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER

Bacaan Lanjut

ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

Bacaan Lanjut
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Bacaan Lanjut
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

Bacaan Lanjut
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

Bacaan Lanjut