SWAROVSKI RAIKAN 130 TAHUN DENGAN SENTUHAN ELEGAN
130 TAHUN SWAROVSKI: PERJALANAN PENUH KILAUAN
Swarovski meraikan 130 tahun dengan penuh gemilang melalui koleksi Barang Kemas Musim Luruh 2025. Koleksi ini hasil sentuhan Global Creative Director Giovanna Engelbert yang menggali inspirasi daripada masa lalu, kini dan masa depan. Engelbert menterjemahkannya ke dalam rekaan penuh warna, bentuk baharu, dan semangat “joyful extravagance”. Ia meraikan ekspresi diri dengan siluet berani, perincian halus, dan kepakaran savoir-faire Austria yang menjadi nadi jenama ini.

REKAAN DENGAN SENTUHAN BERBEZA
Setiap rekaan tampil dengan keunikan tersendiri. Millenia hadir dengan warna baharu karamel yang dipadankan lilac, memberi nafas segar pada siluet Rivière ikonik. Matrix pula menonjol dengan ilham heliks, menampilkan gelang tennis dan choker dramatik, sesuai untuk gaya parti hujung tahun. Sublima meraikan keindahan organik dengan rekaan menyerupai kristal ais, sementara Gema tampil berani dengan gabungan warna dan potongan kristal pelbagai bentuk, diinspirasikan karya Gustav Klimt. Constella memberi sentuhan kosmik dengan kluster bintang yang memancarkan kilauan malam, manakala Vienna Collection membawa simbol angsa sebagai penghormatan warisan 130 tahun Swarovski.

DEFINISI BAHARU KEMEWAHAN
Koleksi Musim Luruh 2025 ini bukan sekadar perhiasan, tetapi pernyataan gaya. Dari kilauan glamor pesta hujung tahun hingga ekspresi moden yang penuh keyakinan, setiap helaian Swarovski mencerminkan tradisi yang terus berevolusi. Ia adalah definisi baharu kemewahan: berani, versatil, dan abadi. Persis 130 tahun perjalanan Swarovski yang sentiasa mendahului masa.
Artikel Berkaitan: BLOK PIKSEL KE DUNIA BERLIAN: MINECRAFT X SWAROVSKI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.














