SANTOS DE CARTIER : SIMBOL ELEGAN UNTUK PENGEMBARA
Cartier memperkenalkan dua rekaan baharu dalam koleksi ikoniknya, Santos de Cartier Titanium dan Santos de Cartier Black Dial SuperLuminova. Kedua-dua model ini menampilkan keseimbangan antara ketepatan teknikal dan keanggunan estetik. Ia mengekalkan warisan reka bentuk asal Santos yang dicipta untuk penerbang legenda Alberto Santos-Dumont.
SANTOS DE CARTIER TITANIUM: KEKUATAN DALAM KELEMBUTAN
Menampilkan struktur titanium yang 43% lebih ringan dan 1.5 kali lebih kukuh daripada keluli, Santos de Cartier Titanium ialah simbol kekuatan dan inovasi. Kemasan bead-blasted matte dalam rona antrasit menyerlahkan kedalaman tekstur jam ini, manakala mahkota berhiaskan batu black spinel memberi sentuhan mewah yang halus. Rekaannya minimal tetapi penuh karakter sesuai untuk mereka yang menghargai gaya dinamik dan ketahanan dalam setiap perincian.

SANTOS DE CARTIER BLACK DIAL: SEMANGAT PENGEMBARAAN MODEN
Bagi model Santos de Cartier Black Dial, Cartier mempersembahkan gaya lebih sporty dengan paparan dail hitam yang dilengkapi jarum bercahaya SuperLuminova hijau. Perincian “railway track” dan kombinasi kemasan satin serta sunburst motif memberikan kesan visual yang berlapis dan berprestij. Mahkotanya pula menampilkan bentuk heptagon tersendiri dengan batu blue synthetic spinel, menonjolkan sentuhan klasik Cartier dalam reka bentuk moden.

KEINDAHAN FUNGSI DAN GAYA
Kedua-dua jam tangan ini membuktikan bahawa Santos de Cartier kekal relevan dengan gaya asalnya. Ia direka untuk mereka yang berani mencabar batasan. Ringan, tahan lama, dan menawan, koleksi ini bukan sekadar alat pengukur masa, tetapi simbol gaya hidup maskulin yang berani dan sofistikated.

Artikel Berkaitan: TIMOTHEE CHALAMET JADI DUTA BAHARU CARTIER
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OUTFIT CHECK DI ITALIAN GRAND PRIX 2026!
Penampilan para pelumba di Italian Grand Prix 2026 terus memacu intergrasi fesyen dan Formula One.
5 FILEM HANGAT LAKONAN IQBAAL RAMADHAN
Filem-filem lakonan Iqbaal Ramadhan sentiasa menjadi filem yang hangat di Indonesia, kerana bakat lakonannya.
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Sama seperti Kudrat 1968 yang sedang menjadi bualan, enam high school series tempatan ini juga boleh menjadi tontonan!
COMEBACK K-POP SEPANJANG SEPTEMBER 2026 ANDA PATUT NANTIKAN!
Bulan September 2026 dipenuhi dengan comeback yang bakal menggegarkan duni peminat K-Pop seluruh dunia dari pelbagai genre.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
GLAM LELAKI OGOS 2026: KABILAN JELEVAN
Meet GL’s August cover star, Kabila Jelevan. Kabilan merupakan antara nama yang semakin menyerlah dalam arena Muay Thai negara.











