LEVI’S® & TOY STORY: RAI 30 TAHUN, SATU KOLEKSI PENUH NOSTALGIA
Tiga dekad lalu, dunia diperkenalkan kepada dua sahabat karib paling ikonik dalam dunia animasi iaitu Woody dan Buzz Lightyear. Menerusi filem Toy Story dari Disney dan Pixar.
Filem ini bukan sahaja mencipta banyak momen ikonik, tetapi juga berjaya menawan hati jutaan peminat dari pelbagai generasi.
Kini, sempena ulang tahun ke-30 Toy Story,Levi’s®, berkolaborasi dengan Disney dan Pixar untuk melancarkan koleksi edisi terhad Levi’s® x Toy Story 30th Anniversary.

Gaya koboi yang stylish
Terinspirasi oleh semangat perintis Wild West ilham karakter Woody, serta jiwa pengembaraan dan keajaiban dari dunia Toy Story, koleksi ini menampilkan rekaan yang unik dan penuh nostalgia. Bayangkan elemen gaya koboi klasik, dipadankan dengan grafik karakter kesayangan seperti Buzz, Woody, Jessie dan Rex. Semuanya ditampilkan pada koleksi denim Levi’s®.
Setiap helaian membawa “cerita” tersendiri. Misalnya, dari adegan ikonik di bilik Andy hinggalah ke rekaan yang mencuit hati dan mengembalikan memori zaman kanak-kanak. Koleksi ini juga membuktikan bahawa fesyen boleh menjadi penghubung antara generasi, menggabungkan kenangan silam dengan gaya moden.
Dedikasi peminat Toy Story

Sama ada anda membesar bersama Toy Story, atau baru mengenali watak-wataknya, koleksi ini menawarkan sesuatu untuk semua. Dari jaket denim yang bold, T-shirt bercetak grafik, hingga aksesori dengan detail kreatif. Ia adalah perayaan terhadap persahabatan, kesetiaan, dan keberanian, yang semuanya dilakar melalui fabrik dan rekaan.
Untuk melengkapkan koleksi Levi’s® x Toy Story 30th Anniversary ini, himpunan aksesori yang ditawarkan pasti akan mencuri perhatian.
Topi Denim “Logo Hat” tampil dengan gabungan logo Toy Story dan Pixar dalam bentuk cetakan timbul yang menarik.
Mahukan sesuatu yang lebih playful? Topi “Cow Hat” hadir dalam fabrik bercorak lembu dan dihiasi dengan pelbagai tampalan berilhamkan dunia Toy Story. Sesuai untuk gaya kasual dengan sentuhan berani.
Untuk peminat beg, All Over Print Tote adalah pilihan wajib. Cow Pouch hadir dengan rekaan padat dan praktikal, diserlahkan dengan lapisan bercetak bandana Woody di bahagian dalam.
Artikel berkaitan: BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Sky Iskandar antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
MASYADI MANSOOR ‘REDEFINED’ MAKNA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA
Masyadi Mansoor 'redefined' fesyen streetwear Malaysia dengan rekaan avant-garde, menggabungkan seni, budaya dan jiwa moden di pentas global.
LEE JEANS TAMPILKAN ZHANG LINGHE DALAM “THE BEST STORIES HAPPEN IN JEANS”
Gaya klasik, semangat bebas, dan momen yang tak dirancang menjadi tumpuan utama dalam kempen terbaru Lee Jeans bersama duta APAC terbarunya, Zhang Linghe.











