5 LAGU ERA BAHARU AFGAN YANG ‘BEST’ DIDENGAR
Afgan, penyanyi bersuara lunak dari Indonesia, tidak pernah gagal memukau pendengar dengan vokalnya yang penuh emosi. Sejak kemunculannya lebih sedekad lalu, nama Afgan terus relevan, malah semakin matang dari segi muzik dan gaya persembahan. Dalam era baharunya yang lebih moden dan segar, beberapa lagu telah berjaya mencuri perhatian, terutamanya dalam kalangan pencinta muzik dan peminat setia muzik Afgan. Berikut adalah 5 lagu era baharu Afgan yang menjadi pilihan dan wajib masuk playlist.
#1 Kacamata (2025)
Lagu terbaharu Afgan, Kacamata, merupakan simbol transisi gaya muziknya ke arah lebih kontemporari dan urban. Dengan susunan muzik R&B moden yang catchy, Kacamata menampilkan sisi Afgan yang lebih playful dan yakin. Liriknya yang bermain dengan metafora dan gaya santai menjadikannya kegemaran ramai, terutamanya generasi muda yang mahukan muzik berjiwa muda tetapi masih berkualiti. Lagu ini berjaya mencuri hati peminatnya semula. Kacamata merupakan single pertama dari album terbaharunya, Retrospektif yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
#2 So Wrong But So Right (2022)
Lagu ini memperlihatkan keberanian Afgan bereksperimen dengan genre soul dan pop antarabangsa. Ia menonjolkan vokal falsettonya yang halus, digabung dengan produksi muzik yang kemas. ‘So Wrong But So Right’ mendapat sambutan hangat di platform digital dan menjadikan Afgan sebagai antara penyanyi Asia Tenggara yang mampu bersaing di peringkat global.
#3 Say I’m Sorry (2021)
Mengandungi elemen balada moden yang menyentuh, lagu ini mempamerkan sisi emosional Afgan. Dengan lirik penuh penyesalan dan nada suara yang mendalam, Say I’m Sorry mudah menjadi lagu latar kepada mereka yang pernah melalui fasa kehilangan atau penyesalan dalam cinta.
#4 Ada (feat. Lyodra) (2023)
Kolaborasi hebat antara Afgan dan penyanyi baharu, Lyodra ini menghasilkan sebuah lagu duet yang penuh harmoni dan emosi. ‘Ada‘ Menggabungkan kekuatan vokal dua penyanyi hebat dalam satu lagu yang menyentuh jiwa. Ia menjadi bukti kehebatan mereka dalam membawakan lagu cinta dengan penuh penghayatan, menjadikannya antara duet Afgan bersama penyanyi lain yang patut dalam playlist.
#5 Escape (feat. Jessi) (2024)
Sebuah lagu berbahasa Inggeris, kolaborasi bersama Jessi. Yang menunjukkan keinginan Afgan untuk menembusi pasaran antarabangsa. ‘Escape’ mengetengahkan tema pembebasan diri dan kebebasan emosi, disampaikan dengan muzik elektronik-pop yang menyegarkan. Lagu yang best untuk didengar kala bercuti.
Artikel berkaitan: AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY
Dengan suara serak dan lunak, Judika telah mencuri hati jutaan pendengar di seluruh Nusantara dan juga di peringkat antarabangsa.
TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST
Temui top playlist Afgan, dari balada romantis hingga R&B yang penuh jiwa, meraikan karier muziknya yang ikonik!
AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!
Biar sudah lebih 15 tahun bermuzik, belum ada tanda-tanda yang Afgan mahu memperlahankan langkahnya. Malah semakin jauh dia menjual muziknya.Di Malaysia saja, boleh kata saban tahun dia ke sini melangsungkan konsert, belum ada tanda peminat berasa jemu. GLAM Lelaki bertemu Afgan secara eksklusif.
AFGAN TUTUP TIRAI 2024 DENGAN KONSERT SOLO TERBESAR DI PULAU PINANG
Baru saja menghiburkan peminat di Kuala Lumpur, Afgan bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert solo pertamanya di Pulau Pinang.
5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024
GLAM Lelaki akan menyusun lima sorotan terbaik KLFW 2024 sepanjang tujuh hari berlansung dengan fesyen yang penuh kemegahan.
AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR
Bintang pujaan ramai dari seberang, Afgan bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia dengan konsert terbaru di samping penyanyi dan aktres Lyodra.