Skip to content

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

Kongsikan artikel ini

Teks & Temubual: BATRISYIA FAISAL

GLAM Lelaki bawakan pelakon baharu dalam dunia lakonan, Evertts Gomes sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025. 

Istimewa buat isu cetakkan September 2025 GLAM Lelaki, kami bawakan tujuh pelakon lelaki di dalam industri lakonan tempatan mewakili Men In Cinema pilihan GLAM Lelaki. Dunia perfileman lokal terus berevolusi, dan bersama arus perubahan itu, muncul barisan pelakon lelaki generasi baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencabar batas konvensional. “Men in Cinema” merakamkan detik kebangkitan wajah-wajah baharu yang kini mendefinisikan semula maskuliniti di layar perak.

evertts gomes

#1 Berkait dengan tema kali ini, Men In Cinema, apakah erti menjadi Men In Cinema bagi anda pada zaman sekarang?

Pada pendapat saya, menjadi seorang lelaki adalah menjadi lelaki yang sentiasa bergerak, lelaki yang tidak berhenti.

#2 Bagaimana sinema membentuk pandangan anda terhadap maskuliniti?

Sinema membentuk maskuliniti dengan menggambarkannya secara adil kerana lelaki pada zaman sekarang cenderung untuk menyembunyikan banyak masalah mereka daripada membukanya.

#3 Pada pandangan anda, apakah salah tanggapan terbesar orang ramai terhadap pelakon lelaki?

Antara salah tanggapan terbesar orang ramai ialah hakikat bahawa kesihatan mental lelaki sering dianggap tidak penting.

#4 Bagaimana anda melihat perkembangan representasi lelaki dalam dunia sinema?

Saya rasa lelaki kini perlahan-lahan mula diiktiraf kerana keupayaan mereka untuk benar-benar menyentuh emosi tertentu. Biasanya, orang akan ragui keupayaan ini ari seorang lelaki.  

#5 Apakah filem pertama yang benar-benar menyentuh hati anda? Membuatkan anda rasa sangat dekat bagaikan anda berada di dalam filem tersebut?

Oliver Twist — ia adalah filem pertama yang membuat saya tersentuh dengan jalan ceritanya, dari segi sinematik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EG (@evertts_gomes)

#6 Pelakon lelaki manakah yang menurut anda paling ikonik sepanjang zaman, dan mengapa?

Saya rasa Christian Bale — bagi saya dia adalah pelakon ikonik kerana dia mengkaji watak, memahami asas “mengapa” bagi watak itu, dan sanggup mengorbankan berat badan serta kesihatannya semata-mata untuk menghidupkan watak tersebut. Bagi saya, itu adalah dedikasi dan satu tindakan yang ikonik.

#7 Bagaimana cara anda untuk kekal relevan sebagai salah seorang pelakon lelaki di dalam industri lakonan yang besar di Malaysia?

Cara saya ialah untuk sentiasa menonjolkan kehadiran saya di khalayak ramai sebagai tanda bahawa saya masih bernafas dan hidup. Selain itu, untuk kekal relevan adalah dengan tidak meniru orang lain.

#8 Bagaimana karakter anda ketika di zaman kanak-kanak?

Cepat belajar, mempunyai hyper focused deficit (ADHD), sentiasa rasa ingin tahu dan tidak pernah takut mencuba perkara baharu.

#9 Apakah impian dalam karier lakonan anda?

Impian saya adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang pemalu tetapi berbakat supaya berani tampil dan menunjukkan bakat mereka.

#10 Bagaimana dengan impian dalam kehidupan?

Impian hidup saya adalah untuk keluarga saya mampu membelanjakan RM100 seperti ia hanya RM1 bagi mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EG (@evertts_gomes)

#11 Jika tiada sebarang batas dalam industri, apa yang anda ingin lakukan?

Saya teringin berlakon dalam satu babak cinta yang  penuh, dan apabila saya kata penuh, maksudnya FULL babak cinta. Berlakon dalam filem gore, dan juga membawakan banyak watak yang mempunyai masalah kesihatan mental untuk menyebarkan lebih banyak kesedaran tentang gangguan tersebut.

Pautan berkaitan: GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

Bacaan Lanjut
saleh hasni

SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”

Bacaan Lanjut