5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI
Sebagai antara figura lelaki moden berpengaruh di Malaysia, Han Pin dikenali bukan sahaja kerana personalitinya yang berkarisma, tetapi juga gaya fesyennya yang sentiasa tampak effortless dan versatil. Usahawan dan content creator ini tahu bergaya mengikut tema dan suasana. Dari gaya kasual hingga ke acara rasmi, setiap penampilan Han Pin mencerminkan cita rasa elegan, moden dan penuh keyakinan. Meskipun, sudah bergelar bapa kepada seorang anak lelaki, Han Pin kekal dengan stail tersendiri.
Berikut lima gaya OOTD Han Pin yang boleh dijadikan inspirasi untuk lelaki masa kini.
Smart casual & minimalis
Gaya ini menonjolkan kesederhanaan yang bergaya. Han Pin sering memilih kombinasi t-shirt atau tank top putih atau hitam polos dengan blazer ringan atau jaket. Warna neutral menjadi pilihan utama, menjadikan keseluruhan look bersih dan moden. Rahsianya? Potongan pakaian yang kemas dan tidak berlebihan.
Street style moden
Untuk gaya harian, Han Pin gemar menggabungkan jaket denim atau bomber dengan sneakers. Han Pin mengekalkan keseimbangan antara keselesaan dan gaya, menjadikan setiap OOTD tampak santai tetapi tetap rapi. Sentuhan aksesori seperti rantai halus atau jam tangan kulit menambah karakter pada penampilan.
Beachwear santai
Ketika bercuti atau berada di tepi pantai, Han Pin memilih gaya yang ringan dan longgar. Kemeja longgar atau tshirt polo digandingkan dengan seluar pendek , lengkap bersama sandal. Gaya ini mencerminkan sisi relaks dan natural Han Pin. Sesuai untuk menikmati suasana tropika dengan penuh gaya kala kembara.
Athleisure chic
Ketika waktu santai atau perjalanan, Han Pin memilih gaya athleisure yang menggabungkan hoodie berkualiti, seluar jogger yang fit, dan kasut sukan bergaya. Walaupun kelihatan kasual, setiap potongan dipilih dengan teliti agar tetap tampak kemas dan moden.
Suit up
Untuk acara malam, Han Pin sering tampil dengan sut gelap atau blazer, dipadankan bersama kemeja polos. Gaya ini menyerlahkan karisma dan keyakinan dirinya, menjadikan setiap penampilan tampak eksklusif dan sofistikated.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











