Skip to content

BUTIK LILANZ KINI BERADA DI PAVILION BUKIT JALIL, KL

BUTIK LILANZ KINI BERADA DI PAVILION BUKIT JALIL, KL

Kongsikan artikel ini

Jenama fesyen dari China, LILANZ secara rasmi memperkenalkan butik terbaharu mereka yang kini berada di Pavilion Bukit Jalil.

Ini merupakan cawangan kedua LILANZ di Malaysia dan yang pertama di dunia menampilkan konsep butik moden Future Business. Butik ini mencipta semula pengalaman fesyen lelaki moden melalui gabungan rekaan inovatif dan teknologi canggih. Berinspirasikan mod perjalanan kontemporari seperti kereta api, pesawat dan kapsul angkasa, konsep ini membawa pelanggan merasai perjalanan membeli-belah yang futuristik, elegan dan mengujakan.

lilanz pavilion bukit jalil

Terletak di Aras 2, Lot 2.17.00 Pavilion Bukit Jalil, butik ini menampilkan konsep Perniagaan Masa Depan di Luar Alam Nyata. Ruangnya direka dengan sentuhan logam moden, garisan geometri, dan pencahayaan dinamik. Ia menonjolkan gaya minimalis maskulin LILANZ. Koleksi lelaki yang dipamerkan berasaskan tiga kategori utama iaitu Smart, Urban Casual dan Performance Wear. Koleksi-koleksi ini menggambarkan keseimbangan antara fungsi, keselesaan dan gaya. Bahagian dalam butik menyerlahkan elemen rekaan futuristik dengan kapsul bilik pas, pencahayaan lembut dan penggunaan bahan seperti keluli tahan karat serta terazo kaca. Tambahannya, ia diserikan pula dengan elemen buluh tempatan sebagai penghormatan kepada seni warisan Malaysia.

Koleksi Musim Luruh/Dingin 2025

Untuk musim ini, LILANZ memperkukuh tiga teras utamanya, Smart, Urban Casual dan Performance Wear. Ilham buat koleksi ini datang daripada gaya sofistikated dan keanggunan Eropah. Palet warnanya diambil daripada rona semula jadi bumi Eropah seperti perang, kelabu lembut dan biru tenang, disertai perincian bercorak Nordic dan Celtic yang menambah karakter eksklusif pada setiap helaian.

lilanz pavilion bukit jalil

Koleksi SMART Lilanz

Koleksi URBAN CASUAL Lilanz

SMART menampilkan gaya perniagaan moden dengan potongan kemas, fabrik berkualiti seperti sutera dan kapas premium, serta warna neutral yang elegan. URBAN CASUAL pula mengetengahkan inspirasi Nordik yang minimal dan santai. Dengan tumpuan pada bentuk longgar, fabrik bertekstur serta tona bumi yang lembut untuk gaya harian profesional moden. Sementara itu, PERFORMANCE WEAR direka untuk lelaki aktif dengan material tahan kedut, kalis air dan ringan, sesuai untuk gaya hidup dinamik tanpa mengorbankan keselesaan dan gaya.

Koleksi PERFORMANCE WEAR Lilanz

Secara keseluruhannya, butik baharu LILANZ di Pavilion Bukit Jalil bukan sekadar ruang jualan, tetapi simbol visi masa depan jenama ini dalam menggabungkan seni reka moden, teknologi dan nilai kemewahan kontemporari dalam setiap helaian pakaian lelaki.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.