KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH
Apabila jenama lain beri kurang, The Ordinary beri lebih. Itulah pembuka buat kempen Slowvember DECIEM tahun ini.
Selama tujuh tahun berturut-turut, DECIEM kekal teguh dengan pendirian mereka untuk tidak tunduk kepada budaya Black Friday dan segala bentuk promosi yang mencetuskan panik serta pembelian impulsif atas nama “penjimatan besar”. Setiap bulan November, jenama ini menawarkan diskaun 23% untuk semua produk sepanjang bulan bukan hanya sehari. Ini sebagai satu bentuk protes terhadap budaya jualan melampau yang sering mengaburi pengguna dengan “harga palsu”.
Inisiatif ini kini memasuki tahun ketujuh, berdiri sebagai seruan untuk berbelanja dengan kesedaran, bukan dengan tekanan. Dalam dunia yang semakin pantas, DECIEM menyeru agar setiap pembelian dibuat dengan niat, bukan sekadar dorongan.

Fenomena seperti 11.11 dan Black Friday kini telah berubah menjadi perlumbaan global. Pengguna berlumba-lumba menekan butang “beli sekarang” sebelum masa tamat. Pada tahun 2024 sahaja, jualan dalam talian di A.S. semasa Black Friday mencatatkan USD10.8 bilion. Ia meningkat 10.2% berbanding tahun sebelumnya. Namun, di sebalik angka yang memukau itu, realitinya tidak seindah yang disangka. Kajian menunjukkan bahawa 92% tawaran yang dianalisis sebenarnya berharga sama atau lebih murah pada waktu lain dalam setahun.
Sementara dunia terus meraikan pesta diskaun dengan semangat tergesa-gesa, DECIEM kekal konsisten dengan mesej mereka, Shop Slow. Sebuah seruan untuk berhenti sejenak, berfikir, dan memilih dengan bijak. Kerana bagi DECIEM, pembelian terbaik bukanlah yang paling murah, tetapi yang paling bermakna dan digunakan sepenuhnya. Bersempena kempen ini, DECIEM memperkenalkan Panduan Mengenal Pasti Tawaran Palsu. Ini menjadi satu inisiatif untuk membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bijak di tengah lautan promosi yang memancing perhatian.

1. Mulakan dengan niat
Bersihkan troli anda daripada godaan promosi dan bina senarai keinginan yang benar-benar penting. Semak semula dari semasa ke semasa — nilai tidak selalu datang dalam bentuk diskaun.
2. Fahami bila anda sebenarnya mendapat kurang
Shrinkflation semakin berleluasa. Apabila produk dikecilkan tetapi harga kekal sama. Perhatikan label berat atau isipadu, kadangkala harga murah itu sebenarnya bernilai lebih rendah.
3. Pilih pertimbangan, bukan desakan
Jangan biarkan masa terhad menipu minda anda. Ambil masa untuk menilai sama ada produk itu satu keperluan atau sekadar dorongan seketika.
4. Bina nilai, bukan kuantiti
Set promosi dan bundle sering tampak menguntungkan, tetapi adakah anda benar-benar akan menggunakan semuanya? Pilih yang relevan, bukan sekadar banyak.
5. “Edisi terhad” tak semestinya benar-benar terhad
Taktik seperti stok terakhir dan masa hampir tamat sering digunakan untuk mencipta ilusi eksklusif. Tawaran sebenar tidak memerlukan tekanan.
6. Perhatikan harga lama yang diserlahkan semula
Jangan terpedaya dengan label Black Friday jika harga asalnya tidak berubah. Bandingkan, semak, dan pastikan ia benar-benar berbaloi.

Dalam dunia yang terus berputar dengan cepat dan penuh dengan godaan membeli, DECIEM menjemput kita semua untuk memperlahankan langkah. Berbelanjalah dengan kesedaran, niat, dan kejujuran terhadap diri sendiri. Kerana apabila jenama lain memberi kurang, DECIEM dan The Ordinary memilih untuk memberi lebih. Bukan sekadar diskaun, tetapi nilai yang sebenar.
Pautan berkaitan: RUTIN GROOMING LELAKI 2025: LEBIH DARIPADA ‘CUKUR & SIKAT’
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THREE RAI ULANG TAHUN KE-15 DENGAN PELANCARAN SEMULA DI MALAYSIA
Jenama kecantikan dari Jepun, THREE lahir semula dan kembali ke Malaysia sempena ulang tahun mereka tahun ini.
THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA
The Ordinary yang cukup terkenal dengan produk penjagaan kulit ini bertapak di Malaysia sebagai hentian Asia Tenggara pertama mereka.
FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN
Inovasi time travel Eucerin dalam anti-penuaan yang buat anda kelihatan lima tahun lebih muda dalam empat minggu.








