PUMA IGNITE LIMITLESS X THE WEEKND
Buat penggemar kasut PUMA, ada berita baik untuk anda! Baru-baru ini jenama pakaian sukan gergasi itu melancarkan rekaan barisan kasut PUMA IGNITE LIMITLESS yang direka khas buat warga kota dalam meredah jalanan dengan imej baru yang disesuaikan dalam keadaan sibuk dan lasak. Meminjam wajah ekslusif penyanyi RnB, The Weeknd sebagai duta kempen ini, ternyata pemilihan beliau kena dengan penjenaman PUMA yang mementingkan keselesaan dalam bergerak.
#RunTheStreet
Membawkan mesej #RunTheStreet, kasut unik dari PUMA ini mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup warga kota yang sentiasa bergegas dan bergerak. Diinspirasikan dengan idea ‘memenuhi prestasi’, IGNITE Limitless direka untuk menepati gaya hidup stop-and-go warga kota dengan ciri-ciri bergaya, selesa dan perlindungan sempurna bagi melancarkan apa saja aktiviti.
Tambahan pula dengan reka bentuk keseluruhan yang diinspirasi dari pengaruh streetwear dengan penambahan aksen prestasi dan teknologi, barisan kasut ini ternyata lebih menawan dengan ketelitian tekstur dan perincian seperti kekemasan buatan, kombinasi matt dan shine serta penjenamaan nama PUMA yang lebih jelas.
REDAHAN HUJAN ATAU MALAM
Apa yang menarik mengenai kasut dari PUMA ini adalah keselesaan yang ditawarkan. Keselesaan si pemakai datang daripada alas kasut PUMA IGNITE FOAM, kusyen yang menjadi keutamaan PUMA dalam menyerap impak sewaktu ia dipakai. Perlindungan sempurna pada bahagian atas kasut dengan metarial yang diperbuat daripada bahan yang membolehkan kulit bernafas memberikan keselesaan dinamik dan keseluruhan pada kaki.
Tambahan pula, ia juga dilengkapi dengan PU dan Kevlar, elemen khas mengelakkan kebasahan ketika meredah hujan atau lopak air di bahagian atas kasut.
#PUMA IGNITE Limitless Hi Tech ini didatangkan dengan dua variasi iaitu IGNITE Limitless Hi Tech dan Extreme Hi Tech dan boleh didapati di Crossover Sunway Pyramid dan Sole What Midvalley pada harga runcit RM810 dan RM910.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
















