6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Dalam dunia fesyen lelaki moden, sophistication bukan sekadar tentang pakaian mahal atau logo besar. Ia tentang kehalusan cita rasa, keyakinan diri, dan kemampuan mengawal gaya tanpa berlebihan. Lelaki sofistikated tidak menonjol kerana ingin diperhati, tetapi kerana tahu siapa dirinya. Berikut antara tips penggayaan untuk anda yang mahu melangkah ke tahap gaya yang lebih matang dan berkarakter.
#1 KURANG ITU LEBIH (MINIMAL)
Asas kepada gaya sofistikated ialah kesederhanaan ataupun dengan erti kata lain ‘minimal’. Pemilihan potongan pakaian yang bersih, kemas dan tersusun. T-shirt berkualiti, kemeja linen, atau seluar tailored fit lebih bernilai daripada pakaian sarat corak tanpa arah. Gaya sofistikated bukan tentang menunjuk, tetapi tentang refinement.
Tips GLAM Lelaki: Pilih palet warna neutral seperti putih, kelabu, navy, atau beige kerana palet warna ini mudah untuk digayakan dan sentiasa tampak rapi.

#2 TAILORING ITU PELABURAN
Tiada apa yang menandingi potongan sempurna pada tubuh. Sama ada blazer, seluar chino, atau kemeja, pakaian yang terletak (fit) yang baik mengubah keseluruhan impresi anda. Lelaki sofistikated tidak hanya membeli pakaian tetapi mereka melabur dalam pakaian yang disesuaikan dengan tubuh sendiri. Cari tukang jahit yang faham bentuk badan anda. Kadang-kadang sedikit ‘alteration’ pada panjang lengan atau bahu sudah cukup untuk memberikan impak yang berbeza.

#3 JAM TANGAN, KASUT & WANGIAN TIGA SENJATA UTAMA
Perincian kecil mencipta impak besar. Jam tangan klasik, kasut kulit berkualiti dan wangian yang sesuai ialah tanda lelaki yang tahu menilai butiran. Tidak perlu banyak, cukup satu setiap kategori, tapi pilih yang benar-benar mencerminkan personaliti anda. Simpan wang untuk kasut kulit berkualiti dan jam tangan elegan. Dua elemen ini boleh menaikkan gaya harian anda sekelip mata.

#4 KUALITI MENGATASI KUANTITI
Lelaki sofistikated tahu nilai curation. Daripada memiliki sepuluh helai jaket biasa, lebih baik tiga yang berkualiti tinggi. Kain, jahitan dan ketahanan memainkan peranan besar. Gaya matang bermula apabila anda mula melihat pakaian sebagai pelaburan jangka panjang.
Tip GLAM Lelaki: Pilih fabrik semula jadi seperti kapas, linen atau wool ringan. Ia bukan saja tahan lama, malah kelihatan lebih mewah apabila dipakai.

#5 KEYAKINAN ADALAH AKSESORI TERPENTING
Anda boleh memakai sut paling mahal di dunia, tapi tanpa keyakinan, semuanya kosong. Lelaki sofistikated percaya pada dirinya. Dari cara berjalan, bercakap dan berinteraksi memancarkan karisma semula jadi. Gaya bermula dari sikap. Duduk tegak, pandang mata orang bila bercakap, dan biarkan pakaian anda menyokong, bukan mendominasi, keperibadian anda.

#6 PENAMPILAN YANG TERJAGA, GROOMING ITU WAJIB
Langkah ke arah lelaki sofistikated ialah penjagaan diri yang rapi. Bercukur dengan kemas, potongan rambut yang teratur dan kulit wajah yang dijaga baik ialah asas utama. Lelaki moden tidak perlu malu untuk mempunyai rutin penjagaan wajah. Pemilihan asas wangian juga turut memainkan perananan penting dalam grooming lelaki.
Tip GLAM Lelaki: Cari gaya rambut yang sesuai dengan bentuk wajah anda dan pastikan anda mencukur atau merapikan misai, janggut dan jambang secara konsisten. Gunakan pelembap dan sunscreen setiap hari.

Menjadi lelaki sofistikated bukan tentang berbelanja besar, tetapi berfikir dengan bijak tentang gaya dan diri sendiri. Setiap potongan pakaian, jam di pergelangan tangan, hingga wangian yang dipilih, semuanya menyampaikan mesej tentang personaliti diri anda.
Artikel Berkaitan: 5 LANGKAH PENTING LELAKI PERLU TAHU SEBELUM BERCUKUR
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Han Pin terus menginspirasi generasi lelaki moden dengan visi, gaya dan kepimpinan yang luar biasa. Ini baru permulaan padanya.
DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN
Merayakan keberadaan haruman DIOR Sauvage, Johnny Depp tampil membintangi dalam filem Sauvage. Arahan oleh jurugambar, Jean-Baptiste Mondino.











