Skip to content

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Kongsikan artikel ini

Dalam dunia gaya lelaki moden, less is more merupakan perkara asas untuk penggayaan kini. Siluet yang bersih, tona yang subdued dan fungsi yang tepat menjadi tanda aras fesyen minimal bagi lelaki. Bagi mereka yang menghargai perincian halus pemilihan beg yang tepat mampu menaikkan lagi keseluruhan penampilan mereka. Daripada gaya kasual hingga ke business travel. Berikut ialah 10 GL Picks  pilihan beg lelaki minimal, khusus untuk mereka yang mahu tampil kemas, moden dan effortlessly sofistikated. 

#1 Loewe XL Puzzle Fold Totebag

Totebag Loewe Puzzle Fold saiz XL ini diperbuat daripada kulit lembut dengan struktur lipatan ikonik yang membolehkannya “fold flat” ketika tidak digunakan. Rekaan ini sangat praktikal untuk travel ataupon untuk kegunaan harian. Ia mempunyai kapasiti besar tetapi reka bentuknya kekal minimal dan elegan. Pelbagai warna ditawarkan, dari hitam klasik hingga zaitun dan umber, yang membolehkan gaya percutian santai atau outfit urban kelihatan sangat berkelas. Rata mereka yang memiliki bag ini menyatakan bahawa ianya “sangat roomy” dan boleh memuat laptop 14″ dengan selesa.

#2 Weekender Kulit (Coach)

Coach sememangnya terkenal dengan kulit yang tahan lama dan anagaram ‘C’ ikonik. Beg weekender kulit mereka direka dengan menggunakan leather glove-tanned yang lembut untuk penggunaan harian. Reka bentuknya praktikal dengan kapasiti luas, menjadikannya pilihan beg lelaki minimal untuk perjalanan singkat mahupun percutian hujung minggu. 

#3 Crossbody Re-Nylon (Prada)

Prada Re-Nylon ialah inovasi fesyen sustainable. Nylon kitar semula digabungkan dengan kulit saffiano, mengurangkan impak terhadap alam sekitar tanpa mengorbankan gaya. Menurut katalog rasmi Prada, beg Re-Nylon mempunyai struktur ringan, tali boleh laras dan saiz praktikal untuk aktiviti harian di bandar. Rekaannya sporty-luxe, memberi aura high-fashion tetapi tetap minimalist dan fungsional.

#4 Montblanc Sartorial Leather Backpack

Beg ransel Montblanc ini diperbuat daripada kulit lembu yang dicetak dengan tekstur Sartorial. Memberikan sentuhan mewah dan kemas. Bahagian depan mempunyai dua tali kulit untuk penutupan tambahan.  Menambahkan lagi elemen reka bentuk yang “polished.” Di dalam, terdapat ruangan empuk untuk laptop sehingga 13 inci, poket zip dan slot untuk alat tulis. Sangat sesuai untuk business–leisure traveller. Berat fizikal beg ini ialah sekitar 1.6 kg, menjadikannya seimbang dari segi gaya dan fungsi.

#5 Duffel Hybrid (Nike x ACG Utility Duffel)

Duffel kolaborasi antara Nike dan ACG (All Conditions Gear) ini direka untuk ketahanan lasak. Ia menggunakan material teknikal tahan cuaca dan tali yang boleh dilaraskan. Kombinasi utilitarian dan estetika luar (outdoor) menjadikannya beg lelaki minimal ideal yang aktif dan gemarkan pengembaraan seperti hiking ringan atau trip kota. Malah, koleksi ACG terkenal dengan ketahanan dan fungsi praktikal dikawasan persekitaran ekstrem.

#6 Louis Vuitton Pochette Voyage MM

Pochette Voyage MM LV adalah bag kompak premium yang sesuai untuk perjalanan jauh. Dibuat dengan kulit monogram ikonik LV. Beg ini mempunyai ruang cukup untuk dokumen penting, passport dan gadget kecil. Struktur slim dan zip yang kemas memudahkan lagi akses sambil memastikan barang tetap selamat. Cincin kecil pada zip menambahkan ciri gaya dan fungsionaliti. 

#7 Tumi Alpha Bravo Messenger

Tumi Alpha Bravo Messenger pilihan klasik dan sangat praktikal untuk lelaki yang bekerja sambil bergerak. Messenger ini mempunyai banyak kompartmen, untuk laptop, dokumen, storan rapi, dan tali lembut boleh laras. Dikenali dengan ketahanan luar biasa. Tumi menggunakan material berkualiti tinggi yang tahan lasak untuk kegunaan jangka panjang.  Menjadikannya pendamping sempurna untuk commuting harian dan urusan kerja.

#8 Gucci Ophidia Mini Sling Bag

Sling mini Gucci Ophidia ini menampilkan corak GG Supreme klasik dan trim kulit halus. Walaupun saiznya kecil, ia sangat praktikal untuk menyimpan telefon, dompet kecil, dan kunci. Tali sling yang boleh laras membolehkan pemakainya menggayakan beg ini secara crossbody atau ‘sling bag’. Reka bentuk di bahagian depan yang ringkas dan garis yang bersih membuatkan bag ini minimal tetapi penuh gaya.

#9 Bottega Veneta Andiamo Bag

Bottega Veneta Andiamo membawa rekaan berstruktur dan bahan kulit premium yang sangat halus. Garis rekaannya bold tetapi sofistikated, menonjol tanpa terlalu ‘loud’. sangat sesuai untuk penggayaan urban moden. Saiznya cukup fleksibel untuk kerja-kerja harian atau outing santai.

 

#10 Classic Sling Bag (Rimowa)

Walaupun Rimowa lebih terkenal dengan luggage beralur aluminium, beg versi sling mereka mengekalkan elemen signature tersebut dalam bentuk lebih kecil dan praktikal. Sling Rimowa menampilkan corak alur ikonik yang terinspirasi dari bagasi mereka.  Beg sling rimowa lebih ringan dan sesuai untuk gaya harian. Ia melengkapkan estetika travel mewah Rimowa dengan fungsi minimal yang sesuai untuk carry-on essentials.

Artikel Berkaitan: SET WANGIAN MUSIM PERCUTIAN BUAT LELAKI

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT

Bacaan Lanjut
THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH

THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH

Bacaan Lanjut
RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER

RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER

Bacaan Lanjut

EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE

Bacaan Lanjut

LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
koleksi terbaik

KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.

Bacaan Lanjut