GL PLAYLIST: 10 LAGU STRAY KIDS WAJIB DIDENGARI SEMPENA COMEBACK ‘DO IT’
Stray Kids kembali dengan lagu hentakan terbaharu mereka melalui SKZ IT TAPE ‘DO IT’, sekaligus menghidupkan semula hype global STAY.
Sejak debut, Stray Kids telah membina reputasi sebagai artis yang sentiasa berani mencuba arah muzik baru, dari hip-hop berintensiti tinggi hingga pop elektronik dan reggaeton yang catchy. Kini kembali dengan album baharu berjudul SKZ IT TAPE ‘DO IT’, mereka hadir dengan 5 lagu baharu buat STAY. Setiap lagu mereka bukan sekadar hiburan, ia juga sebuah cerita, pengalaman dan emosi yang mampu menyentuh hati STAY di seluruh dunia. Keunikkan mereka semestinya datang dari bakat muzik mereka yang tersendiri. Diberi peluang untuk menulis dan produce lagu mereka sendiri memberi kebebasan buat Stray Kids untuk berkarya dalam dunia muzik.
Sama ada anda peminat tegar atau baru mahu mengenali kumpulan ini, playlist ini pasti akan membawa anda merasai perjalanan muzik Stray Kids dari masa ke masa. Bersiaplah untuk terhibur, termenung, dan automatik menari mengikut rentak mereka. Sempena menyambut comeback ini, berikut 10 lagu Stray Kids yang wajib anda dengar. Dengan genre mala taste mereka, GLAM Lelaki gabungkan karya lama, baharu, dan lagu yang menunjukkan evolusi muzik kumpulan ini.
#1 Do It
Tarikh dilancarkan: 21 November 2025
Muncul sebagai salah satu lagu utama album terbaharu Stray Kids, Do It membawakan rentak reggaeton yang infectious dan membuatkan anda automatik ingin menari sebaik sahaja intro bermula. Album kali ini turut menjadikan Bang Chan sebagai idol kedua tertinggi dengan kredit nama di bawah KOMCA, sebanyak 233 lagu.
#2 Creed
Tarikh dilancarkan: 22 Ogos 2025
Sebuah lagu berenergi tinggi dengan produksi yang kemas oleh unit Stray Kids sendiri, 3RACHA dan vibe stadium-ready. Creed ialah antara lagu yang menunjukkan kematangan sonik Stray Kids. Rap yang cukup catchy menunjukkan keunikkan lagu ini.
#3 Bounce Back
Tarikh dilancarkan: 13 Disember 2024
Anthem penuh semangat yang mengangkat tema resilience dan self-trust. Bounce Back semestinya wajib didengar ketika anda perlukan motivasi tambahan. Buat Stray Kids, we need this song at the concert!
#4 BEWARE
Tarikh dilancarkan: 8 Januari 2018
Kembali semula ke era awal Stray Kids, BEWARE menampilkan sisi agresif dan muda mereka, tetapi tetap relevan dan bertenaga hingga hari ini. BEWARE turut menekankan rasa menghadapi dan mengatasi cabaran hidup,terutamanya yang dihadapi semasa zaman remaja, tanpa membiarkan ia menentukan siapa diri anda.
#5 Slump
Tarikh dilancarkan: 11 Mei 2020
Lagu menyentuh perasaan tentang kehilangan motivasi dan tekanan hidup. Slump menjadi kegemaran ramai kerana liriknya yang jujur dan melankolik, membawa maksud rasa terhenti, tidak yakin, dan tertinggal. Lagu ini juga merupakan lagu tema buat animasi popular, Tower of God.
#6 Levanter
Tarikh dilancarkan: 9 Disember 2019
Salah satu lagu paling ikonik Stray Kids dan memerlukan lebih banyak penghargaan, Levanter ialah gabungan melodi emosional, vokal yang kuat dan lirik yang penuh pengharapan. Levanter sentiasa membawa Stray Kids dan STAY ke era kebangkitan semula Stray Kids.
#7 DIVINE
Tarikh dilancarkan: 21 November 2025
Datang dari album yang sama seperti Do It, DIVINE menonjolkan kepelbagaian vokal dan produksi matang Stray Kids. Lagu hip-hop segar yang menggambarkan apa yang mereka panggil ‘NEW POP’, diserikan dengan konsep visual ‘modern sage’ yang kini tular.
#8 YAYAYA
Tarikh dilancarkan: 18 Mac 2020
Eksperimen sonik Stray Kids yang playful tetapi tetap edgy. YAYAYA adalah bukti kreativiti mereka dalam mencipta lagu yang unik dan bertenaga. YAYAYA merupakan salah satu kesukaan peminat Stray Kids, STAY ketika konsert.
#9 Mess
Tarikh dilancarkan: 22 Ogos 2025
Salah satu lagu penuh emosi daripada album KARMA, Mess menggabungkan vokal raw dengan lirik tentang kekacauan perasaan. Mess memberikan warna berbeza dalam diskografi mereka. Ditulis oleh HAN dan Bang Chan, emosi dari lagu ini semestinya datang dari otak genius mereka.
#10 Chill
Tarikh dilancarkan: 2 Jun 2023
Menjadi salah satu lagu yang menjadi perbualan hangat Stray Kids tentang ‘lagu paling jahat’ mereka, Chill menggambarkan keinginan untuk mengelak konfrontasi dan menjadi pihak yang menamatkan hubungan, sambil turut mengakui kesakitan akibat cinta yang telah menjadi dingin dan jauh. Sebuah masterpiece R&B yang menjadi antara lagu paling disukai STAY kerana susunan melodi serta emotional payoff yang kuat.
Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU IQIE BERSAMA INSOMNIACKS & DISTORTED PILIHAN GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ROMAN EMPIRE, LAGU BANG CHAN BUAT FENDI
Bang Chan, duta jenama FENDI berjaya menggabungkan muzik dan fesyen dalam single terbarunya, Roman Empire, kolaborasi bersama jenama itu.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.











