Skip to content

5 RESTORAN SEAFOOD HALAL DI KOTA KINABALU YANG ANDA MESTI CUBA

Kongsikan artikel ini

Bercuti ke Sabah tak lengkap tanpa menikmati hidangan seafood segar yang terkenal di sini. Kota Kinabalu menawarkan pelbagai restoran yang menyajikan makanan laut lazat, segar dan halal. Dari ketam masak lemak cili padi hingga udang mentega yang meleleh di mulut, berikut adalah 5 lokasi seafood halal yang mesti anda singgah.

1. Welcome Seafood Restaurant (Halal-Friendly)

Harga anggaran untuk menjamu selera di sini denagn purata RM 60 seorang. Meskipun begitu harga ini tidaklah tetap ia bergantung kepada pilihan seafood & masakan yang dipesan oleh pelanggan. Anda boleh pilih seafood hidup dari tangki, tentukan sendiri berat dan cara masakan. Sesuai untuk mereka yang mahukan fleksibiliti. pelbagai pilihan hidupan laut dari udang, ikan, ketam hinggalah lala, semua segar segar. Rekaannya selesa dan familiar dengan pelancong. Menu wajib cuba disini ialah udang mentega, sotong goreng telur masin, lala sambal pedas. Restoran ini Halal-friendly dan bebas alkohol. Tempat ini sering menjadi pilihan pelancong Muslim.

2. Gayang Seafood Restaurant

Gayang Seafood Restaurant terletak di  Kampung Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran iaitu sekitar 20–25 minit dari Kota Kinabalu.Restoran ini popular dengan seafood segar & pilihan masakan ikut selera. Lobster, ketam, udang semua boleh pilih dan timbang sendiri. Sesuai kalau anda datang berkumpulan atau mahu portion besar & kongsi. Seafood dijual mengikut berat. Lazimnya RM100–RM200 per kg, dengan minimum order sekitar 0.5 kg.
Antara menu yang wajib anda cuba cuba sekiranya datang disini adalah ketam telur masin, ikan stim limau, udang masak butter. Restoran yang santai dengan menu yang tak pernah gagal memikat selera.

3. Salut Seafood Restaurant

Purata untuk menikmati hidangan laut di sini Sedikit lebih mampu milik. Harga purata bagi sepinggan lauk biasa bermula dari RM10 hingga RM60 juga bergantung saiz & jenis seafood. Terkenal dengan seafood segar hasil dari kolam sendiri terutamanya udang & kerang. Suasana lebih relaks, agak “kampung”, dan ramai memuji kesegaran seafood di sini. Antara menu yang wajib anda cuba sekiranya datang ke sini adalah  Kupang masak pedas, tiram bakar, udang goreng kering. Pilihan tepat untuk anda yang sukakan hidangan pedas.

eattravelwithjo via Facebook

4. Sri Tanjung Seafood Restaurant

Terletak di Jalan Haji Saman, Kota Kinabalu. Menyediakan pelbagai pilihan seafood hidup & masakan. sngat sesuai bagi mereka yang mahukan makan malam santai bersama keluarga ataupun sahabat terdekat. Dengan kapasiti “restoran besar”,  sangat sesuai untuk makan malam berkumpulan. Antara menu yang wajib and cuba cuba disini adalah Ikan bakar sambal, lala tumis serai, ketam masak lemak. Reatoran ini 100%  halal, klasik dan tidak pernah mengecewakan pengunjung.

5. Alu-Alu Kitchen

Anggaran harga disini sedikit lebih tinggi daripada restoran biasa. Ini kerana mereka menggunakan bahan berkualiti dan sesetengah hisupan laut yang dihidangkan adalah hasil dari ladang atau ternakan sendiri.
Restoran ini sesuai bagi mereka  yang mahu suasana tenang, seafood segar dan memilih bahan lebih teliti bukan sekadar “ambil & timbang”. Pilihan terbaik untuk makan santai atau jika anda menghargai kualiti bahan. Antara menu mereka yang wajib dicuba adalah Ikan stim, udang sambal petai, dan kari siput lala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alu-Alu Kitchen (@alualukitchen)

Nota penting untuk pelancong Muslim: Sentiasa semak status halal restoran dan pilih restoran milik Muslim untuk lebih ketenangan hati. Dengan panduan ini, pengalaman menjamu selera anda di Kota Kinabalu pasti lebih selesa, santai, dan pastinya lazat!

Artikel Berkaitan: FOOD TRIP MALAYSIA : 10 BANDAR ‘MAKANAN SEDAP’