KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
Tahun 2025 menyaksikan kelahiran bintang-bintang lelaki yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga mempunyai karisma dan gaya tersendiri yang memukau peminat. Dari dunia hiburan, muzik, hingga seni lakon, keenam-enam selebriti ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dan menjadi figura yang sangat menonjol dalam industri hiburan tanah air.
#1 Hun Haqeem
Hun Haqeem terus meneguhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon muda yang berbakat. Dengan bakat lakonan yang semulajadi dan kemampuan membawa watak pelbagai genre, nama Hun Haqeem cukup kukuh dalam industri hiburan Malaysia. Terutamanya dalam sepanjang 2025. 2025 juga merupakan tahun yang sibuk buat Hun, di mana dia banyak muncul dalam filem dan drama. Mandul Bukan Pilihan antara drama terbaik lakonan Hun tahun ini. Hun juga tercalon untuk Festival Filem Malaysia 2025 menerusi kategori ‘Pelakon Lelaki Harapan’ menerusi filem Soloz: Game of Life. Dan khabarnya, Hun bakal melancarkan lagu pada tahun depan. Sama-sama kita nantikan.
#2 Jazmy Juma
Jazmy Khan bin Juma Khan, juga dikenali sebagai Jazmy Juma atau Jazmy Khan, ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Merupakan salah seorang finalis bagi pertandingan ikon pemuda Malaysia, Hero Remaja 2020. Muzik dan personaliti Jazmy membuatkan namanya terus menjadi bualan. Gaya unik serta kehadiran pentas yang memukau menjadikan Jazmy salah seorang ikon muda yang paling menyerlah tahun ini. Jazmy mula menjadi sebutan sejak membintangi drama Nuh dan Nayla bersama Scha Elinnea. Tambah lagi popularitinya apabila mempamerkan lakonan yang berkesan untuk drama Hilang Dalam Rindu. Jazmy nyata membuktikan dia punya potensi yang lebih besar dalam tahun yang akan datang.
#3 ALPHA
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Nama ALPHA semakin terbukti sebagai salah satu Selebriti Lelaki Paling Menyerlah 2025 berkat gabungan bakat, disiplin dan populariti yang melonjak dalam masa singkat. Bermula sebagai kumpulan yang lahir daripada program realiti, mereka terus mempamerkan kematangan artistik melalui karya hit seperti “P. Ramlee & Saloma”, yang bukan sahaja menunjukkan vokal kuat tetapi juga keberanian mereka bereksperimen dengan genre berbeza selepas debut bertenaga “Mona Lisa (Bang Bang)”. Kejayaan digital dan sokongan fanbase yang semakin kukuh mengangkat nama mereka sebagai fenomena baharu dalam muzik pop lelaki tempatan. Lebih menarik, kemenangan Style’s Choice Award menerusi undian pembaca GLAM Lelaki membuktikan impak mereka bukan sekadar pada muzik, tetapi juga dalam gaya dan personaliti moden. Dengan latihan profesional yang dijalani di Korea serta single baharu yang sangat dinantikan, ALPHA terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai ikon generasi muda. Kreatif, versatil dan berpotensi besar untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.
#4 Qi Razali
Qi Razali terus memikat peminat melalui karya muzik dan penglibatannya dalam dunia hiburan. Baru-baru ini, dia dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Babah, satu pencapaian yang mengukuhkan lagi reputasinya dalam industri. Dengan persona yang karismatik, bakat lakonan mantap, dan dedikasi terhadap seni, Qi kekal relevan dan dihormati di kalangan pengikutnya, menjadikannya salah seorang selebriti lelaki paling menyerlah tahun 2025.
#5 Shukri Yahaya
Salah satu Selebriti Lelaki Paling Menyerlah 2025 melalui karya, karisma dan relevansi yang tidak pernah pudar, Shukri Yahaya. Kehebatannya sebagai pelakon terserlah menerusi filem terbaharunya, Blood Brothers, yang mencetuskan fenomena tersendiri selepas meraih perhatian besar peminat kerana intensiti lakonan, penghayatan emosi dan penceritaan yang kuat. Pada masa yang sama, Shukri turut memperkukuh pengaruhnya dalam dunia fesyen dan budaya pop apabila dipilih sebagai wajah muka hadapan GLAM Lelaki edisi Julai 2025. Sebuah penghormatan yang hanya diberikan kepada personaliti yang benar-benar memberi impak kepada umum. Gabungan kredibiliti sebagai aktor versatil, pesona natural, profesionalisme tinggi serta kebolehannya yang relevan dalam arus hiburan menjadikan Shukri Yahaya bukan sekadar pelakon berpengalaman, tetapi figura penting yang terus menyerlah dan menjadi tumpuan Malaysia pada tahun 2025.
#6 Fattah Amin
Fattah Amin terus menonjol dalam ruang hiburan dan gaya hidup pada 2025. Melalui gabungan bakat lakonan, pengaruh media dan kisah peribadi yang hangat diperbualkan. Terutamanya selepas perkahwinannya dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September 2025. Satu acara yang mendapat liputan luas dan menjadi topik hangat di media sosial serta kalangan peminat. Tambahan pula, Fattah tampil dalam drama baru Bidaah (2025). Menandakan komitmennya untuk terus aktif dan relevan dalam industri hiburan sekali gus membuktikan bahawa popularitinya bukan semata-mata kerana rupa atau gosip, tetapi hasil konsistensi dan profesionalisme. Dengan imej terkini sebagai seorang suami, bapa dan juga selebriti, perancangan kerjaya matang dan sambutan hangat daripada para peminat, Fattah Amin layak dinobatkan sebagai figura besar lelaki paling menyerlah dan berpengaruh di Malaysia pada tahun ini.

Dari bakat lakonan, muzik, hingga gaya, keenam-enam selebriti ini bukan sahaja menyerlah di pentas hiburan, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda. Tahun 2025 jelas milik mereka yang berjaya mencuri perhatian dengan kreativiti dan keunikan masing-masing.
Artikel Berkaitan: 6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI
Rizal Rasid merupakan antara ahli dengan fesyen yang penuh gaya dan versatil, diiktiraf oleh ahli ALPHA sendiri!
NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA
Izat ALPHA sering tampil dengan warna dan gaya rambut berbeza. Jom lihat evolusi hair colour dan hairstyle Izat yang sentiasa berubah!
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.











