6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
Jika dahulu majalah menjadi sumber dan inspirasi fesyen buat orang ramai, kini platform seperti Instagram dan Pinterest telah memudahkan segalanya. Dengan pempengaruh-pempengaruh fesyen lelaki yang semakin meningkat di Malaysia, mencari inspirasi buat penggayaan bukanlah satu benda yang sukar lagi. GLAM Lelaki senaraikan enam pempengaruh fesyen lelaki yang boleh anda ikuti untuk menambah lagi seri gaya anda.
#1 ihateamiruldanial
Pernah menjadi wajah muka hadapan GLAM Lelaki September 2024, ihateamiruldanial atau namanya, Eddy cukup terkenal dengan fesyennya yang bergaya. Sebagai pempengaruh fesyen dengan pengikut sebanyak 37.7K di Instagram, feednya dipenuhi dengan gambar dan video penggayaannya.
#2 nabilfikr
Dengan lebih lapan ribu pengikut di Instagram, pempengaruh fesyen ini cukup sinonim dengan perkataan unik. Dari segi penggayaannya boleh dilihat minatnya terhadap fesyen begitu mendalam. Penggunaan corak yang berani dalam penggayaannya menunjukkan bahawa Nabil ialah seorang yang sukakan cabaran.
#3 wafiqiquwan_
Berambut panjang dan bermisai, menjadikan Wafiq cukup unik dan dikenali ramai. Selain rupanya, gaya fesyennya juga menjadi inspirasi buat ramai lelaki muda diluar sana. Cukup aktif dalam memuat naik video penggayaan di Instagram buat 12.4K pengikutnya, gaya Wafiq yang unik dan retro menarik minat ramai.
#4 broyawn
The future it boy, pempengaruh fesyen broyawn juga pernah tampil di dalam salah satu lembaran kecantikkan GLAM Lelaki. Dengan gaya fesyennya yang cukup unik, dia menarik perhatian ramai anak lelaki muda menjadikannya inspirasi fesyen. Seringkali dilihat bersama rakan baiknya Eddy, duo fesyen ini cukup bergaya di mata semua.
#5 kidblur
Dengan tubuh badannya yang tinggi lampai, sesiapa sahaja dapat mengagak bahawa jejaka muda ini merupakan seorang model. Cukup dikenali dengan bakat model serta fesyennya, Kid juga menjadi salah seorang model yang membuat penampilan di dalam edisi cetakan GLAM Lelaki buat bulan Mac 2025.
#6 slmanfrish
Selain daripada menjadi seorang pempengaruh fesyen yang diminati ramai, kandungan-kandungan Salman juga termasuk pelancongan, serta gaya hidup seperti sukan. Dengan pelbagai kandungan unik, pengikutnya yang sudah mencecah 88.7K itu semestinya menikmati segalanya. Selain dari itu, Salman juga aktif dalam bidang fotografi.
Pautan Berkaitan: BOLA SEPAK SUKAN PILIHAN MAYA LETISHA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











