Skip to content

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Kongsikan artikel ini

Perubahan besar dalam fesyen global sepanjang 2025 menjadikan nama-nama seperti Blazy, Anderson, Trotter, Demna dan Rider paling hangat dibualkan, kerana tahun ini menyaksikan gelombang “creative reshuffle” yang mengubah hala tuju jenama mewah dunia.

Dengan industri pasaran mewah yang semakin tidak stabil, label besar memilih pengarah kreatif yang mampu mengimbangi inovasi moden dan strategi komersial yang relevan. Menjadikan setiap pelantikan mereka bukan sekadar berita tetapi sebuah momen penting dalam evolusi identiti fesyen global.

#1 Matthieu Blazy

Blazy kembali mendominasi fesyen 2025 selepas dilantik sebagai Pengarah Kreatif baharu Chanel. Koleksi Spring/Summer 2026 Ready‑to‑Wear, yang diperagakan di Paris Fashion Week pada 6 Oktober 2025 di Grand Palais menjadi bukti jelas bahawa rumah fesyen ikonik itu kini berada di ambang era baharu. Koleksi bertemakan galaksi dengan planet dan bintang besar bergantungan di atas namun di sebalik glamor visual, Blazy memilih untuk menghasilkan tweed tradisional Chanel, jaket cropped dengan potongan maskulin, blaus dan gaun sutera serta suit dengan siluet baru yang menggabungkan warisan Coco Chanel dengan gaya moden yang segar.

#2 Jonathan Anderson

Jonathan Anderson menjadi antara nama paling hangat diperkatakan sepanjang 2025 selepas dilantik sebagai Pengarah Kreatif sepenuhnya Dior merangkumi menswear, womenswear, dan couture. Menjadikan Anderson salah satu kuasa kreatif paling berpengaruh dalam industri fesyen. Langkah besar ini bukan sahaja menandakan transisi monumental dalam sejarah Dior, tetapi turut membuka ruang kepada interpretasi baharu terhadap warisan jenama tersebut melalui sentuhan avant-garde dan naratif kontemporari yang sudah sinonim dengan karya Anderson di Loewe.

#3 Louise Trotter

Louise Trotter menjadi figura paling hangat diperkatakan sepanjang 2025 selepas diumumkan sebagai Pengarah Kreatif baharu Bottega Veneta. Trotter yang menggantikan Matthieu Blazy; sebuah peralihan besar yang mencetuskan rasa ingin tahu industri kerana maison ini terkenal dengan identiti “quiet luxury” dan craftsmanship yang sangat teliti. Reputasi Trotter yang sinonim dengan keseimbangan antara elegan, fungsionaliti dan “everyday luxury” menjadikan pelantikannya menarik perhatian ramai. Dunia fesyen menantikan bagaimana sentuhannya yang halus tetapi moden akan membentuk era baharu Bottega.

#4 Demna

Demna, telah mentakrifkan semula fesyen mewah sejak era Balenciaga, melonjak kembali ke sorotan global pada 2025 ketika dilantik sebagai Pengarah Kreatif baharu Gucci. Satu langkah yang dianggap “pertaruhan besar” untuk menghidupkan semula jenama Itali itu selepas tempoh suram. Debutnya bersama Gucci hadir dalam bentuk koleksi khas bertajuk La Famiglia. Dilancarkan dalam filem pendek bertajuk The Tiger pada September 2025. Menggantikan runway konvensional, koleksi tersebut mengejutkan dunia fesyen dengan gabungan estetika Gucci klasik dan sentuhan avant-garde. Dengan reputasinya yang membawa streetwear, budaya pop dan dekontruksi ke arena mewah, nama Demna terus menjadi “the talk of the town” oleh industri dalam tahun 2025.

#5 Michael Rider

Michael Rider menjadi topik paling panas yang disebut-sebut dalam dunia fesyen 2025 apabila dia kembali sebagai Pengarah Kreatif Celine. Koleksi terbarunya Celine Spring/Summer 2026, yang dilancarkan di Paris telah mendapat sambutan hangat dari industri dan peminat fesyen. Dalam koleksi debut ini, Rider menggabungkan warisan klasik Celine dengan sentuhan moden dan praktikal. Memperkenalkan tailoring halus, coat panjang, trousers potongan ramping dan aksesori ikonik seperti scarf sutera. Bag dengan lining “Smile/New Luggage”, serta perhiasan bold yang mencerminkan gaya preppy-bourgeois kontemporari. Koleksi itu dianggap sebagai “permulaan bab baru” bukan hanya cuba meniru estetika lama tetapi menjanjikan identiti segar yang relevan dengan gaya hidup moden.

Artikel Berkaitan: 5 ‘DROP’ TERHANGAT SVG WORLDWIDE TAHUN 2025

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut

EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE

Bacaan Lanjut
LIMA STAILPEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI.

LIMA GAYA ‘STYLISH’ PEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
meerqeen glam lelaki

SEMPENA HARI JADI KE-24 MEERQEEN HARI INI, KETAHUI 10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG MEERQEEN

Bacaan Lanjut

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG JONATHAN ANDERSON

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN AZIZ HARUN

Bacaan Lanjut