Skip to content

KENALI TWS, PENCIPTA OVERDRIVE ANGTAL CHALLENGE

KENALI TWS, PENCIPTA OVERDRIVE ANGTAL CHALLENGE

Kongsikan artikel ini

Kini tular dengan angtal challenge dan lagu baharu berjudul Overdrive di platform media sosial, kenali kumpulan selabel SEVENTEEN ini, TWS. 

TWS merupakan kumpulan lelaki enam anggota yang membuat debut di bawah label PLEDIS Entertainment milik HYBE. Mereka merupakan debut pertama label itu sejak kemunculan SEVENTEEN hampir sembilan tahun lalu. Nama TWS diambil daripada frasa “TWENTY FOUR SEVEN WITH US,” yang membawa maksud sentiasa bersama TWS — 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, pada setiap masa. Kini, TWS merupakan duta jenama fesyen Celine dan MLB Korea. TWS pernah menghadiri Celine Summer Show 2026 di Paris Fashion Week sebagai duta jenama mereka.

Kumpulan ini mengangkat konsep “Boyhood Pop,” sebuah genre muzik yang membangkitkan emosi indah dalam kehidupan seharian. Mereka ingin menyampaikan kisah zaman remaja secara jujur dan semula jadi melalui melodi serta lirik lagu. Menerusi karya mereka, TWS berhasrat menjadi sahabat yang dekat dengan pendengar. Mereka ingin merentas masa dan jarak, serta menjadikan setiap detik rutin kehidupan peminat lebih bermakna dan istimewa. Pada 1 April 2024, TWS secara rasmi mengumumkan nama kelab peminat mereka sebagai “42” (SAI). “42” (SAI) merujuk kepada para peminat yang akan menjadi rakan paling istimewa, berkongsi setiap momen bersama TWS.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWS (투어스) (@tws_pledis)

Kenali Ahli-Ahli TWS

Shinyu

Shinyu (nama sebenar Shin Jung-hwan) ialah ketua dan rapper utama TWS. Lahir pada 7 November 2003 di Yesan, Chungcheongnam, Korea Selatan. Berketinggian 182 cm, dan berdarah O. Shinyu mempunyai personaliti MBTI ISTP/INFP serta dikenali dengan senyuman sebagai daya tarikannya. Selama lima tahun, Shinyu menjadi seorang pelatih sebelum debut dan merupakan bekas pelatih di SM Entertainment. Dia menyukai warna coklat, musim sejuk dan bersukan. Haiwan kegemarannya ialah anak zirafah—yang turut menjadi emoji perwakilannya. Seorang yang bersifat homebody, Shinyu juga dikenali sebagai ahli yang peka memerhati dan “mengesan” ahli kumpulan lain. Shinyu juga cukup terkenal kerana wajahnya mirip dengan Hyunjin dari Stray Kids dan mendapat gelaran Hyunjin’s son oleh STAYs dan 42.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWS (투어스) (@tws_pledis)

Dohoon

Dohoon, atau nama sebenarnya Kim Do-hoon merupakan center dan all-rounder TWS. Tarikh kelahirannya ialah 30 Januari 2005 di Gongneung, Nowon, Seoul. Berketinggian 182 cm, berdarah B dan mempunyai personaliti MBTI ISTP. Dohoon menjalani latihan selama tujuh tahun sebelum debut dan menamatkan pengajian di Hanlim Arts High School. Seorang yang ambidextrous, dia gemar warna putih, musim luruh dan bersukan. Dia juga sangat meminati fesyen sehingga digelar trendsetter TWS. Haiwan kegemarannya termasuk anak ayam, anak anjing dan beruang kutub. Namun, emoji perwakilannya ialah anak serigala. Lagu kegemarannya ketika ini ialah “BLEED” oleh The Kid LAROI, dan beliau juga dikenali rapat dengan Seeun daripada xikers.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWS (투어스) (@tws_pledis)

Youngjae

Youngjae (nama sebenar Choi Young-jae) ialah vokalis utama TWS. Dilahirkan pada 31 Mei 2005 dan dibesarkan di Gimhae, Korea Selatan. Berketinggian 181 cm dan berdarah AB, Youngjae mempunyai personaliti MBTI ISTJ. Youngjae direkrut melalui media sosial dan menjalani latihan selama tiga tahun enam bulan. Dia telah menyimpan hasrat untuk menjadi idola sejak usia sembilan tahun. Dia menamatkan pengajian di Jamsin High School dan gemar anak anjing—yang juga menjadi emoji perwakilannya. Bagi Youngjae, warna biru langit melambangkan dirinya. Warna kegemarannya ialah hijau, musim kegemaran musim bunga, nombor kegemaran 7, dan beliau gemar bersukan terutamanya badminton. Dikenali sebagai seorang yang penyayang, Youngjae juga suka menjaga dan mengambil berat tentang orang sekeliling.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWS (투어스) (@tws_pledis)

Hanjin

Hanjin (nama sebenar Han Zhen) ialah satu-satunya ahli TWS yang berwarganegara China. Dia lahir pada 5 Januari 2006 di Xinxiang, Henan. Berketinggian 176 cm, berdarah AB dan mempunyai personaliti MBTI INFJ. Hanjin menjalani latihan lebih kurang setahun selepas menyertai uji bakat sebagai penari pada 2022. Dia menamatkan pendidikan di Henan Normal University Affiliated Middle School. Anak anjing merupakan kesukaannya dan memilih warna hitam untuk melambangkan dirinya. Musim kegemarannya ialah musim luruh, makanan kegemaran Ma La Xiang Guo serta nombor kegemaran 15. Dalam kumpulan, Hanjin dikenali sebagai “memory maker” kerana sering merakam gambar dan mengabadikan detik-detik bersama ahli lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWS (투어스) (@tws_pledis)

Jihoon

Han Jihoon, atau Jihoon ialah penari utama TWS. Jihoon dilahirkan pada 28 Mac 2006 di Banwol-dong, Hwaseong, Gyeonggi-do. Berketinggian 177 cm dan berdarah B, dia mempunyai personaliti MBTI INFJ serta mampu bertutur dalam bahasa Korea, Jepun dan Inggeris. Jihoon merupakan bekas pelatih BIGHIT, YG Entertainment dan JYP Entertainment. Jihoon juga terkenal sebelum melakukan debutnya sebagai salah seorang ahli kumpulan pra-debut Trainee A. Lulusan Hanlim Arts High School ini gemar obor-obor—yang menjadi emoji perwakilannya. Jihoon memilih warna biru untuk melambangkan diri, menyukai musim panas dan tteokbokki sebagai makanan kegemaran. Dia juga gemar berenang, bermain gitar yang dipelajari daripada ayahnya, serta dikenali sebagai pencetus tenaga dan semangat dalam kumpulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWS (투어스) (@tws_pledis)

Kyungmin

Angtal Challenge Dari Lagu Overdrive

Angtal challenge menyesuaikan koreografi utama dengan gerakan menggoyangkan bahu secara ceria, selari dengan lirik korus lagu OVERDRIVE. Daya tarikannya terletak pada cara ia mengekspresikan perasaan hati yang tidak terkawal kerana terlalu jatuh cinta. Ia dipersembahkan melalui pelbagai gaya serta ekspresi wajah dan senyuman manis para ahli. Pergerakannya ringkas dan mudah diikuti oleh sesiapa sahaja, manakala elemen “angtal” yang comel — berkontras dengan persembahan TWS yang segar dan bertenaga. TWS berjaya mencuri perhatian dan menerima sambutan hangat.

@0328edit other artist and singer doing tws “angtal” overdrive challenge at AAA 2025 #tws #투어스 #247withus #aaa2025 ♬ OVERDRIVE – TWS

Selain itu, deretan momen “angtal” daripada bintang-bintang terkenal yang menghangatkan suasana majlis anugerah hujung tahun turut tular di media sosial. Ini sekali gus menghidupkan semula fenomena challenge ini. Selebriti ternama yang menghadiri Asia Artist Awards ke-10 2025 (AAA) turut mencuba angtal challenge ketika sesi temu bual. Peminat global yang menyaksikan detik tersebut membanjiri platform dalam talian dengan reaksi positif. Malah, “angtal challenge” turut menjadi topik trending secara masa nyata di X dan TikTok pada hari tersebut. Trend angtal challenge ini turut ke Malaysia dengan penyertaan selebriti terkenal tempatan seperti Mira Filzah dan Siti Khadijah Halim di TikTok.

@therealmfmirafilzah Iykyk. #fyp ♬ OVERDRIVE – TWS

@sitikhadijahhalim_♬ OVERDRIVE – TWS

Pautan berkaitan: KENALI KUMPULAN K-POP GENERASI TERKINI, CORTIS

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LELAKI ASIA PARIS FASHION WEEK SS26

BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut