THE LINE-UP IS OUT! INI BARISAN PENYANYI YANG BAKAL BERADA DI ASIA TOP MUSIC FESTIVAL 2026
Pada hujung bulan Mei, Malaysia bakal dihangatkan dengan kehadiran bintang Asia dia Asia Top Music Festival 2026, di Sepang.
Malaysia sekali lagi bakal menjadi tumpuan peminat muzik serantau apabila Asia Top Music Festival 2026 diumumkan akan berlangsung selama dua hari penuh pada 30 dan 31 Mei 2026. Bertempat di Sepang International Circuit, festival berskala besar ini menjanjikan pengalaman muzik yang meriah dengan gabungan artis dari seluruh Asia.
Asia Top Music Festival 2026 dijangka bakal menampilkan pelbagai genre muzik dan budaya dari negara seperti Korea Selatan, Thailand, China dan Malaysia.
Barisan artis yang diumumkan untuk membuat persembahan pada hari pertama termasuk Daesung, WINNER, NMIXX, Kun, Win Metawin dan NexTIDE. Selain daripada penyanyi antarabangsa, wajah tempatan seperti Belle Sisoski dan Aina Abdul bakal memeriahkan lagi konsert tersebut. Untuk hari kedua Asia Top Music Festival 2026, 82MAJOR, STAYC, CRAVITY, TWS dan CxM menjadi penantian ramai. Bintang-bintang Korea Selatan ini bakal berada di Malaysia pada hari yang sama. Uriah See, Firdhaus serta Butterbear berada di dalam line-up, melengkapkan 16 nama besar yang bakal menghangatkan pentas festival.
#1 Daesung
#2 Winner
#3 NMIXX
#4 Kun
#5 Win Metawin
#6 NexTIDE
#7 Belle Sisoski
#8 Aina Abdul
Pengumuman barisan hari pertama yang dibuat pada 21 April 2026 telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, dengan ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka secara langsung. Lebih menarik, pihak penganjur turut memberi bayangan bahawa barisan hari kedua akan menampilkan nama-nama yang lebih besar. Barisan persembahan buat hari kedua diumumkan pada 22 April 2026 dan kehadiran CxM semestinya menjadi perbualan terbesar.
#9 Uriah See
#10 Firdhaus
#11 Butterbear
#12 82MAJOR
#13 STAYC
#14 CRAVITY
#15 TWS
#16 CxM
Walaupun maklumat lanjut seperti jadual persembahan masih belum diumumkan, Asia Top Music Festival 2026 sudah pun dilihat sebagai salah satu acara muzik paling dinanti-nantikan tahun ini. Festival ini bukan sahaja menjadi platform hiburan, malah meraikan kepelbagaian muzik Asia dalam satu pentas yang sama. Tiket akan mula dijual pada 6 dan 7 Mei 2026 buat pemegang kad Hong Leong Bank dan 8 Mei 2026 buat general sale.
- Tarikh: 30 dan 31 Mei 2026
- Lokasi: Sepang International Circuit
- Penganjur: JOOX, QQ Music
- Jualan Tiket: 6, 7, 8 Mei 2026
Pautan berkaitan: TONTON 10 FILEM INI SEPANJANG APRIL DAN MEI 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
KENALI TWS, PENCIPTA OVERDRIVE ANGTAL CHALLENGE
Kini tular dengan angtal challenge dan lagu baharu berjudul Overdrive di platform media sosial, kenali kumpulan selabel SEVENTEEN ini, TWS.
KESIHATAN MENTAL BUKAN LAGI TOPIK ‘TABOO’: MENGENALI SUARA DI SEBALIK SENYAP
Kesihatan mental bukan lagi topik 'Taboo'. Sempena International Men’s Day, ikuti selebriti Malaysia berkongsi tentang depresi dan anxiety.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.











