Skip to content

PANTONE'S COLOUR 2026: 6 TAS TANGAN BERONA CLOUD DANCER BUAT LELAKI

PANTONE’S COLOUR 2026: 6 TAS TANGAN BERONA CLOUD DANCER BUAT LELAKI

Kongsikan artikel ini

Rona pilihan Pantone buat tahun 2026 merupakan Cloud Dancer dan banyak tas tangan buat lelaki boleh ditemui dalam rona penuh gaya ini. 

Dalam dunia fesyen lelaki, warna kini memainkan peranan yang semakin penting dalam menentukan karakter dan gaya peribadi. Bagi tahun 2026, Pantone memperkenalkan Cloud Dancer — rona putih lembut yang bersih, tenang dan sofistikated. Warna ini bukan sekadar neutral, malah membawa simbol kesederhanaan moden, kemewahan senyap (quiet luxury) dan keanggunan secara effortless. Berikut enam tas tangan lelaki berona Cloud Dancer yang menyerlahkan estetika ini dengan cara tersendiri. Kini, anda boleh memasuki tahun 2026 dengan penuh gaya dan trendy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PANTONE (@pantone)

#1 BOSS x Steiff B-icon

Kolaborasi antara BOSS dan Steiff ini menggabungkan keanggunan Jerman dengan sentuhan nostalgia. Dalam rona Cloud Dancer, beg galas ini tampil minimal namun berkarakter. Beg galas ini cukup sesuai untuk lelaki urban yang menghargai keseimbangan antara fungsi dan gaya. Siluet moden serta perincian kemas menjadikannya pilihan ideal untuk gaya harian yang kemas dan kontemporari, cukup praktikal buat kegunaan harian.

BOSS x Steiff B-icon backpack with teddy trims, White

#2 Louis Vuitton Alpha Messenger

Ikonik dan versatil, Alpha Messenger daripada Louis Vuitton tampil lebih segar dalam rona seakan-akan Cloud Dancer. Rekaannya yang kompak namun praktikal menjadikannya tas tangan silang badan sempurna untuk lelaki aktif. Warna lembut ini memberi nafas baharu kepada rekaan klasik LV, memancarkan kemewahan yang tidak berlebihan tetapi tetap menonjol.

#3 Coach Chain Tabby Shoulder

Coach membawa elemen berani melalui Chain Tabby Shoulder dengan sentuhan maskulin moden. Rantai emas yang menonjol digandingkan dengan rona Cloud Dancer menghasilkan kontras menarik antara kelembutan warna dan struktur yang tegas. Tas tangan ini sesuai untuk lelaki yang berani bereksperimen dengan gaya, tanpa mengorbankan keanggunan. Rekaan baharu ini tampil lebih lembut dan mudah digayakan, walaupun untuk lelaki.

#4 Celine Flat Cabas New Luggage

Celine sinonim dengan estetika minimalis Paris. Flat Cabas New Luggage dalam rona putih Cloud Dancer menampilkan rekaan bersih dan sofistikated. Beg ini sesuai untuk lelaki yang mengutamakan gaya ringkas tetapi berkelas. Beg tote ini praktikal untuk kegunaan kerja atau perjalanan singkat, sambil mengekalkan aura eksklusif. Cukup sesuai untuk lelaki yang sibuk, tetapi mahu bergaya secara effortless.

#5 Bottega Veneta Small Intrecciato North-South Tote

Teknik anyaman Intrecciato yang ikonik menjadi fokus utama rekaan ini. Beg tote kecil ini memancarkan kemewahan senyap yang menjadi identiti Bottega Veneta. Ia sesuai untuk lelaki yang menghargai kualiti pertukangan tinggi dan rekaan yang tidak terikat pada trend sementara. Ruang yang lebih besar menjadikan beg ini praktikal serta mudah dibawa kemana-mana sahaja. Rona putih ini juga mampu digayakan dengan pelbagai jenis warna yang lain.

#6 Loewe Small Puzzle Edge

Rekaan geometrik Puzzle Edge daripada Loewe tampil lebih artistik dalam rona putih. Struktur unik dan perincian seni bina menjadikan tas tangan ini pilihan untuk lelaki berjiwa kreatif. Walaupun berwarna lembut, ia tetap menyerlah sebagai pernyataan gaya yang berani dan moden. Loewe Small Puzzle Edga merupakan antara tas tangan yang versatil dan mempunyai identiti tersendiri, menjadikan penggunanya tampil bergaya dan unik.

Pautan berkaitan: PERSONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN

TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Bacaan Lanjut