TIMEPIECES OF SUCCESS: KOLEKSI JAM TANGAN JOHAN GHAZALI
Dalam dunia horologi, setiap pilihan jam tangan mencerminkan personaliti, pencapaian dan apresiasi terhadap seni horologi.
Bagi atlet Muay Thai negara Johan Ghazali, koleksi jam tangannya bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi simbol disiplin, kejayaan dan cita rasa tinggi. Dari rekaan Swiss yang moden hingga ikon klasik, setiap jam dalam koleksi ini membawa nilainya tersendiri. Berikut merupkan 3 jam tangan mewah yang dimiliki Johan Ghazali.
#1 Hublot Classic Fusion Titanium Blue 42mm
Sebagai salah satu jam tangan mewah Swiss yang ikonik, Hublot Classic Fusion Titanium Blue 42mm memadukan estetika klasik dengan reka bentuk kontemporari yang minimalis. Model ini menonjolkan dail biru yang elegan, case titanium ringan dan tali yang selesa, menjadikannya serba boleh untuk dipakai sama ada dalam suasana formal atau santai. Di pasaran Malaysia, koleksi Classic Fusion biasanya berada dalam lingkungan harga anggaran RM14,000–RM30,000 ke atas untuk model baru bergantung pada material dan spesifikasi seperti chronograph atau case rose gold.

#2 Rolex Day Date
Rolex Day Date 1803 Champagne Dial 18K Yellow Gold ialah salah satu model paling dihormati dalam koleksi Rolex. Dikenali sebagai “Presiden’s Watch”, Day-Date adalah jam tangan pertama menampilkan paparan hari penuh serta tanggal pada dail. Satu inovasi besar dalam horologi. Harga model ini boleh bermula sekitar RM50,000–RM80,000 di pasaran atau bergantung model, material serta keadaan jam. Lebih eksklusif versi dengan berlian atau “rare dialed variant” boleh mencecah lebih tinggi lagi. Kelebihan Day-Date bukan sekadar nilai materialnya, tetapi prestij sejarah Rolex serta pemiliknya sebagai simbol status global.

#3 Rolex GMT-Master II “Bruce Wayne”
Model Rolex GMT-Master II “Bruce Wayne” merupakan varian dari siri terkenal Rolex GMT-Master II dengan bezel berwarna hitam dan kelabu yang unik, memberi penampilan moden namun elegan. Rekaannya yang terinspirasi daripada “alter ego” watak Batman menjadikannya popular di kalangan pengumpul jam tangan. Jam tangan ini dilengkapi dengan fungsi dual time zone. Sesuai untuk pengembara atau profesional global, serta caliber 3285 Rolex yang terkenal dengan ketepatan dan jaminan prestasi. Koleksi Bruce Wayne sering disenaraikan di pasaran sekitar RM90,000–RM105,000 bergantung pada keadaan. Selain fungsi praktikal, ia menjadi pilihan kerana estetika ‘stealthy’ dan daya tarikan kolektor Rolex moden. Membuatkan ia bukan sekadar jam tangan waktu tetapi juga satu pelaburan.
Artikel Berkaitan: ATLET SUKAN GENERASI BAHARU YANG SEMAKIN MENYERLAH
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
5 PENAMPILAN JOHAN GHAZALI TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Tahun 2025 menampilkan penampilan Johan Ghazali yang versatil, penuh karisma dan masih selesa untuk diikuti.
MIKI GHAZALI RANGKUL PINGAT EMAS PADA USIA 16 TAHUN
Miki Ghazali menumbangkan lawan dari Thailand untuk merangkul emas dalam penampilan sulung di Sukan SEA. Tahniah buat Miki!
ATLET SUKAN GENERASI BAHARU YANG SEMAKIN MENYERLAH
Sukan SEA 2025 menjadi pentas kebangkitan atlet generasi baharu Malaysia yang tampil konsisten dan berdaya saing.
JOJO HADIAHKAN IBU JAM TANGAN MEWAH ROLEX
Kasih sayang yang tulus dan perhatian yang penuh makna, itulah yang ditunjukkan oleh Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, kepada ibunya yang tercinta.
JOJO TEWAS, BUT WE ARE PROUD OF YOU!
Satu Malaysia tidak senang duduk semalam apabila menyaksikan jaguh Muay Thai negara, Jojo atau, nama sebenar Muhammad Johan Ghazali tewas!











