Skip to content

TOTAL GROOMING CHECK: STYLIST PILIHAN EDITORIAL KEITH ONG @KEITHSTYLING

Kongsikan artikel ini

Keith Ong @keithstyling diangkat sebagai Creative’s Choice tahun ini atas pencapaian cemerlang dan pengaruh signifikan dia dalam landskap dandanan rambut profesional tempatan. Sepanjang tahun, Keith konsisten menghasilkan karya komersial dan editorial yang bukan sahaja menepati standard industri, malah sering melangkaui jangkaan dengan pendekatan kreatif yang segar, berani dan relevan dengan arah fesyen semasa.

KEITH ONG @KEITHSTYLING

Keith terletak pada keupayaannya menguasai dandanan rambut lelaki dan wanita dengan keseimbangan antara teknik, estetika dan naratif visual. Setiap gaya yang dihasilkan bukan sekadar cantik di mata, tetapi disusun dengan ketelitian teknikal. Daripada struktur potongan, tekstur, hingga kemasan akhir bagi memastikan hasil yang bersih, moden dan beridentiti. Pendekatan ini menjadikan setiap penampilan tampak eksklusif, sama ada untuk kempen komersial, penggambaran editorial mahupun penampilan pentas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

LEBIH DARIPADA SEORANG ‘STYLIST’

Keith memahami peranan rambut sebagai elemen penting dalam membentuk karakter dan emosi visual. Keupayaannya menyesuaikan gaya rambut mengikut konsep, personaliti subjek dan arah kreatif. Menjadikan setiap hasil kerja berfungsi sebagai pelengkap visual yang berimpak tinggi, bukan sekadar aksesori gaya. Inilah yang membezakan Keith sebagai seorang kreatif yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga matang dari segi visi. Bakat luar biasa Keith mula dikenali dalam industri fesyen tempatan dan juga penerbitan tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Keith Styling (@keithstyling)

Atas dedikasi berterusan, konsistensi kualiti dan sumbangan signifikan terhadap evolusi grooming tempatan, Keith Ong menjadi pilihan editorial GLAM Lelaki sebagai Creative’s Choice GL Total Grooming Check 2025. Seorang stylist yang menetapkan standard baharu dalam dunia dandanan rambut editorial Malaysia.

Artikel Berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rambut selebriti lelaki

6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
saleh hasni

SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”

Bacaan Lanjut
IMBASAN MET GALA: PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

Bacaan Lanjut

AYYMAN RAHIM, BICARA STAIL & DIRINYA

Bacaan Lanjut

MUSIM ANUGERAH 2021: SIAPAKAH YANG STYLISH? (SO FAR)

Bacaan Lanjut