Skip to content

SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI PENCETUS TREND FESYEN RETRO

SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI PENCETUS TREND FESYEN RETRO

Kongsikan artikel ini

Daripada dahulu hingga sekarang, semakin ramai selebriti lelaki yang menjadi pencetus trend fesyen retro dengan gaya timeless. 

Fesyen retro bukan sekadar mengimbau memori silam. Ia adalah satu bentuk penghormatan terhadap era yang membentuk identiti gaya lelaki—era yang sarat dengan keperibadian, keberanian dan keaslian. Dari Hollywood ke Malaysia, selebriti menjadi medium yang menghidupkan semula elemen vintaj ke dalam dunia moden. Kini, retro bukan sekadar trend — ia sebuah attitude. GLAM Lelaki menelusuri jejak ikon-ikon yang kekal memberi inspirasi, membuktikan bahawa gaya boleh bertahan lebih lama dari masa

#1 P. Ramlee — Gentleman Abadi Nusantara

P. Ramlee adalah epitom lelaki budiman yang berkarisma. Suit potongan rapi, bow-tie klasik, rambut disisir kemas — setiap penampilannya mencerminkan keanggunan tanpa berlebihan. Dalam gaya tradisional pula, Baju Melayu dan songkok disarung dengan begitu megah, memperlihatkan budaya sebagai lambang keyakinan diri. P.Ramlee adalah rujukan utama gaya formal lelaki di Malaysia. Dia turut menjadi bukti bahawa elegan tidak pernah kedaluwarsa (lapuk).

selebriti lelaki retro

#2 David Bowie — Art in Human Form

Tiada siapa berani bereksperimen seperti David Bowie. Setiap era dalam kariernya melahirkan persona baharu — Ziggy Stardust, Thin White Duke. Dan setiap satu membawa perubahan budaya fesyen. Suit berwarna terang, glitter glam rock, pola dramatik serta siluet yang mencabar stereotaip maskuliniti. Warisan Bowie menyaksikan ramai selebriti lelaki moden seperti Harry Styles dan Troye Sivan meneruskan legasi gender-fluid fashion. Bowie mengingatkan kita — fesyen adalah ruang untuk ekspresi tanpa sempadan.

selebriti lelaki retro

#3 Cillian Murphy — Quiet Sophistication with Retro Precision

Cillian Murphy bukan jenis selebriti yang mencari perhatian melalui fesyen, tetapi itulah yang menjadikan gayanya menonjol. Pembawaan controlled elegance — wajah tajam, rambut disisir rapi, dan wardrobe minimal. Dia mengingatkan kita kepada leading man British era 50-an dan 60-an. Dalam suit, dia memilih siluet klasik: potongan tirus, fabrik berkualiti tinggi dan palet warna gelap yang menyampaikan rasa misteri dan intelektual.

#4 Awie — Rocker Malaysia Menggoncang Gaya

Era 90-an menyaksikan kebangkitan gaya muzik rock di Malaysia — dan Awie berdiri di barisan hadapan. Jaket kulit yang lusuh, rantai besi, seluar ketat, sepatu boot dan rambut panjang mengurai. Ia melambangkan keberanian dan kebebasan ekspresi. Bagi generasi baharu, gaya Awie bukan sekadar nostalgia, tetapi inspirasi streetwear penuh attitude yang kini kembali popular.

selebriti lelaki retro

#5 John Lennon — Effortless Retro Cool

Jika Elvis adalah flamboyan, John Lennon adalah anti-fashion icon yang menjadi ikon fesyen. Cermin mata bulat, jaket denim, military jackets dan turtleneck — gaya Lennon tidak pernah cuba keras untuk kelihatan menonjol, tetapi tetap terlihat penuh karakter. Ia adalah gaya lelaki yang menyukai naratif minimal, tetapi sarat makna. Lennon mengingatkan — less can be very powerful when personality leads the way.

#6 Bront Palarae — Modern Man with Retro Soul

Bront Palarae adalah aktor yang sering tampil dengan aura leading man era 60-an. Suit tailored yang tajam, warna-warna neutral, potongan klasik — gayanya cukup bersahaja namun sarat persona. Setiap penampilan menunjukkan pemahaman mendalam tentang kualiti, siluet dan estetika yang tidak mengikut trend membuta tuli. Bront mewakili lelaki moden yang memilih retro sebagai bahasa keanggunan.

#7 Michael Jackson — The King of Visual Identity

Setiap apa yang Michael Jackson pakai menjadi simbol. Dari glove berkilauan, topi fedora, jaket ala tentera hingga loafers hitam-putih — semuanya memiliki cerita. Dia menjadikan pakaian sebahagian daripada performance art, menjadikan penampilan sebagai alat komunikasi global. Siluet dan styling MJ masih menjadi inspirasi koleksi haute couture dan streetwear hari ini — bukti bahawa legenda fesyen tidak pernah lekang masa.

#8 Austin Butler — New-Gen Heartthrob with Old-Hollywood Charm

Selepas melakonkan watak sebagai Elvis Presley, Austin Butler bukan sahaja mewarisi legasi muzik, tetapi juga aura fesyen The King. Dia sering tampil dalam Cuban collar shirts, suede jackets, slim tailoring dan potongan era 60-an yang ranggi — memadukan estetik rock ‘n’ roll dengan kemasan moden. Aura cool yang effortless menjadikannya wajah baharu gaya klasik Hollywood yang segar.

selebriti lelaki retro

Pautan berkaitan: GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rambut selebriti lelaki

6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
retro

GAYA FESYEN RETRO LELAKI: INSPIRASI KLASIK UNTUK PENAMPILAN MODEN

Bacaan Lanjut
20 STAIL SELEBRITI LELAKI DI MILAN & PARIS MEN’S FASHION WEEK

20 STAIL SELEBRITI LELAKI DI MILAN & PARIS MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut