GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
GL25: Sepanjang 2025, GLAM Lelaki terus memperteguh naratif lelaki moden menerusi deretan pencapaian dan kolaborasi eksklusif.
GLAM Lelaki terus memacu naratif baharu lelaki moden sepanjang tahun 2025 yang sarat dengan pencapaian, kolaborasi berprestij dan wajah-wajah berbakat yang mencorakkan industri kreatif negara. Dari muka depan cetakan hingga pentas anugerah paling bergaya. Setiap momen membuktikan pengaruh GLAM Lelaki sebagai rujukan utama fesyen, budaya dan gaya hidup lelaki Malaysia.
Meneruskan rangkuman GL25, bahagian ini mengangkat sorotan yang paling mencuri perhatian: barisan personaliti yang mengubah landskap seni, penganjuran GL The Man Awards yang julung kali diraikan, kerjasama eksklusif bersama jenama global serta kandungan digital yang menjadikan figura pilihan kita lebih dekat dengan pembaca. GL25 bukan sekadar recap, ia adalah cerminan evolusi GLAM Lelaki dalam mengekalkan relevansi dan membentuk masa depan gaya lelaki.
#11 Barisan Personaliti Istimewa
GLAM Lelaki bawakan barisan personaliti yang menarik perhatian dengan kerjaya mereka sempena isu cetakan tahun 2025. Bermula dengan ‘Faces of 2025: Music Edition’ dalam isu Mac 2025, tujuh pemuzik berbakat besar—Najmi Niery, NYK, Lucidrari, Mal Hamka, Aziz Harun dan Zaki Yamani. Mereka dipilih sebagai wajah yang sedang mengubah landskap muzik tanah air. Seterusnya, dalam isu September 2025, tumpuan diberikan kepada dua segmen utama: Men in Cinema dan Cool Kids.
Men in Cinema menghimpunkan tujuh pelakon lelaki yang semakin menyerlah dalam industri lakonan tempatan: Amir Ahnaf, Amir Nafis, Arfie Shah, Adam Lee, Evertts Gomes, Sky Iskandar dan Idan Aedan. Sementara itu, Cool Kids menampilkan 10 individu yang mencorak budaya anak muda dan trend masa kini—Maya Letisha, Zic (Emptypage), Killa Driz, Nina Hasnul, Ariel Fesol dan Araff dari ALPHA, Ariff Md Noor, Fazziq Muqris, Ezzat Eddy dan Haqeem Hyzan. Individu ini memperkuatkan naratif GLAM Lelaki sebagai barometer gaya dan suara generasi baharu.
#12 GL The Man Awards 2025
Berlangsung penuh gaya di Silver Monkey, Hotel Indigo, GL The Man Awards 2025 menjadi antara acara paling dinantikan tahun ini. Buat pertama kalinya, acara ini menghimpunkan figura lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen, hiburan dan perniagaan. Dengan tema “Celebrate Style!”, majlis eksklusif anjuran GLAM Lelaki ini meraikan 10 pemenang yang mencetus inspirasi dalam gaya hidup moden. Sembilan daripadanya dipilih oleh GLAM Lelaki sendiri iaitu Asal Lelaki, Lucidrari, Noh Salleh, IQIE, Ridzman Zidaine, Han Pin, Awal Ashaari, Pipi Razi dan Masyadi Mansoor. Manakala satu kategori iaitu Style’s Choice Award, ditentukan sepenuhnya melalui undian pembaca dalam talian dan dimenangi oleh kumpulan ALPHA. Acara istimewa ini turut menampilkan Hael Husaini sebagai Co-Chair.
#13 ALPHA x GLAM Lelaki
Tahun 2025 turut menyaksikan perjalanan ALPHA bersama GLAM Lelaki semakin menyerlah, dengan beberapa momen bersejarah yang menjadi sorotan. Bermula dengan penampilan Ariel Fesol dan Araff sebagai sebahagian daripada Cool Kids untuk isu cetakan September 2025. Duo ini memperkenalkan gaya serta energi baharu dalam landskap budaya anak muda. Tidak terhenti di situ, ALPHA turut mengejutkan khalayak dengan persembahan istimewa di GL The Man Awards 2025 — membawakan lagu Bujang serta vokal memukau P Ramlee & Saloma. Untuk melengkapkan perjalanan eksklusif ini, GLAM Lelaki merakam persediaan mereka menuju malam anugerah tersebut di GL Roompass, memberi peminat peluang melihat sisi belakang tabir ALPHA yang penuh karisma dan semangat.
@glamlelaki_my Persembahan istimewa dari penerima #GLTheManAwards2025 Style’s Choice, @ALPHA 🙌🏻🙌🏻🙌🏻 #GLAMLelaki #GLTheManAwards #BossRecognizeBoss #ALPHA
#14 Kolaborasi Bersama Jenama Kesukaan GLAM Lelaki
Tahun 2025 menyaksikan GLAM Lelaki memperkukuh hubungan bersama jenama-jenama fesyen terkemuka menerusi kolaborasi eksklusif. Bermula dengan sesi penggayaan Lee Jeans dalam isu Mac, GLAM Lelaki menampilkan gaya denim versatil yang meraikan personaliti berbeza. Pada bulan Oktober pula, kerjasama istimewa bersama GLAM Malaysia dan Balenciaga mempersembahkan interpretasi fesyen avant-garde yang lebih berani dan progresif. Menutup tahun dengan penuh gaya, GLAM Lelaki melancarkan kempen musim percutian bersama Coach pada Disember, menampilkan Jansen Lau dan Hakimi Noordin sebagai wajah utama yang membawakan mood perayaan penuh sofistikasi.
#15 GL360 Bersama Cover Boys
GL360 merupakan kandungan temu bual eksklusif di saluran YouTube GLAM Lelaki, khusus menampilkan individu yang menjadi wajah hadapan GLAM Lelaki. Ia dicipta untuk membawa penonton lebih dekat dengan cover boys GLAM Lelaki. GL360 menyelami sisi peribadi, perjalanan kerjaya dan inspirasi mereka dalam dunia seni serta gaya hidup moden. Antara cover boys yang tampil dalam GL360 termasuk Syafiq Kyle, Meerqeen, Reza Rahadian, Mierul Aiman dan Aedy Ashraf. Mereka memberikan perspektif 360° tentang figura lelaki masa kini yang terus mencorak pengaruh dalam industri masing-masing.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 LAGU ALPHA MESTI TAHU SEMPENA DEBUT ALBUM PERTAMA ALPHA JUN INI!
Dengar lima lagu yang menjadi antara karya penting ALPHA sebelum album penuh mereka dilancarkan Jun nanti.










